Posts

Showing posts from 2017

APA YANG ANDA PERLU LAKUKAN SEKIRANYA ADA KESILAPAN ATAU KECICIRAN MAKLUMAT DALAM LAPORAN POLIS

Lumrah alam manusia ini sifatnya cuai, lupa dan alpa. Dalam keadaan yang terhimpit, kelam kabut dan tergesa-gesa memang biasa berlaku kesilapan, keciciran dan kesalahan dalam membuat laporan polis. Bagaimanapun sekiranya sesuatu kes itu masih berada atau sampai ke peringkat perbicaraan, seseorang pembuat dokumen laporan polis itu masih boleh dan berhak untuk meminda atau memasukkan maklumat dan fakta baru dalam laporan polisnya. Tetapi pembuat laporan itu tidak boleh atau tidak benarkan untuk memadam terus laporan polis lamanya, ini kerana sistem penyimpanan server PDRM menghalang tindakan ini. Seorang pembuat laporan polis itu boleh meminda atau memasukkan maklumat atau fakta baru itu dengan membuat satu laporan polis baru, bukan meminda atau memadam laporan polis lamanya. Proses ini sebenarnya memberi peluang yang sangat cerah kepada pihak lawan untuk mempertikaikan kredibiliti keterangan atau maklumat yang dikemukan oleh pengadu tersebut semasa dalam proses p

KENAPA LAPORAN POLIS KEMALANGAN JALAN RAYA MESTI KENA TEPAT DAN PADAT?

Kami telah melalui pelbagai peringkat perbicaraan sama ada sukar mahu pun mudah. Selalunya kes litigan yang mudah berpunca daripada fakta dan keterangan bukti laporan polis yang kuat dan berwibawa. Kes yang berwibawa sangat sukar dipecahkan oleh peguamcara pihak insuran kerana tiada ruang dan peluang untuk membangkitkan apa-apa kelemahan dan pertikaian terhadap dokumen laporan polis seorang litigan. Tetapi bagi kes litigasi yang sukar, terlalu banyak cabaran dan pertikaian yang timbul oleh peguamcara insuran selaras dengan Seksyen 114 (g) Akta Keterangan 1950. Cabaran dan asakan bertubi-tubi oleh peguamcara ini akan menyebabkan terpecah atau terkeluar keterangan yang tidak konsisten terhadap dokumen laporan polis itu. Apabila wibawa dan kredibiliti diri seorang litigan terjejas disebabkan keterangan yang selalu berubah-berubah dan tidak konsisten di mahkamah, ia akan menjurus dan memberi kesan buruk yang mempengaruhi hakim untuk mengeluarkan keputusan yang tidak memiha

LAPORAN POLIS KEMALANGAN JALAN RAYA

Mengikut Seksyen 52 (2) Akta Pengangkutan 1987 seseorang yang terlibat dalam satu kemalangan jalan raya perlu melaporkan kejadian tersebut kepada balai polis berhampiran dalam tempoh masa yang segera dan munasabah tidak melebihi tempoh 24 jam. Pegawai polis yang menerima laporan itu akan menerima laporan itu dan meneruskan tindakan dibawah Seksyen 107 Kanun Prosedur Jenayah. Oleh kerana laporan polis berkaitan kemalangan jalan raya terikat dengan Seksyen 114 (g) Akta Keterangan 1950 terutamanya dalam pembuktian keterangan di mahkamah. Maka jalan terbaik untuk memastikan laporan polis anda tidak menimbul masalah dan pertikaian meluas di kemudian hari, sila dapat nasihat dan pandangan paralegal atau peguam mengenai bagaimana maklumat atau keterangan kejadian kemalangan itu patut dilaporkan. Saya selalu berjumpa kes kemalangan jalan raya baik tetapi menghasilkan keputusan yang tidak memuaskan kerana berpunca dari kesilapan, kekurangan dan kelemahan pengadu semasa membuat

