KENAPA LAPORAN POLIS KEMALANGAN JALAN RAYA MESTI KENA TEPAT DAN PADAT?

Kami telah melalui pelbagai peringkat perbicaraan sama ada sukar mahu pun mudah. Selalunya kes litigan yang mudah berpunca daripada fakta dan keterangan bukti laporan polis yang kuat dan berwibawa.

Kes yang berwibawa sangat sukar dipecahkan oleh peguamcara pihak insuran kerana tiada ruang dan peluang untuk membangkitkan apa-apa kelemahan dan pertikaian terhadap dokumen laporan polis seorang litigan.

Tetapi bagi kes litigasi yang sukar, terlalu banyak cabaran dan pertikaian yang timbul oleh peguamcara insuran selaras dengan Seksyen 114 (g) Akta Keterangan 1950.

Cabaran dan asakan bertubi-tubi oleh peguamcara ini akan menyebabkan terpecah atau terkeluar keterangan yang tidak konsisten terhadap dokumen laporan polis itu.

Apabila wibawa dan kredibiliti diri seorang litigan terjejas disebabkan keterangan yang selalu berubah-berubah dan tidak konsisten di mahkamah, ia akan menjurus dan memberi kesan buruk yang mempengaruhi hakim untuk mengeluarkan keputusan yang tidak memihak kepada litigan tersebut.

Selalu terjadi di mahkamah bahawa bukan tugas yang sukar untuk mengikis liabiliti 100% kepada 70% atau sehingga 50% liabiliti jika cabaran itu dikendalikan oleh peguamcara yang pakar, semua cabaran ini dimulakan melalui penelitian kepada fakta dalam laporan polis pengadu.

Justeru itu diharap anda lebih peka dan berhati-hati dalam menyusun fakta dan maklumat kes ketika anda membuat laporan polis.

Ada sesetengah pegawai di kaunter menerima laporan sengaja memasukkan maklumat mengikut taksiran, susunan dan versi mereka sendiri tanpa mempedulikan hak pengadu.

Dalam hal ini pengadu mempunyai hak 100% untuk membuat atau menyatakan apa-apa maklumat yang dikehendaki dalam laporan polis beliau kerana apabila dokumen ini dipertikaikan di mahkamah pengadu itu kena bertanggungjawab 100% terhadap dokumen itu.


Dia tidak dibenarkan menuding jari kepada orang lain  sekiranya ada kecacatan, kesilapan dan kelemahan dalam dokumen itu. Dia mesti memikul tanggungjawab itu 100% dan bersedia menerima apa jua risiko yang timbul akibat daripada kelemahan itu.

Comments

  1. Assalammualaikum, saya ingin pencerahan mengenai tuntutan kes kemalangan. anak saya terlibat dgn kemalangan pd januari 2018 dan saya telah ditawarkan khidmat guaman dr satu syarikat. Kes hampir setahun tapi pampasan masih x dapat dan saya lihat syarikat guaman ini macam tak bersungguh mengendalikan kes ini. Jika saya tidak mahu lagi berurusan dgn syarikat guaman ini dan melantik syarikat guaman baru, adakah apa2 kos perlu saya bayar pada syarikat guaman lama.Buat pengetahuan tuan pihak syarikat guaman lama ada mengarahkan anak saya buat pemeriksaan di hospital swasta dan kos rawatan akan ditanggung oleh insurans. Saya harap tuan dapat membantu. Terima Kasih.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Kriteria Utama Dalam Pengiraan Award Pampasan

Pampasan Kecederaan Diri, Bagaimana Ia Ditaksirkan

PERINCIAN FEE GUAMAN DAN KOS TINDAKAN.