LAPORAN POLIS KEMALANGAN JALAN RAYA

Mengikut Seksyen 52 (2) Akta Pengangkutan 1987 seseorang yang terlibat dalam satu kemalangan jalan raya perlu melaporkan kejadian tersebut kepada balai polis berhampiran dalam tempoh masa yang segera dan munasabah tidak melebihi tempoh 24 jam.

Pegawai polis yang menerima laporan itu akan menerima laporan itu dan meneruskan tindakan dibawah Seksyen 107 Kanun Prosedur Jenayah.

Oleh kerana laporan polis berkaitan kemalangan jalan raya terikat dengan Seksyen 114 (g) Akta Keterangan 1950 terutamanya dalam pembuktian keterangan di mahkamah.

Maka jalan terbaik untuk memastikan laporan polis anda tidak menimbul masalah dan pertikaian meluas di kemudian hari, sila dapat nasihat dan pandangan paralegal atau peguam mengenai bagaimana maklumat atau keterangan kejadian kemalangan itu patut dilaporkan.

Saya selalu berjumpa kes kemalangan jalan raya baik tetapi menghasilkan keputusan yang tidak memuaskan kerana berpunca dari kesilapan, kekurangan dan kelemahan pengadu semasa membuat laporan polis.

Hampir 95% kes sebegini berpunca dari pengadu yang membuat laporan polis sendiri tanpa menerima nasihat dan pandangan pihak pakar dalam kes ini.

Laporan polis yang baik, mantap dan berkesan bukanlah laporan yang panjang dan meleret-leret tapi cuma sekadar memasukkan fakta ringkas;

1. Tarikh dan masa kemalangan;
2. Nombor pendaftaran, jenis dan warna kenderaan;
3. Arah perjalanan dan destinasi anda;
4. Arah perjalanan kenderaan lawan;
5. Fakta bagaimana kemalangan itu berlaku;
6. Nama dan hospital yang merawat anda;
Kecederaan anda;
7. Kerosakan kenderaan dan kehilangan barangan peribadi.


Bagi mangsa yang tercedera masa yang baik untuk membuat laporan polis adalah selepas anda sihat, stabil dan pulih dari kecederaan kerana proses ini memerlukan fizikal dan mental yang sihat dan cerdas

Comments

  1. Casinos Near Me - Mapyro
    Best 포천 출장샵 Casinos near me - Casinos with 광주광역 출장안마 the closest proximity - Find the closest casinos 천안 출장샵 and play 여주 출장안마 for real money. Mapyro offers real money 세종특별자치 출장샵 slots.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Kriteria Utama Dalam Pengiraan Award Pampasan

Pampasan Kecederaan Diri, Bagaimana Ia Ditaksirkan

PERINCIAN FEE GUAMAN DAN KOS TINDAKAN.