APA ITU LAPORAN MAKLUMAT PERTAMA (LMP) KES KEMALANGAN JALAN RAYA

Kebiasaannya laporan LMP ini dibuat oleh waris mangsa sementara menunggu mangsa yang tercedera itu keluar dari hospital atau pegawai polis yang bertugas di kaunter balai trafik atau pemandu kenderaan bermotor yang terlibat sendiri dalam kejadian itu. Kecuali laporan polis oleh pemandu kenderaan bermotor yang terlibat sendiri dalam kejadian kemalangan itu, lain-lain laporan LMP tidak terikat atau terkait dibawah Sek 52 APJ 1987. Bagaimana dan apakah informasi yang patut dimasukkan dalam laporan LMP ini?. Oleh kerana LMP ini biasanya dibuat oleh pihak ketiga berdasarkan kepada maklumat dengar cakap, justeru itu jarang pembuat laporan ini dipanggil ke mahkamah sebagai saksi kecuali dalam keperluan khas. Saya berpendapat satu aporan LMP yang baik dan berwibawa cukup sekadar memasukkan butiran maklumat seperti berikut :- 1. sumber maklumat; 2. tarikh, masa dan lokasi kejadian; 3. nama mangsa; 4. hospital mana mangsa mendapat rawatan; 5. kenderaan motor yang terlibat. Ada seset

LAPORAN POLIS MAKLUMAT PERTAMA (LMP)

Biasanya siasatan polis dalam suatu kemalangan akan bermula dengan laporan maklumat pertama. Dengan adanya laporan LMP ini pegawai siasatan polis akan segera membuka kertas siasatan. Dalam kes kemalangan jalan raya ada dua cara laporan LMP itu dibuat; pertama ia dibuat oleh pemandu kenderaan motor yang terlibat dengan kemalangan dan kedua pula dibuat oleh pihak lain atau pun orang lain yang melihat atau mengetahui kemalangan itu. Kebiasaanya sebagai langkah keselamatan dan berjaga-jaga saya selalu menasihati waris atau kawan  mangsa untuk membuat laporan LMP ini dalam kadar segera yang boleh. Ini kerana dengan kesegeraan itu akan menyelamatkan beberapa bukti, maklumat, data dan peninggalan di tempat kejadian dari dihapuskan, diusik, diubah dan dialihkan. Ramai orang termasuklah pegawai polis sendiri melihat laporan LMP ini kurang penting kerana ia cuma sekadar maklumat dengar cakap atau maklumat saksi selepas kejadian itu berlaku. Kadangkala ada segelintir pegawai junior di kau

PENTINGNYA REKOD SEJARAH ATAU LATAR BELAKANG RAWATAN DALAM KANDUNGAN LAPORAN PERUBATAN PESAKIT

Saya maklum bahawa sejurus terlibat dalam suatu kejadian kemalangan fizikal dan mental pesakit akan berada pada satu tahap yang rendah dan terbeban. Kadangkala tidak sedar apa yang pesakit beritahu atau maklumkan kepada orang lain berkenaan situasi kejadian kemalangan itu. Pesakit biasanya akan menjawab apa sahaja untuk membebaskan diri supaya selesa dari sebarang bentuk gangguan, kemudian dia cuma ingin menerima rawatan perubatan dengan segera. Bagaimanapun situasi sebegini harus diberi perhatian dan ditangani dengan sabar, bijaksana dan tenang. Kawal emosi dan cuba berfikir dengan baik, kemudian maklumkan kepada paramedik atau doktor yang merawat anda mengenai sejarah atau kejadian kemalangan yang menimpa anda dengan tepat dan teratur. Beritahu cuma terhad kepada perkara umum, tidak perlu berlebih-lebihan kerana paramedik atau doktor tugas mereka hanyalah memberi rawatan terbaik dan munasabah untuk kecederaan yang anda alami. Dalam perbicaraan kes litagasi akibat kemalangan j

NOTA DISCAJ (DISCHARGE SUMMARY)

Mungkin ramai pesakit yang tidak ambil peduli dengan nota discaj kerana mereka tidak memahami kepentingan dokumen tersebut kepada kes litigasi akibat kemalangan jalan raya. Kerana itu ramai pesakit tidak kisah sama ada mereka dibekalkan dengan dokumen itu atau pun tidak semasa mereka discaj dari hospital. Tumpuan mereka lebih kepada diskripsi ubatan, bil hospital dan kad temujanji.  Ramai yang tidak sedar nota discaj ini sebenarnya satu dokumen ringkas yang mengesahkan diagnosis rawatan dan kecederaan pesakit. Biasanya apa yang tercatit dalam kolum diagnosis pesakit akan diulang semula dalam laporan perubatan pesakit yang disediakan oleh hospital jika ada permohonan oleh pesakit ataupun peguam. Justeru itu sebelum anda meninggalkan hospital, sila semak nota discaj anda, pastikan semua maklumat kecederaan anda tercatit dalam nota tersebut. Sekiranya ada fakta yang terabai, tertinggal atau tercicir minta doktor yang merawat anda untuk memasukkannya dan memberi anda no

