Posts

Showing posts from 2022

PEROMPAKAN DUIT PAMPASAN TERUS BOBROK INSTITUSI KEPEGUAMAN

Kebejakan dan kekotoran dalam institusi yang menguruskan kes tuntutan insurans kemalangan pihak ketiga masih terus berlaku dan berleluasa. Semua ini berlaku kerana masyarakat masih memberi sokongan dan kepercayaan kepada pelaku untuk meneruskan modus operandi atau kegiatan mereka dengan secara berleluasa.  Meskipun acapkali pendedahan dan pembongkaran dibuat oleh persatuan-persatuan pengguna umpamanya Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mengenai kegiatan penipuan dan perompakan wang tuntutan insurans kemalangan pihak ketiga ini.  Namun masyakat seolah-olah memandang sepi, tidak prihatin atau tidak ambil peduli kepada pendedahan dan pembongkaran tersebut.  Apa yang menakutkan perompakan dan penipuan ini diterima pula sebagai sesuatu yang benar dan patut sehingga menenggelamkan kebenaran dan hak. Justeru itu tidak hairanlah 90% mangsa kemalangan jadi mangsa penipuan dan perompakan sindiket firma guaman ini. Di luar sana masih ramai orang yang gagal untuk memberi perhatian atau sekur