Posts

Showing posts from June, 2020

KITA WAJIB BERSIFAT ADIL DAN SAKSAMA

Image
1. Mempertahankan hak adalah satu amalan mulia dan sangat terpuji di sisi agama dan masyarakat kita. Bahkan dalam keadaan tertentu hukumnya adalah wajib. 2. Mempertahankan hak sinonim dengan mempertahankan air muka, maruah dan harga diri. Kerana itu wujudnya pepatah lama berbunyi "Biar putih tulang jangan putih mata". 3. Namun begitu menuntut atau mempertahankan hak itu ada cara, kaedah, hukum dan etikanya. Kita hanya boleh menuntut sesuatu yang nyata menjadi hak kita, bukan hak orang lain. Kita wajib bersifat adil dan saksama. 4. Kita hanya boleh menuntut gantirugi atau menerima pampasan untuk suatu kerugian atau belanja yang benar mutlak atau nyata dikeluarkan daripada poket kita sendiri, bukan dibayar atau dibiayai oleh pihak lain. 5. Saya pernah menerima aduan pembaca, dia mendakwa peguamcaranya telah menipu beliau. Dia menerima pampasan yang banyak untuk kecederaan kaki yang dialaminya. 6. Pembaca itu mendakwa selain dari yuran 25% daripada nilai pampasaan, p

KITA SERING ALPA DAN TERPEDAYA

Image
1. Kita semua termasuklah diri saya, anda, kamu dan mereka yang serba hina dan kekurangan selalu leka, alpa dan terlupa pada setiap saat dan ketika. 2. Kita lupa bahawa hidup di dunia ini amatlah singkat, barangkali sesingkat cuma tarikan 1 nafas sahaja. Kita lupa hayat kita ini berjalan pantas dari satu nafas ke nafas baru yang lain. Andainya nafas itu terhenti maka berakhirlah nyawa dan hayat kita di dunia ini. 3. Dari alam sementara kita berpindah ke alam kekal abadi. Dari hidup bertukar kepada mati, tinggallah nama dan sejarah sahaja. Meskipun begitu berapa ramai orang yang berwaspada dan berhati-hati dengan keadaan ini?. 4. Amat sedikit insan yang berwaspada dan cermat dengan kurniaan hayat atau nafas yang bertukar dari setiap saat kepada saat yang baharu lain. 5. Sedih dan malangnya, ramai orang yang bergelumang dalam pencarian yang sia-sia dan belum tentu pasti. Memburu sesuatu yang bersifat pinjaman dan meninggalkan sesuatu yang kekal abadi. Kita dialpakan oleh dunia,

GARUDA DIBURU LAYANG-LAYANG YANG DAPAT.

1. Tajuk di atas adalah satu peribahasa melayu lama yang bermaksud barang yang didapatkan tidak seimbang dengan yang diinginkan. Ini jelas menunjukkan nenek moyang kita sudah mahir, pakar dan kenal segala muslihat dan tipu daya yang sering menimpa orang melayu sejak dahulu kala. 2. Hal ini juga sering berlaku menimpa mangsa kes guaman kemalangan. Majoriti mangsa berhajat atau berangan-angan untuk mendapatkan pampasan bernilai plus super dengan cara yang mudah dan cepat. 3. Tetapi adakah kita sedar dalam dunia ini tidak pernah wujud perkara kerja mudah tetapi hasilnya lumayan kecuali orang melakukan kerja-kerja melanggar norma agama dan masyarakat seperti rasuah, menipu dan mencuri. 4. Secara normal atau sunnatullah manusia dalam dunia ini kena berusaha dan bekerja keras untuk mendapatkan suatu hasil yang lumayan. Besar periuk maka besarlah keraknya, kerja kuat maka in syaa Allah hasilnya banyak kerana Allah maha melihat dan maha adil. 5. Kerana orang kita suka berangan-angan un

KENAPA SAYA MENULIS?

1. Secara rasminya saya mula bertugas di firma guaman yang menjadi majikan saya ini sejak Oktober 1997 sebagai budak peon. Majikan saya banyak mengendalikan kes guaman kemalangan kerana peguam-peguam kami ada latar belakang dan pengalaman yang hebat sebagai peguambela pihak insuran. 2. Selain itu kami juga ada mengendalikan kes penceraian, kes conveyancing dan beberapa kes jenayah terpilih. Tapi tumpuan utama dan kepakaran kami adalah khusus kepada kes guaman kemalangan. 3. Saya mula belajar dan menimba ilmu serta menikmati pengalaman hidup bekerja dengan bermula sebagai kakitangan bawahan. Saya mengutip setiap inci pengalaman sebagai budak penghantar, budak pejabat, kerani, ketua kerani, setiausaha dan kini paralegal. 4. Saya telah berdepan dan berjumpa pelbagai jenis ragam manusia, latar belakang, gander, kaum dan agama. Banyak kenangan manis dan pahit. Berdepan pelbagai cabaran dalam kerjaya saya, saya pernah menangis kerana tekanan kuat untuk menyiapkan dan melunasi tugasan.

