Posts

Showing posts from 2015

OBJEKTIF UTAMA PAMPASAN GANTIRUGI KECEDERAAN DIRI DAN KEMATIAN SERTA REALITINYA

Objektif utama undang-undang membenarkan orang yang tercedera atau waris yang orang terkorban dalam suatu kemalangan jalan raya ialah untuk menjamin dan memastikan pihak-pihak berkenaan mendapat remedi sivil yang berupa pampasan gantirugi walaupun mungkin tiada proses pendakwaan jenayah terhadap mana-mana pihak akibat kekurangan bukti atau bukti tidak mencukupi bagi membolehkan proses pendakwaan dilakukan.  Objektif utama pampasan gantirugi ini adalah untuk memberi pampasan yang adil, patut munasabah, sesuai dan perlu sebagai proses satu pembelaan dan penjagaan kepentingan mangsa kerana disebabkan:- Orang tercedera menjadi cacat akibat pemotongan anggota badan;  Orang tercedera mengalami penderitaan, kesakitan dan keterbatasan pergerakkan aggota badan; Orang tercedera mengalami kepayahan dan kesusahan hidup akibat kecacatan dan hilang upaya akibat kecederaan tersebut; Orang tercedera terpaksa mengeluarkan perbelanjaan yang banyak untuk menampung kos perubatan, pembedahan, imp

Kelahiran Facebook Fan Page Karlz Kampau

Syukur alhamdulillah kepada Allah SWT kerana dengan berkat, rahmat dan keizinan dari-Nya maka saya walaupun begitu sibuk dengan urusan pekerjaan tetapi masih dapat mencuri masa dan kesempatan untuk melahirkan satu medium baru untuk saya berinterasi secara efisien dengan pembaca iaitu di Facebook Fan Page Karlz Kampau. Selawat dan salam juga kepada nabi junjungan kita Nabi Muhammad SAW.  Jutaan terima kasih kepada adik saya Muhammad Firdaus bin Zainun, pembantu saya Luqman Nul Hakim bin Mohd Zaini dan juga pembantu sambilan saya Muhammad Aiman Hakim bin Mohd Zaini kerana selama ini banyak memberi sokongan kepada saya sama ada dalam bentuk material, tenaga dan moral.  Pembaca budiman, saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada anda semua. Tanpa anda semua, blog ini termasuk semua artikel-artikelnya tidak akan menjadi bermakna. Kerana sokongan dan tindak balas daripada anda semua saya menjadi lebih bersemangat, lebih kuat dan berkeupayaan untuk meneruskan misi, visi d

Apakah Jawapan Kepada Masalah Dual Representasi

Beberapa minggu yang lalu, saya dihubungi melalui email oleh seorang pembaca. Disebabkan jadual kerja yang ketat saya akan menjawab persoalan itu di sini. Masalah pengadu berpunca daripada isu dual representasi 2 peguam. Masalah ini timbul lebih kurang seperti berikut:- - Pengadu tidak puas hati atas perkhidmatan dan respon firma guaman A yang mula-mula dilantik oleh beliau melalui agen/runner A;  - Pengadu mendakwa sering menghubungi pejabat peguam A untuk mendapat maklumat balas dan perkembangan kes, tapi malang tiada input yang memuaskan;  - Beberapa lama kemudian beliau terjumpa agen/runner A secara tidak sengaja. Beliau mencerita masalah dan rungutannya terhadap perkh idmatan n peguam A kepada agen/runner A; - Agen/Runner A mendakwa beliau tidak lagi menjalankan urusniaga dengan peguam A kerana banyak terima aduan daripada pelanggan berkenaan caj-caj tersembunyi dan pemotongan fee yang melampau;  - Agen/Runner A mencadangkan kepada pengadu supaya membatalkan