Posts

Showing posts from 2020

PEMALSUAN PERSETUJUAN PENYELESAIAN KES

Image
1. Saya ban yak menerima aduan dan pertanyaan berkaitan tajuk di atas daripada pembaca pages dan blog saya "Karlz Kampau Kongsi Pengetahuan Bersama".  2. Mereka mendakwa kes tuntutan kemalangan yang diuruskan melalui peguamcara telah diselesaikan tanpa pengetahuan dan tanpa persetujuan atau tanpa arahan daripada mereka. 3. Ada segelintir merasa terkilan kerana jumlah pampasan yang dipersetujui atau direkodkan oleh peguam untuk penyelesaian kes jauh lebih rendah daripada sasaran yang mereka impikan.  4. Mereka bertanya apakah proses ini benar dan apakah boleh seorang peguamcara mengambil persetujuan, tawaran atau merekodkan apa-apa jumlah persetujuan tanpa pengetahun/kebenaran/arahan daripada anakguam mereka. 5. Jawapan saya perbuatan ini adalah satu perbuatan dan tindakan khianat, pecah amanah dan jenayah kerana berlaku satu pemalsuan  persetujuan atau arahan daripada anakguam secara nyata. 6. Ini kerana pada hakikatnya anakguam itu sama sekali tidak tahu, tidak dimaklumkan d

MARI MEMBERSIHKAN PEMIKIRAN DAN KEMBALI KEPADA PENCERAHAN

Image
1. "Aku accident, lepas itu aku hantar moto kat bengkel, bengkel cakap akan claim insuran. Tup-tup last-last bila nak ambil moto aku kena top up lagi RM700, padahal bukan salah aku, polis dah saman kereta tu". Kata Ali kepada Abu meluahkan rasa. Abu tanya pula "Dah lama kau pakai moto?". "Lama tak lama baru 3 tahun, sial punya bengkel". 2. "Aku hantar moto baru aku kat bengkel lepas accident dengan keta yang keluar simpang secara mengejut. Aku minta full spec barang ori pasang kat moto, apa ada hal insuran bayar, alhamdulillah aku 1 sen pun aku tak keluar" Kata Lim bangga kepada Leong. 3. "Celaka bengkel insuran ini tekan harga sampai 2K, kalau aku bela sendiri kos dia tak sampai 1.5K. Celanat betul cekik darah". 3. Perbualan-perbualan di atas adalah perbualan kerap, selalu dan normal bagi pemilik motorsikal. Disebabkan orang ramai kurang mendapat ilmu pengetahuan dan pendedahan serta pencerahan berkaitan SOP, terma, syarat dan kelay

MARI KITA KEMBALI MEMBETULKAN PERSEPSI DAN PRASANGKA

1. Tidak adil jika kita bertindak, berfikir dan memutuskan sesuatu berkaitan persepsi atau perjudis ke atas sekelompok orang, organisasi, badan atau pihak berkuasa berdasarkan kepada tingkah laku segelintir orang yang curang dan seleweng dalam menjalankan amanah bagi organisasi tersebut.  2. Kita mesti bersifat adil dan berdiri di tempat yang betul apabila kita ingin mendakwa atau melemparkan suatu tuduhan, tuduhan itu biarlah fokus dan tersasar kepada pelaku yang curang dan seleweng itu. 3. Jangan menuduh dan mendakwa secara pukal, pukul rata dan menyeluruh. Hakikatnya dalam setandan pisang pasti ada sebiji dua yang rosak dari segi rupa dan rasanya. Tetapi itu tidak bermakna semua setandan pisang itu rosak, buruk dan berkualiti rendah. 4. Nah begitulah juga dengan pasukan polis, walaupun banyak tuduhan, dakwaan dan pengataan yang dibuat bahawa pegawai penyiasat trafik terlibat dalam salah laku melobi, mendesak dan memaksa mangsa kemalangan untuk menerima dan melantik peguam demi  mend
Image
Ini benar-benar zalim, penipu dan cekik darah Sudahlah ambil 25% yuran guaman.... Lepas itu ambil lagi macam-macam caj kat kepala klien. Minta orang johor ambil sikap berhati-hati tahap tertinggi. Jangan sampai jadi mangsa macam ini..

