SIAPAKAH LITIGAN BAGI KES TUNTUTAN GANTIRUGI AKIBAT NAHAS JALAN RAYA?

Dalam kamus undang-undang definasi litigan adalah seseorang atau suatu pihak kepada suatu tindakan mahkamah.

Justeru itu, litigan ini boleh dirujuk sebagai orang perseorangan, perkumpulan, organisasi, pertubuhan atau syarikat yang merupakan suatu pihak yang membawa tindakan mahkamah.


Bagi kes nahas jalan raya litigan itu mungkin juga adalah seorang individu, perkumpulan, organisasi, pertubuhan atau pun syarikat yang telah terjejas teruk atau mengalami kehilangan dan kerugian yang diakibatkan oleh kecuaian satu pihak semasa mengendali, mengawal dan memandu kenderaan bermotor seperti bas, lori, van, motorkar atau pun msikal.

Comments

Popular posts from this blog

Kriteria Utama Dalam Pengiraan Award Pampasan

Pampasan Kecederaan Diri, Bagaimana Ia Ditaksirkan

PERINCIAN FEE GUAMAN DAN KOS TINDAKAN.