SIJIL CUTI SAKIT DAN KEPENTINGANNYA DALAM KES LITIGASI AKIBAT KEMALANGAN JALAN RAYA

Amalan rutin sebelum pesakit dibenarkan keluar dari hospital doktor akan bertanya serba sikit berkenaan latar belakang pekerjaan pesakit. Ini penting sebagai kayu ukur atau pemeriksaan mudah bagi menentukan sama ada pesakit itu layak menerima sijil cuti sakit atau tidak. Biasanya bagi pesakit yang bekerja makan gaji sama ada di sektor awam mahu pun sektor swasta akan mudah diberi cuti sakit. Tetapi bagi pesakit yang bekerja sendiri atau berniaga sendiri perlu memohon secara khusus kepada doktor yang menyelia pesakit itu di wad. Malangnya ada pemikiran yang salah atau kekeliruan kepada pesakit jenis ini kerana mereka sendiri tidak pernah peduli sama ada mereka perlu diberi sijil cuti sakit atau tidak kerana bekerja sendiri. Perlu ditekankan di sini bahawa sijil cuti sakit ini adalah suatu dokumen penting dan mustahak dalam tuntutan gantirugi kehilangan pendapatan atau pun kehilangan upaya pendapatan masa depan. Tanpa dokumen ini, amat mustahil litigan dalam kes kemalan

BIL PERUBATAN HOSPITAL YANG DIBAYAR OLEH PIHAK KETIGA

Isu yang hangat dipertikaikan atau dibahaskan di mahkamah semasa perbicaraan ialah isu bil perubatan mangsa kemalangan jalan raya yang dibayarkan oleh pihak ketiga sama ada pesakit itu berhak atau tidak kepada gantirugi tersebut. Sebelum ini telah saya sebutkan bahawa prinsip undang-undang gantirugi kecuian tort ialah memberi pampasan seolah-olah mengembalikan kerugian tersebut kembali kepada tahap asal dan sediakala seperti sebelum kemalangan pada nilai yang setara dan adil. Kali ini kita memasuki satu lagi topik iaitu sama ada mangsa yang bil hospitalnya dibayar oleh pihak ketiga sama ada syarikat insuran yang mengendalikan perkhidmatan medical card atau majikan mangsa layak menerima pampasan itu?. Perlu diketahui undang-undang sivil di sini mencegah atau menghalangi sesuatu pampasan gantirugi itu dibayar secara berganda kepada penuntut. Mangsa yang telah menjelaskan bil perubatan secara sendiri berhak mendapatkan pampasan bagi gantirugi ini. Tetapi sekiranya bil tersebut bay

BIL RAWATAN PERUBATAN HOSPITAL AWAM VS HOSPITAL SWASTA

Mungkin ramai orang tidak faham dengan keadaan dan prinsip undang-undang tort bagi kecuaian dan gantirugi. Oleh kerana itu ada segelintir orang cuba mengambil kesempatan, manafaat dan faedah dalam kejadian kemalangan ini. Apakah prinsip undang-undang itu? mengikut prinsip ini apabila berlaku kerugian atau kehilangan pihak yang perlu bertanggungjawab membayar pampasan gantirugi hanya perlu bertanggungjawab setakat atau hanya pada tahap dan nilai serupa dan setara kepada keadaan asal sebelum suatu kerugian itu berlaku. Contohnya apabila A terlibat dalam kemalangan dan dia telah mengalami kerugian harta benda setakat bernilai RM10 pada masa kejadian itu berlaku, maka adalah kewajipan pelaku tort untuk mengembalikannya kepada keadaan asas dan asal iaitu RM10 itu, tidak lebih mahupun kurang dari jumlah itu. Ini bermakna mana-mana pihak yang mengalami kerugian itu cuma berhak untuk mendapat perlindungan yang setara, pada keadaan asas dan pada nilai minimum. Justeru itu bagi bil perub

APAKAH TINDAKAN SEMASA DAN SELEPAS DISCAJ HOSPITAL?

