FEE GUAMAN KES LITIGASI KEMALANGAN & HAKIKAT SEBENARNYA

Kes litigasi yang lahir daripada suatu nahas jalan raya adalah satu cabang perkhidmatan yang menjadi rebutan ramai. Ia melibatkan semua pihak sama ada peguambela, tout (agen/runner/orang tengah) polis dan kakitangan hospital yang bertugas di jabatan kecemasan.

Mengapa kes litigasi kemalangan ini jadi rebutan dan idaman ramai orang yang terlibat industri ini. Hanya satu sebab iaitu di sini, dalam sektor dan industri ini, banyak ruang, peluang dan kesempatan untuk mengaut keuntungan berlipat ganda dan mencari duit secara mudah tanpa sebarang masalah, tanpa sebarang pemantaun dan sebarang gangguan.

Kenapa ia jadi begitu?kerana orang ramai tidak bertindak dan terus memberi peluang, kesempatan dan ruang kepada pihak terlibat untuk sentiasa mengambil kesempatan. Akhirnya majoriti orang yang terlibat dalam industri ini sukar berubah, sudah sebati dan ada ketagihan mencari keuntungan dengan cara yang salah, melampau dan menindas.

Masalah ini saya percaya akan dapat dibendung, dicegah dan dihentikan sekiranya semua anggota masyarakat berubah sikap, respon dan menjalankan peranan masing-masing. Mulai sekarang jangan lagi jadi opportunities dan tapi kembali kepada hakikat.
Hakikatnya fee dan kos perundangan untuk kes litigasi akibat kemalangan jalan raya sepatutnya bersifat membela dan menjaga kepentingan umum, malangnya kini ia tercemar, tidak berintergiti, menyeleweng dan memperdayakan pengguna perkhidmatan sektor ini.

Hari ini ada 3 kelompok peguamcara yang menggenakan caj guaman yang berbeza-beza dan bergantung kepada objektif, visa dan keperluan masing-masing.

Kelompok A mengenakan skala fee dan kos merujuk kepada Aturan Kaedah-kaedah Mahkamah Tahun 2012. Kelompok ini akan mengenakan fee guaman dan kos berdasarkan takrif mengikut skala kos dalam aturan tersebut. Klien yang ingin menggunakan khidmat kelompok A ini kena membayar dahulu semua perbelanjaan perundangan secara berperingkat-peringkat. Apabila klien berhenti membayar, maka peguam kelompok A ini juga akan berhenti kerja dan khidmat mereka. Kelompok A ini cuma sesuai untuk orang kaya dan berduit.

Manakala kelompok B pula mengenakan caj free guaman dan kos melalui persetujuan lisan dengan klien. Persetujuan ini pula dibuat secara kabur dan mengelirukan. Amalan kelompok B ini ialah mereka akan mendahulukan semua kos perundangan dengan menggunakan sumber kewangan mereka. Kemudian apabila kes litigasi berjaya mereka akan mengambil nilai 25%-30% dari jumlah cek pampasan sebagai fee guaman dan kos.

Malangnya oleh kerana ikatan ini kabur dan mengelirukan, ramai pengguna telah diperdaya dan dipaksa untuk membayar caj lain-lain atau perbelanjaan yang cuma dinyatakan secara kejutan ketika klien hadir untuk mengambil cek pampasan. Dimana inilah kali pertama klien tahu mereka kena bertanggungjawab membayar caj-caj tambahan itu.

Nilai caj tambahan ini pula jika dikira akan mencapai pula nilai sebanyak 20% dari jumlah pampasan. Jadi jumlah penuh yang terpaksa dibayar oleh klien mereka ialah 30% + 20% semua berjumlah 50% dari nilai cek pampasan.

Sementara itu kelompok C pula mengenakan kaedah hampir sama dengan kelompok B tetapi kelompok C ini lebih telus, jujur, bertanggungjawab dan berintergriti. Sama seperti kelompok B, kelompok C ini akan mendahulukan semua bayaran kos perundangan dan akan mengenakan caj maksima 30% all in dari nilai cek pampasan.

Kelompok C ini tidak mengenakan caj tambahan, jikalau ada mereka tidak membuatnya secara tidak jelas, tersembunyi dan paling penting klien diberitahu seawal kes itu bermula. Kelompok C ini akan mengambil persetujuan awal bersama klien berhubung isu ini sejak kes bermula lagi, bukan seperti B yang memberi kejutan pada saat klien hadir ke pejabat untuk mengambil cek pampasan.

Kesimpulannya anda boleh dan berhak melantik mana-mana peguamcara yang anda suka mengikut kesesuaian dan keperluan anda. Bagi klien yang berduit dan kaya, anda lebih sesuai untuk menggunakan khidmat peguamcara kelompok A.


Tapi bagi golongan miskin dan sederhana anda kena lebih berhati-hati, cermat dan berwaspada. Kalau anda cuai, abai dan malas berfikir anda pasti akan menjadi mangsa peguamcara kelompok B, tetapi kalau anda lebih bijaksana, sabar, cermat dan sedar akan hak penggunaan anda, maka peguam kelompok C adalah pilihan terbaik untuk anda. Kerana apa?peguam kelompok C akan mengendalikan kes anda sama dan sebaik peguamcara kelompok lain A mahu B, tetapi apa yang berbeza mereka jujur, telus, amanah, bertanggungjawab dan melindungi kepentingan anda sebagai klien.






Comments

  1. Tq.good info..tumpang tanya.saya terlibat dalam kemalangan dan kes saya sudah selesai.dan sudah direkodkan di mahkamah.selalunya berapa lama tempoh maksimum untuk pihak insuran mngeluarkn cek?

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Kriteria Utama Dalam Pengiraan Award Pampasan

Pampasan Kecederaan Diri, Bagaimana Ia Ditaksirkan

PERINCIAN FEE GUAMAN DAN KOS TINDAKAN.