NOTA DISCAJ (DISCHARGE SUMMARY)

Mungkin ramai pesakit yang tidak ambil peduli dengan nota discaj kerana mereka tidak memahami kepentingan dokumen tersebut kepada kes litigasi akibat kemalangan jalan raya.

Kerana itu ramai pesakit tidak kisah sama ada
mereka dibekalkan dengan dokumen itu atau pun tidak semasa mereka discaj dari hospital.
Tumpuan mereka lebih kepada diskripsi ubatan, bil hospital dan kad temujanji. 

Ramai yang tidak sedar nota discaj ini sebenarnya satu dokumen ringkas yang mengesahkan diagnosis rawatan dan kecederaan pesakit.

Biasanya apa yang tercatit dalam kolum diagnosis pesakit akan diulang semula dalam laporan perubatan pesakit yang disediakan oleh hospital jika ada permohonan oleh pesakit ataupun peguam.

Justeru itu sebelum anda meninggalkan hospital, sila semak nota discaj anda, pastikan semua maklumat kecederaan anda tercatit dalam nota tersebut. Sekiranya ada fakta yang terabai, tertinggal atau tercicir minta doktor yang merawat anda untuk memasukkannya dan memberi anda nota discaj yang tepat diagnosis anda.

Selain itu satu kesimpulan mudah yang ringkas boleh dibuat oleh peguam berkenaan anggaran award pampasan kecederaan sekiranya dokumen itu dirujuk kepadanya kerana ketepatan maklumat kecederaan dalam nota discaj adalah 70% sama dengan apa yang bakal terkandung dalam laporan perubatan. 

Tetapi tout, agen, runner, ulat-ulat dan orang tengah sangat mahir dan cekap berlakon sebagai ahli nujum terhebat apabila memberi satu nilai pampasan yang sangat tinggi tanpa merujuk dokumen tetapi cukuplah sekadar scan biasa melalui mata kasar.


Ketika aksi itu dilakukan dia bukan sahaja berlakon sebagai ahli nujum tetapi melakonkan sekaligus watak hakim, peguam dan doktor apabila memberi anggaran pampasan melampau yang 100% lahir daripada aksi penipuan.

Comments

Popular posts from this blog

Kriteria Utama Dalam Pengiraan Award Pampasan

Pampasan Kecederaan Diri, Bagaimana Ia Ditaksirkan

PERINCIAN FEE GUAMAN DAN KOS TINDAKAN.