APA YANG ANDA PERLU LAKUKAN SEKIRANYA ADA KESILAPAN ATAU KECICIRAN MAKLUMAT DALAM LAPORAN POLIS



Lumrah alam manusia ini sifatnya cuai, lupa dan alpa. Dalam keadaan yang terhimpit, kelam kabut dan tergesa-gesa memang biasa berlaku kesilapan, keciciran dan kesalahan dalam membuat laporan polis.

Bagaimanapun sekiranya sesuatu kes itu masih berada atau sampai ke peringkat perbicaraan, seseorang pembuat dokumen laporan polis itu masih boleh dan berhak untuk meminda atau memasukkan maklumat dan fakta baru dalam laporan polisnya.

Tetapi pembuat laporan itu tidak boleh atau tidak benarkan untuk memadam terus laporan polis lamanya, ini kerana sistem penyimpanan server PDRM menghalang tindakan ini.

Seorang pembuat laporan polis itu boleh meminda atau memasukkan maklumat atau fakta baru itu dengan membuat satu laporan polis baru, bukan meminda atau memadam laporan polis lamanya.



Proses ini sebenarnya memberi peluang yang sangat cerah kepada pihak lawan untuk mempertikaikan kredibiliti keterangan atau maklumat yang dikemukan oleh pengadu tersebut semasa dalam proses perbicaraan. 

Comments

  1. Assalam bos...nk tnya brpa anggaran dpt jika kmalangan patah tulang tibia dan fibula...kes sy 100% bleh menang

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Kriteria Utama Dalam Pengiraan Award Pampasan

Pampasan Kecederaan Diri, Bagaimana Ia Ditaksirkan

PERINCIAN FEE GUAMAN DAN KOS TINDAKAN.