SAYA MENULIS KERANA KASIH SAYANG KEPADA ANDA SEMUA

Image
1. Saya menulis di blog Karlz Kampau sejak tahun 2009 lagi dan di pages pula 3 tahun kebelakangan ini. 2. Walaupun saya tidak mahir dengan aplikasi dan gadet komputer, namun saya berusaha juga menulis mengikut kemampuan dan keupayaan saya. 3. Tujuan dan objektifnya, saya mengasihi dan menyayangi anda semua. Saya ingin anda selamat dan ada ilmu, input dan pendedahan. Sekurang-kurangnya anda dapat menjaga dan melindungi diri sendiri. 4. Saya tidak dapat menolong anda lebih jauh daripada ini, saya hanya mampu menulis dan memberi pendedahan. Tetapi tidak mampu membantu anda secara langsung. 5. Cukuplah pekerjaan ini diterima Allah sebagai satu bentuk amal kebaikan dan kebajikan yang mampu saya berikan sebagai tanda kasih sayang kepada sesama insan. 6. Sepanjang saya menulis saya tidak pernah meminta upah, ganjaran atau bayaran daripada pembaca, likers dan follower saya. Semuanya adalah ikhlas dan percuma. 7. Namun semalam pecah rekod apabila Puan Ros beriaya-iya meminta nomb

BERTANYA KEPADA ORANG YANG TEPAT, BENAR DAN ARIF

1. Saya sering dipertanyakan terkait anggaran pampasan kecederaan oleh sama ada pembaca pages ini atau blog karlz kampau. Pertanyaan itu bukan bersifat teknikal tetapi ini lebih kepada ingin mengetahui berapa nilai pampasan yang patut mereka dapat untuk cedera itu dan ini. 2. Jujurnya saya ingin menjawab semua soalan mereka, bagaimanapun saya bimbang jika jawapan saya dijadikan panduan, asas atau diterima sebagai tepat bagi kes orang bertanya itu. 3. Suka saya menjelaskan apa yang ditulis didalam pages ini atau blog saya itu cuma layak sebagai pengetahuan am dan ringkas sahaja.  Panduan yang saya rujuk iaitu journal laporan kes perundangan (MLJ dan CLJ) dan Compendium of Personal Injury Award terbitan Majlis Peguam cuma bertindak sebagai perbandingan sahaja. 4. Bagaimanapun pandangan ini tidak boleh diterima sebagai muktamad, tepat, wajib dan mesti kepada kes anda. Semua kes guaman sivil tuntutan kemalangan berbeza di antara satu sama lain terutama dalam isu fakta, undang-undang

TIDAK PERLU MENUDING JARI KEPADA PIHAK LAIN, JIKA ANDA SENDIRI YANG CUAI

Image
1. Sikap adil, telus dan saksama adalah tuntutan utama dalam agama islam. Sebagai manusia yang mengaku sebagai muslim dan umat Muhammad saw kita harus melaksana dan menghayati sifat dan sikap terpuji itu dengan bersungguh-sungguh. 2. Rasanya semua orang tahu perkara ini, tapi ramai yang buat-buat tidak tahu, sengaja memilih untuk tidak melaksanakannya kerana ada kepentingan duniawi yang melebihi kepentingan akhirat dan ukhrawi. 3. Dalam isu yang saya kemukakan, saya suka bersikap adil kepada semua, kepada pengguna dan juga kepada pengamal undang-undang serta wakilnya yang terlibat dalam masalah ini. 4. Ramai juga pembaca mengadu dan mendakwa mereka ditipu dan diperdayakan oleh tout, agen, runner dan peguam yang mengendalikan kes mereka. 5. Akan tetapi apabila kes itu diselidiki dengan lebih mendalam dan terperinci, akhirnya saya mendapati tuduhan dan dakwaan itu bersifat tohmahan dan berunsur fitnah. 6. Apa yang berlaku, ada segelintir mangsa kemalangan yang suka meminjam

KEJADIAN INI BOLEH DIELAKKAN JIKA...

Image
1. Kejadian malang ini berterusan berlaku dulu, kini dan mungkin pada masa akan datang. Kenapa ia berlaku? kerana kita membenarkannya berlaku tanpa kesedaran dan usaha untuk mengatasinya. 2. Penjenayah, pencuri dan/atau perompak akan berjaya melaksanakan niat dan kerja jahat mereka setelah mangsa memberi peluang yang luas, tidak berhati-hati, leka dan abai. 3. Sipenipu kolar putih ini bersifat pemangsa dan penjenayah, mereka sentiasa mengintai ruang, peluang dan masa yang sesuai dari jauh untuk melaksanakan niat mereka, bila ada sahaja peluang mereka terus membaham tanpa belas kasihan. 4. Satu-satunya cara untuk membasmi dan membenteras sipenipu ini terus menipu ialah dengan menyebarkan dan berkongsi maklumat dan pendidikan kepenggunaan dengan meluasnya  khusus bagi mangsa yang ingin membuat tuntutan insuran selepas terlibat dalam kemalangan. 5. Kita tutup semua ruang dan peluang kepada sipenipu untuk merancang, melaksana dan menjayakan modus operandi penipuan mereka. 6.

