PENTINGNYA REKOD SEJARAH ATAU LATAR BELAKANG RAWATAN DALAM KANDUNGAN LAPORAN PERUBATAN PESAKIT

Saya maklum bahawa sejurus terlibat dalam suatu kejadian kemalangan fizikal dan mental pesakit akan berada pada satu tahap yang rendah dan terbeban.

Kadangkala tidak sedar apa yang pesakit beritahu atau maklumkan kepada orang lain berkenaan situasi kejadian kemalangan itu. Pesakit biasanya akan menjawab apa sahaja untuk membebaskan diri supaya selesa dari sebarang bentuk gangguan, kemudian dia cuma ingin menerima rawatan perubatan dengan segera.

Bagaimanapun situasi sebegini harus diberi perhatian dan ditangani dengan sabar, bijaksana dan tenang. Kawal emosi dan cuba berfikir dengan baik, kemudian maklumkan kepada paramedik atau doktor yang merawat anda mengenai sejarah atau kejadian kemalangan yang menimpa anda dengan tepat dan teratur.

Beritahu cuma terhad kepada perkara umum, tidak perlu berlebih-lebihan kerana paramedik atau doktor tugas mereka hanyalah memberi rawatan terbaik dan munasabah untuk kecederaan yang anda alami.

Dalam perbicaraan kes litagasi akibat kemalangan jalan raya di mahkamah selalu wujud pertikaian sengit di antara peguamcara litigan dengan peguamcara insuran berhubung dapatan fakta dalam sejarah latar belakang rawatan pesakit yang tidak konsisten dan bercanggah dengan dapatan siasatan pegawai penyiasat kes trafik.

Saya banyak berjumpa dengan kes sebegini, dimana pesakit itu jika dirujuk kepada fakta sejarah latar belakang rawatan dalam laporan perubatannya, ternyata pesakit itu mendapat kecederaan akibat kemalangan yang berpunca dari hilang kawalan kenderaan lalu terbabas atau terlanggar tiang di tepi jalan.

Tetapi tiba-tiba fakta berbeza, tidak konsisten dan sangat ketara pula wujud dalam dokumen laporan polis pesakit, dimana dalam laporan polis pula pesakit mendakwa beliau dilanggar oleh sebuah kenderaan bermotor.

Oleh kerana laporan perubatan adalah maklumat paling awal yang mungkin lebih tepat dan berwibawa kerana secara psikologi dan kondisinya sangat sukar bagi pesakit untuk berbohong atau mencipta versi kemalangan berbeza, biasanya pesakit akan memberitahu apa yang benar dan apa yang jujur berlaku ke atas dirinya.

Berbanding laporan polis yang lewat dibuat, mungkin selepas 2 minggu atau mungkin 1 bulan atau 6 bulan bergantung kepada keadaan dan tahap pemulihan seseorang pesakit. Masa yang lama ini mungkin diambil kesempatan oleh pihak-pihak lain untuk masuk campur, menasihati dan mengajar pesakit untuk mencipta versi.

Bila wujud perbezaan atau ketidakkonsistennya fakta dan keterangan dalam kedua-dua dokumen itu, maka biasanya sepina terpaksa dikeluarkan ke atas doktor yang merawat untuk memberi penjelasan mengapa fakta bercanggah itu ada dalam laporan beliau.

Tips terbaik untuk memudahkan urusan dan pengendalian kes, pesakit dinasihat semasa menerima rawatan dapat memberi maklumat yang tepat, padat, ringkas dan tidak berlebih-lebih supaya doktor anda tidak terpengaruh untuk membuat satu kesimpulan yang mungkin merugikan kes anda, demi untuk mengelakkan anda didakwa atau ditimpa cuba membawa satu litigasi fraud (penipuan) terhadap pihak insuran.

Comments

  1. Abg saya nak tengok detail duit imsurans saya sebb sya xdapt Surat ap2...
    Mohammad borhan bin shari.total smua sya xdpat...saya datang pejabat tgok detail nak tengok detail n total smuanya.

    Mohammad borhan bin shari

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Kriteria Utama Dalam Pengiraan Award Pampasan

Pampasan Kecederaan Diri, Bagaimana Ia Ditaksirkan

PERINCIAN FEE GUAMAN DAN KOS TINDAKAN.