PENDAHULUAN

Lazimnya ramai orang tidak tahu bahawa accident matters (tuntutan akibat kecelakaan jalanraya) adalah satu dari cabang kepakaran atau kehadalan dalam praktis amalan guaman di negara ini.

Sama seperti doktor perubatan yang mempunyai pelbagai doktor dengan bidang pengkhususan kepakaran yang lebih mendalam seperti pakar bius, pakar mata, pakar ENT, pakar orthopedik, pakar neurologi, pakar bedah dan pakar perubatan am.

Mana mungkin kita akan mendapat rawatan terbaik untuk diskripsi ENT kalau kita sebenarnya berjumpa dengan seorang doktor pakar mata. Hakikatnya doktor pakar itu sememangnya adalah doktor perubatan bertauliah, tetapi diagnosis dia mungkin tidak berapa tepat dan tidak sesuai kerana beliau bukanlah seorang pakar ENT tetapi adalah pakar mata, walaupun kedua-duanya adalah seorang doktor pakar.

Nah begitulah juga dalam bidang amalan undang-undang atau praktis guaman. Anda kena berjumpa atau merujuk kepada peguam yang tepat dengan keperluan anda. Memang sesuatu tidak tepat jika anda perlukan perkhidmatan guaman dalam bidang conveyancing tetapi anda pergi berjumpa dengan peguam pakar accident matters. 

Mungkin peguam itu boleh mengendalikan masalah atau keperluan anda tetapi ia dilaksanakan secara perlahan, merangkak dan bertatih serta perlu merujuk ke sana ke mari.
Cabang kepakaran guaman accident matters ini merupakan satu cabang daripada begitu banyak cabang amalan guaman. Kepakaran dalam bidang ini menuntut kerajinan, kesungguhan, kepekaan dan pengalaman khusus dalam mengendalikan kes dan masalah berkaitan.

Cabang kepakaran guaman accident matters ini memerlukan seorang pengamalnya selalu berusaha keras, rajin buat home work, suka kepada kajian dan selalu mengkaji teknik dan teknikal undang-undang terkini.
Seorang peguam pakar accident matters sama seperti doktor pakar perubatan, apabila berdepan dengan kes mereka cepat, peka dan boleh memberi diagnosis masalah dan seterusnya berupaya memberi diskripsi penyelesaian dan jalan keluar kepada masalah klien.

Peguam pakar juga perlu ada kebijaksanaan, kemahiran berfikir, tepat dalam menganalisa fakta, peninggalan kes dan keterangan. Selain itu dia mesti lengkap dengan teknik, strategi dan teknikal, pantas menyerang dan hebat bertahan di mahkamah. Tiada gunanya jika dia cuma hebat menyerang tetapi bila pihak lawan melakukan serangan kilat, dia rebah kerana tiada pertahanan yang kuat, semua mesti seimbang.


Kesimpulannya bukan semua peguam boleh mengendalikan kes accident matters ini dengan baik dan cemerlang. Justeru itu bila anda ingin menggunakan perkhidmatan dalam bidang ini, carilah dan rujuklah kepada peguam handal dan pakar dalam bidang ini. Kesannya margin kejayaan anda meningkat dan kos anda pula dapat dijimatkan.


Comments

Popular posts from this blog

Kriteria Utama Dalam Pengiraan Award Pampasan

Pampasan Kecederaan Diri, Bagaimana Ia Ditaksirkan

PERINCIAN FEE GUAMAN DAN KOS TINDAKAN.