SAMPAI BILA INI AKAN BERTERUSAN?

Image
Sebentar tadi saya dihubungi oleh pembaca pages ini  untuk memohon nasihat dan pandangan kerana dia telah menjadi mangsa penipuan firma guaman. Dia ini awalnya diberi janji lisan bahawa lawyer cuma akan ambil yuran guaman all in 20% daripada nilai pampasan. Kes beliau telah selesai dengan jumlah penghakiman RM12,000.00. Sepatutnya kalau ikut janji awal lawyer cuma berhak ambil RM2,400.00. Tapi anda lihatlah sendiri apa yang terjadi ke atas beliau. Menurut mangsa kes ini berlaku di satu daerah bersempadan dengan Seremban di Negeri Sembilan. Apa yang saya tulis dulu, kini dan akan datang bukan bersifat fitnah atau tuduhan melulu, tapi ini adalah hakikat yang sebenarnya berlaku jika anda meremehkan keperluan dan kepentingan surat perjanjian atau surat jaminan berkenaan bayaran yuran guaman.

TUNTUTAN GANTIRUGI KOS MEMBAIKI KENDERAAN PIHAK KETIGA

Image
1. Mestipun Seksyen 96 APJ 1987 memberi justifikasi bahawa penanggung insuran wajib menunaikan apa jua hukuman atau melunaskan pembayaran yang dikenakan ke atas pemegang polisi berkenaan dengan risiko pihak ketiga. 2. Namun Seksyen 91 APJ 1987 pula memperuntukkan bahawa penanggung insuran ada kewajipan mutlak atau mandatori hanya terhad kepada pampasan gantirugi kematian dan kecederaan badan sahaja. 3. Bagi pampasan gantirugi kerosakan harta benda (property damages) pula seperti kos baik pulih kerosakan kenderaan pihak ketiga, ia tidak bersifat mutlak dan penanggung insuran berhak menolak dan menafikan tanggungjawab jika:- (a) Kenderaan itu tidak memiliki sebarang perlindungan insuran yang sah; (b) Kenderaan itu dipandu oleh seseorang tidak memiliki lesen memandu yang sah; 4. Justeru itu, penanggung insuran hanya menerima apa-apa liabiliti atau pembayaran pampasan kerosakan atau kehilangan kenderaan jika:- (a) Kenderaan itu memiliki perlindungan insuran yang sah; (b) K

KITA WAJIB BERSIFAT ADIL DAN SAKSAMA

Image
1. Mempertahankan hak adalah satu amalan mulia dan sangat terpuji di sisi agama dan masyarakat kita. Bahkan dalam keadaan tertentu hukumnya adalah wajib. 2. Mempertahankan hak sinonim dengan mempertahankan air muka, maruah dan harga diri. Kerana itu wujudnya pepatah lama berbunyi "Biar putih tulang jangan putih mata". 3. Namun begitu menuntut atau mempertahankan hak itu ada cara, kaedah, hukum dan etikanya. Kita hanya boleh menuntut sesuatu yang nyata menjadi hak kita, bukan hak orang lain. Kita wajib bersifat adil dan saksama. 4. Kita hanya boleh menuntut gantirugi atau menerima pampasan untuk suatu kerugian atau belanja yang benar mutlak atau nyata dikeluarkan daripada poket kita sendiri, bukan dibayar atau dibiayai oleh pihak lain. 5. Saya pernah menerima aduan pembaca, dia mendakwa peguamcaranya telah menipu beliau. Dia menerima pampasan yang banyak untuk kecederaan kaki yang dialaminya. 6. Pembaca itu mendakwa selain dari yuran 25% daripada nilai pampasaan, p