Sebelum anda dibenarkan keluar hospital, sila pastikan anda telah merekodkan semua data pelawat, tarikh lawatan, pelawat datang dari mana dan kekerapan lawatan. Rekod ini penting untuk membantu anda bagi tujuan tuntutan kos lawatan pelawat dan keluarga semasa anda menerima rawatan dalaman hospital. Tuntutan ini termasuk sebahagian dari gantirugi khas dalam kes kemalangan jalan raya. Mojoriti mangsa yang saya temui gagal menyediakan data lengkap dan teratur bagi tuntutan ini. Mungkin mereka memandang remah dan ambil mudah. Satu kes yang baik sudah semesti baik dan teratur sejak dari awal lagi. Sebelum meninggalkan hospital sila pastikan anda telah mendapat sijil cuti sakit, kad temujanji rawatan susulan, nota discaj dan mungkin surat rujukan hospital. Semua dokumen ini sangat penting bukan sahaja untuk proses permohonan laporan perubatan oleh peguamcara, tetapi juga penting untuk rekod gantirugi khas. Selepas anda dibenarkan keluar dari hospital dan sedang berehat, baru

KENAPA PAGES INI DITULIS SECARA BERPERINGKAT?

Isu yang saya tulis sebelum ini adalah berkaitan apa yang anda perlu lakukan semasa dan ketika mendapat rawatan di hospital selepas terlibat dalam suatu kejadian kemalangan jalan raya. Pembaca yang selalu mengikuti pages ini mungkin sedar saya menulis setiap artikel secara sambungan. Saya sengaja berbuat demikian supaya dapat membina kefahaman kepada pembaca secara berperingkat satu persatu. Objektifnya ia mungkin boleh menjadi rujukan dan sebuah nota ringkas bukan hanya untuk anda tetapi juga sebagai panduan mudah kepada diri saya sendiri. Saya akan terus menulis dengan gaya dan cara ini secara tersusun dan berkaitan.  Bagi orang awam mereka tidak perlu membaca buku ilmiah berat seperti Nathan On Negligence atau Compassion of Injury Awards kerana saya akan meringkaskannya untuk anda. Projek ini telah saya mulai sejak bulan Ogas ini semasa saya mengemaskini blog saya http://karlzkampau.blogspot.my. Perubahan paradigma ini telah mendapat sambutan yang sangat mengalakkan dari pem

APA YANG PERLU ANDA LAKUKAN SEMASA DI HOSPITAL?

Hospital ada suatu tempat untuk berehat dan mendapatkan rawatan terbaik. Apabila berada di sini anda seharusnya fokus kepada nasihat doktor supaya berehat dan menyediakan diri untuk keperluan dan proses rawatan. Apabila anda terlibat dalam suatu kejadian kemalangan jalan raya dan dimasukkan ke hospital, saya cadangkan anda supaya benar-benar berehat dari  segi fizikal dan mental. Bagaimana pun apa yang perlu anda lakukan ialah memberitahu doktor mengenai kecederaan anda secara menyeluruh supaya tidak berlaku peninggalan fakta kecederaan. Merekodkan kedatangan pelawat dan dari mana pelawat itu datang. Apabila anda dirapati tout/agen/runner/ulat/orang tengah tolaklah mereka dengan perkataan sopan dan jangan menolak mereka dengan kata-kata yang kasar dan nista. Selepas anda dibenarkan keluar hospital, ambil semua rekod dan bil perubatan. Jika belum pulih berehat dahulu di rumah dan pastikan anda benar-benar bersedia untuk proses membuat laporan polis, barulah membuat laporan polis

APAKAH PROSES AWAL SELEPAS KEMALANGAN?

Psikologi manusia biasa apabila ditimpa kejutan secara mengejut kadangkala ia boleh menimbulkan panik, buntu dan celaru. Keadaan serupa juga boleh menimpa mangsa kemalangan jalan raya apabila kejadian itu berlaku secara mengejut tanpa disangka. Apabila anda terlibat dalam suatu kejadian kemalangan jalan raya, berusaha sebaik mungkin untuk bertenang. Seboleh-bolehnya catit atau ingati no pendaftaran kenderaan terlibat, capai dan selamatkan barang berharga seperti pengenalan diri, telefon dan sebagainya. Sekiranya boleh rakam gambar di lokasi. Selepas itu segeralah pergi mendapat rawatan, jika tidak boleh bergerak sendiri minta bantuan kecemasan 999. Fokuskan fikiran kepada tindakan secara sistematik dan satu persatu. Kalau anda dirapati agen petunda kereta jangan benarkan kereta anda ditunda terus ke bengkel, sebaliknya cukup sekadar ke balai polis berdekatan atau pun jika perlu sangat tundalah ke pusat service berdaftar bagi syarikat pengeluar kereta anda. Semasa di hospita

SIAPAKAH LITIGAN BAGI KES TUNTUTAN GANTIRUGI AKIBAT NAHAS JALAN RAYA?

