APA ITU LAPORAN MAKLUMAT PERTAMA (LMP) KES KEMALANGAN JALAN RAYA

Kebiasaannya laporan LMP ini dibuat oleh waris mangsa sementara menunggu mangsa yang tercedera itu keluar dari hospital atau pegawai polis yang bertugas di kaunter balai trafik atau pemandu kenderaan bermotor yang terlibat sendiri dalam kejadian itu.

Kecuali laporan polis oleh pemandu kenderaan bermotor yang terlibat sendiri dalam kejadian kemalangan itu, lain-lain laporan LMP tidak terikat atau terkait dibawah Sek 52 APJ 1987.

Bagaimana dan apakah informasi yang patut dimasukkan dalam laporan LMP ini?. Oleh kerana LMP ini biasanya dibuat oleh pihak ketiga berdasarkan kepada maklumat dengar cakap, justeru itu jarang pembuat laporan ini dipanggil ke mahkamah sebagai saksi kecuali dalam keperluan khas.

Saya berpendapat satu aporan LMP yang baik dan berwibawa cukup sekadar memasukkan butiran maklumat seperti berikut :-

1. sumber maklumat;
2. tarikh, masa dan lokasi kejadian;
3. nama mangsa;
4. hospital mana mangsa mendapat rawatan;
5. kenderaan motor yang terlibat.

Ada sesetengah pengadu LMP ini membuat dakwaan dan sangkaan berlebihan tentang dan bagaimana suatu kemalangan itu berlaku, sedangkan maklumat ini diperolehi bukan melalui pengalaman, penglihatan, pendengaran atau keberadaan beliau sendiri di lokasi kejadian.

Disebabkan itu ada sesetengah pegawai polis di kaunter balai keliru, salah faham dan akhirnya menolak laporan pengadu dan meminta saksi atau pemandu sendiri hadir untuk membuat laporan.

Ini kerana pengadu LMP memperolehi maklumat dari orang yang lain yang merupakan pihak ketiga. Adalah lebih tepat dan berwibawa jika orang yang merasai dan menyaksikan kejadian itu tampil sendiri untuk membuat laporan polis, sekurang-kurangnya dia boleh disepina ke mahkamah sebagai saksi mata pada masa perbicaraan sama ada untuk kes jenayah atau sivil.

Comments

Popular posts from this blog

Kriteria Utama Dalam Pengiraan Award Pampasan

Pampasan Kecederaan Diri, Bagaimana Ia Ditaksirkan

PERINCIAN FEE GUAMAN DAN KOS TINDAKAN.