LITIGASI TUNTUTAN GANTIRUGI AKIBAT NAHAS JALAN RAYA

Saya sengaja menyebutnya sebagai litigasi semata-mata untuk memberi perbezaan di antara tuntutan insuran hayat, tuntutan socso dengan tuntutan gantirugi akibat nahas jalan raya. Kerana mungkin dari nahas yang sama akan mewujudkan pelbagai tuntutan yang berbeza.

Ini kerana ligatasi kes nahas jalan raya selalu disalah ertikan sebagai satu kes tuntutan insuran biasa sama seperti tuntutan insuran hayat, takaful mahupun sosco. Apa yang masyarakat faham adalah orang yang mengendalikan dan menguruskan kes ini adalah agen insuran.

Hakikatnya taksiran dan dapatan awam ini sangat meleset. Litigasi kes nahas jalan raya adalah satu kes litigasi biasa yang dibawa oleh litigan di mahkamah.

Objektifnya adalah mendapatkan remedi sivil dan gantirugi daripada pihak ketiga iaitu pemandu/pemilik kenderaan bermotor yang berkemungkinan cuai  mengakibatkan suatu nahas jalan raya, dimana litigan itu telah mendapat kecederaan/kerugian/kehilangan.

Tidak seperti tuntutan insuran hayat, takaful, personel accident (PA) dan sosco yang cuma memerlukan penuntut mengisi borang bersama dokumen bukti seperti laporan polis, bil dan laporan perubatan. Taksiran pampasannya pula adalah berbentuk objektif selari, mengikut dan tertakluk kepada polisi insuran.

Litigasi kes nahas jalan raya ini lebih kompleks kerana pampasan dan isu-isu yang diperbalahkan diputuskan oleh mahkamah setelah kes itu memasuki perbicaraan dan semua bukti dikemukan dan diperiksa satu persatu oleh mahkamah bersama peguamcara pihak-pihak.


Manakala arward atau taksiran gantirugi akan diputuskan oleh mahkamah berdasarkan kepada nas perundangan, ia mesti terikat dan tidak terkeluar dari nas-nas itu. Justeru itu sifatnya berbeza-beza dan taksiran dibuat berdasarkan bukti prime facie dan diputuskan oleh seorang hakim yang mengendalikan kes itu mengikut kefahaman, kepercayaan dan penerimaannya kepada semua bukti dan keterangan yang dikemukan di hadapan beliau. 

Comments

Popular posts from this blog

Kriteria Utama Dalam Pengiraan Award Pampasan

Pampasan Kecederaan Diri, Bagaimana Ia Ditaksirkan

PERINCIAN FEE GUAMAN DAN KOS TINDAKAN.