KITA SERING ALPA DAN TERPEDAYA

Image
1. Kita semua termasuklah diri saya, anda, kamu dan mereka yang serba hina dan kekurangan selalu leka, alpa dan terlupa pada setiap saat dan ketika. 2. Kita lupa bahawa hidup di dunia ini amatlah singkat, barangkali sesingkat cuma tarikan 1 nafas sahaja. Kita lupa hayat kita ini berjalan pantas dari satu nafas ke nafas baru yang lain. Andainya nafas itu terhenti maka berakhirlah nyawa dan hayat kita di dunia ini. 3. Dari alam sementara kita berpindah ke alam kekal abadi. Dari hidup bertukar kepada mati, tinggallah nama dan sejarah sahaja. Meskipun begitu berapa ramai orang yang berwaspada dan berhati-hati dengan keadaan ini?. 4. Amat sedikit insan yang berwaspada dan cermat dengan kurniaan hayat atau nafas yang bertukar dari setiap saat kepada saat yang baharu lain. 5. Sedih dan malangnya, ramai orang yang bergelumang dalam pencarian yang sia-sia dan belum tentu pasti. Memburu sesuatu yang bersifat pinjaman dan meninggalkan sesuatu yang kekal abadi. Kita dialpakan oleh dunia,

GARUDA DIBURU LAYANG-LAYANG YANG DAPAT.

1. Tajuk di atas adalah satu peribahasa melayu lama yang bermaksud barang yang didapatkan tidak seimbang dengan yang diinginkan. Ini jelas menunjukkan nenek moyang kita sudah mahir, pakar dan kenal segala muslihat dan tipu daya yang sering menimpa orang melayu sejak dahulu kala. 2. Hal ini juga sering berlaku menimpa mangsa kes guaman kemalangan. Majoriti mangsa berhajat atau berangan-angan untuk mendapatkan pampasan bernilai plus super dengan cara yang mudah dan cepat. 3. Tetapi adakah kita sedar dalam dunia ini tidak pernah wujud perkara kerja mudah tetapi hasilnya lumayan kecuali orang melakukan kerja-kerja melanggar norma agama dan masyarakat seperti rasuah, menipu dan mencuri. 4. Secara normal atau sunnatullah manusia dalam dunia ini kena berusaha dan bekerja keras untuk mendapatkan suatu hasil yang lumayan. Besar periuk maka besarlah keraknya, kerja kuat maka in syaa Allah hasilnya banyak kerana Allah maha melihat dan maha adil. 5. Kerana orang kita suka berangan-angan un

KENAPA SAYA MENULIS?

1. Secara rasminya saya mula bertugas di firma guaman yang menjadi majikan saya ini sejak Oktober 1997 sebagai budak peon. Majikan saya banyak mengendalikan kes guaman kemalangan kerana peguam-peguam kami ada latar belakang dan pengalaman yang hebat sebagai peguambela pihak insuran. 2. Selain itu kami juga ada mengendalikan kes penceraian, kes conveyancing dan beberapa kes jenayah terpilih. Tapi tumpuan utama dan kepakaran kami adalah khusus kepada kes guaman kemalangan. 3. Saya mula belajar dan menimba ilmu serta menikmati pengalaman hidup bekerja dengan bermula sebagai kakitangan bawahan. Saya mengutip setiap inci pengalaman sebagai budak penghantar, budak pejabat, kerani, ketua kerani, setiausaha dan kini paralegal. 4. Saya telah berdepan dan berjumpa pelbagai jenis ragam manusia, latar belakang, gander, kaum dan agama. Banyak kenangan manis dan pahit. Berdepan pelbagai cabaran dalam kerjaya saya, saya pernah menangis kerana tekanan kuat untuk menyiapkan dan melunasi tugasan.

KITA BERSAMA ADA KEPENTINGAN & RISIKO YANG ADIL DAN SETARA

Image
1. Semalam saya diberi task oleh majikan saya yang untuk mengurus dan mengendalikan satu proses perundingan penyelesaian bersama klien kami. 2. Proses ini telah berlanjutan lama dan ia memerlukan keputusan muktamad.  Alhamdulillah sampai sahaja ke tempat tujuan, klien saya telah sedia menunggu di depan rumah. 3. Selepas bertanya khabar dan berbual santai, perbincangan kami mula masuk kepada perkara tujuan saya hadir ke sana iaitu melakukan rundingcara dan khidmat nasihat berkaitan tawaran penyelesaian bagi kes guamannya. 4. Saya membawa bersama dokumen penting seperti medical report, specialist report, keputusan dan nas undang-undang berkaitan kes itu sebagai rujukan dan perbandingan. 5. Proses rundingan ini berjalan lebih 3 jam dan pelbagai soal jawab dikemukan. Selepas klien saya berpuas hati dan faham dengan semua penjelasan serta melihat bukti sokongan, kami bersama bersetuju memberi masa 3 hari untuk beliau memuktamadkan keputusannya. 6. Apa yang saya belajar dan dapat

TIGA SEBAB MANUSIA TAMAK KEPADA DUNIA

Image
“Yang menyebabkan seseorang tamak kepada kehidupan dunia ada tiga perkara. Salah satunya adalah seseorang memandang dunia dengan pandangan yang indah, sehingga ia ingin tetap hidup kekal di dunia untuk bersenang-senang. Kedua, mengagungkan manusia menurut kedudukannya masing-masing. Hal itu menyebabkan setiap orang saling berbangga dan berlolumba-lumba mengumpulkan kekayaan. Adapun yang ketiga adalah, perasaan seseorang bahwa yang tidak mempunyai harta, maka ia tidak bernilai sedikitpun dimata manusia yang lainnya, sehingga dari sebab itu, lalu timbul rasa bakhil dan takut menjadi miskin.” Semoga bermanafaat Hamba Allah.