KITA BERSAMA ADA KEPENTINGAN & RISIKO YANG ADIL DAN SETARA

Image
1. Semalam saya diberi task oleh majikan saya yang untuk mengurus dan mengendalikan satu proses perundingan penyelesaian bersama klien kami. 2. Proses ini telah berlanjutan lama dan ia memerlukan keputusan muktamad.  Alhamdulillah sampai sahaja ke tempat tujuan, klien saya telah sedia menunggu di depan rumah. 3. Selepas bertanya khabar dan berbual santai, perbincangan kami mula masuk kepada perkara tujuan saya hadir ke sana iaitu melakukan rundingcara dan khidmat nasihat berkaitan tawaran penyelesaian bagi kes guamannya. 4. Saya membawa bersama dokumen penting seperti medical report, specialist report, keputusan dan nas undang-undang berkaitan kes itu sebagai rujukan dan perbandingan. 5. Proses rundingan ini berjalan lebih 3 jam dan pelbagai soal jawab dikemukan. Selepas klien saya berpuas hati dan faham dengan semua penjelasan serta melihat bukti sokongan, kami bersama bersetuju memberi masa 3 hari untuk beliau memuktamadkan keputusannya. 6. Apa yang saya belajar dan dapat

TIGA SEBAB MANUSIA TAMAK KEPADA DUNIA

Image
“Yang menyebabkan seseorang tamak kepada kehidupan dunia ada tiga perkara. Salah satunya adalah seseorang memandang dunia dengan pandangan yang indah, sehingga ia ingin tetap hidup kekal di dunia untuk bersenang-senang. Kedua, mengagungkan manusia menurut kedudukannya masing-masing. Hal itu menyebabkan setiap orang saling berbangga dan berlolumba-lumba mengumpulkan kekayaan. Adapun yang ketiga adalah, perasaan seseorang bahwa yang tidak mempunyai harta, maka ia tidak bernilai sedikitpun dimata manusia yang lainnya, sehingga dari sebab itu, lalu timbul rasa bakhil dan takut menjadi miskin.” Semoga bermanafaat Hamba Allah.

PAMPASAN GANTIRUGI BAGI KECEDERAAN KEPATAHAN TULANG MASTOID AND/OR STYLOID PROCESSES

Image
1. Tulang mastoid dan styloid processes adalah salah satu komponen tulang-tulang yang berada dalam lingkungan tulang tempurung kepala. 2. Perkongsian ini adalah satu panduan berkenaan kuantum Gantirugi Am dalam kes guaman berkaitan tuntutan kemalangan jalan raya (personal injury accident claim) atau lebih dikenali runner matter. Tuntutan ini adalah untuk mendapatkan remedi sivil untuk gantirugi yang diakibatkan oleh suatu kemalangan. 3. Perkongsian ini terhad kepada gantirugi kecederaan sahaja dan ia tidak meliputi serta merangkumi apa-apa award bagi Gantirugi Khas dan juga gantirugi hilang pendapatan dan/atau keupayaan pendapatan masa depan. 4.  Perkongsian ini juga tidak boleh dirujuk atau digunakan sebagai perbandingan bagi kes lain seperti tuntutan INSURAN HAYAT atau tuntutan PERKESO (SOSCO). 5. Informasi ini hanyalah satu panduan ringkas bersifat umum yang mempunyai objektif sebagai perisai awal supaya pengguna ada input dan tidak mudah diperbodohkan oleh taut, agen, runne

PISAU SERAMPANG 2 MATA

Image
1. Semalam saya ada urusan kerja di utara negeri Perak. Tujuan saya ke sana adalah untuk rundingcara dengan klien saya berkaitan satu kes guaman akibat kemalangan yang berlaku sebelum PKP. 2. Pada kesempatan ini saya dapat berjumpa dan berkongsi pengalaman dengan seorang mangsa kemalangan yang menjadi kenalan rapat kepada pelanggan saya ini. 3. Apa yang disampaikan oleh orang itu sangat mengejutkan saya. Kejadian yang diceritakan kepada saya ini adalah sesuatu yang luar jangkaan dan tak pernah saya terfikir akannya. 3. Orang itu mendakwa selepas dia terlibat dalam kemalangan, beliau didatangi berbagai orang tout sama ada di hospital atau pun di balai polis trafik. 4. Kesemua tout dan agen telah ditolaknya dengan baik.  Keputusan itu telah menyebabkan aio trafik kes itu datang sendiri ke rumah beliau atas alasan untuk melengkapkan siasatan. Tetapi pada masa yang sama aio itu telah memujuk dan mengesa orang itu menerima dan melantik peguam yang telah didealkannya. 5. Bagaim

SEBELUM LANTIK PEKERJA MAHIR IKAT KONTRAK DENGAN JELAS, TERSUSUN & SEMPURNA

Image
1. Sebelum ini dalam perkongsian  lalu saya memberi analogi satu perumpamaan bahawa proses perlantikan peguam bagi kes guaman akibat kemalangan sama keadaan dan kisahnya seperti pemilik tanah dan pekerja mahir yang terlibat projek perkebunan buah-buahan. 2. Pemilik tanah atau kebun sudah tentu berhajat kepada hasil buah yang melimpah ruah, lebat, lazat, manis dan berkualiti tinggi. Sementara itu pekerja mahir pula berkehendak kepada upah kerja profesional yang sesuai, setimpal dan setara dengan kedudukan dan khidmat mereka. 3. Bagi mencapai maksud dan objektif diri masing-masing, pemilik tanah dan pekerja mahir patut ada seisi perundingan dan perbincangan yang telus tentang cara, kaedah, upah, pengurusan dan penyelenggaraan serta kerja-kerja perkebunan itu. 4. Pemilik tanah harus bertanya, ambil tahu dan mendapatkan penerangan yang jelas daripada pekerja mahir tentang wawasan, kertas kerja, proses dan upah, anggaran kos projek itu. Paling penting wajib ditanya kepada pekerja ma