Posts

Showing posts from June, 2016

CATITAN PENGEMBARA

03 jun yang lalu saya sempat menaiki bas awam untuk perjalanan destinasi Medan - Pekanbaru yang memakan masa 16 jam perjalanan. Saya boleh menaiki pesawat, tetapi saya sengaja memilih menaiki bas awam ini semata-mata untuk mendapat pengalaman perjalanan dan menikmati panaurama alam, meninjau cara hidup dan kegiatan masyarakat serta melihat kemudahan infrasuktur yang disediakan di oleh pemerintah Indonesia. Saya insaf di Malaysia kita menikmati kemudahan infrasuktur yang baik, bagus dan selesa. Kerajaan telah menyediakan jaringan lebuhraya dan jalan raya yang baik dan selesa. walaupun akhir-akhir ini kualiti turapan jalan agak kurang memuaskan, tetapi ia masih selesa   dan baik berbanding apa yang ditawarkan di sini. Meskipun begitu pengguna jalan raya di sini mempunyai sikap toleransi, timbang rasa dan consideration yang sangat tinggi. Jaringan jalan raya yang sempit dan sesak dengan kenderaan bukanlah alasan untuk mengaitkannya dengan kekerapan berlakunya kemalangan jalan raya.