PAMPASAN GANTIRUGI BAGI KECEDERAAN KEPATAHAN TULANG MASTOID AND/OR STYLOID PROCESSES

Image
1. Tulang mastoid dan styloid processes adalah salah satu komponen tulang-tulang yang berada dalam lingkungan tulang tempurung kepala. 2. Perkongsian ini adalah satu panduan berkenaan kuantum Gantirugi Am dalam kes guaman berkaitan tuntutan kemalangan jalan raya (personal injury accident claim) atau lebih dikenali runner matter. Tuntutan ini adalah untuk mendapatkan remedi sivil untuk gantirugi yang diakibatkan oleh suatu kemalangan. 3. Perkongsian ini terhad kepada gantirugi kecederaan sahaja dan ia tidak meliputi serta merangkumi apa-apa award bagi Gantirugi Khas dan juga gantirugi hilang pendapatan dan/atau keupayaan pendapatan masa depan. 4.  Perkongsian ini juga tidak boleh dirujuk atau digunakan sebagai perbandingan bagi kes lain seperti tuntutan INSURAN HAYAT atau tuntutan PERKESO (SOSCO). 5. Informasi ini hanyalah satu panduan ringkas bersifat umum yang mempunyai objektif sebagai perisai awal supaya pengguna ada input dan tidak mudah diperbodohkan oleh taut, agen, runne

PISAU SERAMPANG 2 MATA

Image
1. Semalam saya ada urusan kerja di utara negeri Perak. Tujuan saya ke sana adalah untuk rundingcara dengan klien saya berkaitan satu kes guaman akibat kemalangan yang berlaku sebelum PKP. 2. Pada kesempatan ini saya dapat berjumpa dan berkongsi pengalaman dengan seorang mangsa kemalangan yang menjadi kenalan rapat kepada pelanggan saya ini. 3. Apa yang disampaikan oleh orang itu sangat mengejutkan saya. Kejadian yang diceritakan kepada saya ini adalah sesuatu yang luar jangkaan dan tak pernah saya terfikir akannya. 3. Orang itu mendakwa selepas dia terlibat dalam kemalangan, beliau didatangi berbagai orang tout sama ada di hospital atau pun di balai polis trafik. 4. Kesemua tout dan agen telah ditolaknya dengan baik.  Keputusan itu telah menyebabkan aio trafik kes itu datang sendiri ke rumah beliau atas alasan untuk melengkapkan siasatan. Tetapi pada masa yang sama aio itu telah memujuk dan mengesa orang itu menerima dan melantik peguam yang telah didealkannya. 5. Bagaim

SEBELUM LANTIK PEKERJA MAHIR IKAT KONTRAK DENGAN JELAS, TERSUSUN & SEMPURNA

Image
1. Sebelum ini dalam perkongsian  lalu saya memberi analogi satu perumpamaan bahawa proses perlantikan peguam bagi kes guaman akibat kemalangan sama keadaan dan kisahnya seperti pemilik tanah dan pekerja mahir yang terlibat projek perkebunan buah-buahan. 2. Pemilik tanah atau kebun sudah tentu berhajat kepada hasil buah yang melimpah ruah, lebat, lazat, manis dan berkualiti tinggi. Sementara itu pekerja mahir pula berkehendak kepada upah kerja profesional yang sesuai, setimpal dan setara dengan kedudukan dan khidmat mereka. 3. Bagi mencapai maksud dan objektif diri masing-masing, pemilik tanah dan pekerja mahir patut ada seisi perundingan dan perbincangan yang telus tentang cara, kaedah, upah, pengurusan dan penyelenggaraan serta kerja-kerja perkebunan itu. 4. Pemilik tanah harus bertanya, ambil tahu dan mendapatkan penerangan yang jelas daripada pekerja mahir tentang wawasan, kertas kerja, proses dan upah, anggaran kos projek itu. Paling penting wajib ditanya kepada pekerja ma