Dalam kamus undang-undang definasi litigan adalah seseorang atau suatu pihak kepada suatu tindakan mahkamah. Justeru itu, litigan ini boleh dirujuk sebagai orang perseorangan, perkumpulan, organisasi, pertubuhan atau syarikat yang merupakan suatu pihak yang membawa tindakan mahkamah. Bagi kes nahas jalan raya litigan itu mungkin juga adalah seorang individu, perkumpulan, organisasi, pertubuhan atau pun syarikat yang telah terjejas teruk atau mengalami kehilangan dan kerugian yang diakibatkan oleh kecuaian satu pihak semasa mengendali, mengawal dan memandu kenderaan bermotor seperti bas, lori, van, motorkar atau pun msikal.

APA BEZANYA TUNTUTAN INSURANS DENGAN LITIGASI KES NAHAS JALAN RAYA

Ramai orang fikir bahawa tuntutan insuran ini sama dengan litigasi kes nahas jalan raya. Tetapi hakikatnya kedua-dua tuntutan ini sangat berbeza dari segi praktikal dan prosedurnya. Mari kita lihat apa perbezaaan itu dan marilah sama-sama membetulkan kesilapan tersebut. Tuntutan insuran diuruskan oleh seorang agen insuran berlesen yang menguruskan semua urusan polisi insuran sejak sebelum anda memiliki polisi insuran tersebut. Manakala perlindungan insuran itu merangkumi insuran hayat, takafut, medical card dan kemalangan diri. SOSCO juga adalah dari jenis perlindungan insuran, tetapi ia dikhaskan bagi majikan dan pekerja sahaja. Apa pun jenis insuran perlindungan ia mempunyai syarat-syarat dan terma dalam polisi perlindungan, jika berlaku nahas atau perkara yang dilindungi serta ianya telah memenuhi, menetapi dan mencukupi syarat dan terma dalam polisi insuran, maka syarikat insuran yang melindungi perkara itu akan membayar pampasan mengikut nilai pampasan yang dinyatakan secara j

LITIGASI TUNTUTAN GANTIRUGI AKIBAT NAHAS JALAN RAYA

Saya sengaja menyebutnya sebagai litigasi semata-mata untuk memberi perbezaan di antara tuntutan insuran hayat, tuntutan socso dengan tuntutan gantirugi akibat nahas jalan raya. Kerana mungkin dari nahas yang sama akan mewujudkan pelbagai tuntutan yang berbeza. Ini kerana ligatasi kes nahas jalan raya selalu disalah ertikan sebagai satu kes tuntutan insuran biasa sama seperti tuntutan insuran hayat, takaful mahupun sosco. Apa yang masyarakat faham adalah orang yang mengendalikan dan menguruskan kes ini adalah agen insuran. Hakikatnya taksiran dan dapatan awam ini sangat meleset. Litigasi kes nahas jalan raya adalah satu kes litigasi biasa yang dibawa oleh litigan di mahkamah. Objektifnya adalah mendapatkan remedi sivil dan gantirugi daripada pihak ketiga iaitu pemandu/pemilik kenderaan bermotor yang berkemungkinan cuai  mengakibatkan suatu nahas jalan raya, dimana litigan itu telah mendapat kecederaan/kerugian/kehilangan. Tidak seperti tuntutan insuran hayat, takaful,

FEE GUAMAN KES LITIGASI KEMALANGAN & HAKIKAT SEBENARNYA

Kes litigasi yang lahir daripada suatu nahas jalan raya adalah satu cabang perkhidmatan yang menjadi rebutan ramai. Ia melibatkan semua pihak sama ada peguambela, tout (agen/runner/orang tengah) polis dan kakitangan hospital yang bertugas di jabatan kecemasan. Mengapa kes litigasi kemalangan ini jadi rebutan dan idaman ramai orang yang terlibat industri ini. Hanya satu sebab iaitu di sini, dalam sektor dan industri ini, banyak ruang, peluang dan kesempatan untuk mengaut keuntungan berlipat ganda dan mencari duit secara mudah tanpa sebarang masalah, tanpa sebarang pemantaun dan sebarang gangguan. Kenapa ia jadi begitu?kerana orang ramai tidak bertindak dan terus memberi peluang, kesempatan dan ruang kepada pihak terlibat untuk sentiasa mengambil kesempatan. Akhirnya majoriti orang yang terlibat dalam industri ini sukar berubah, sudah sebati dan ada ketagihan mencari keuntungan dengan cara yang salah, melampau dan menindas. Masalah ini saya percaya akan dapat dibendung, dicega

DEFINASI KEMALANGAN

Ramai orang merujuk kemalangan sebagai satu kejadian yang malang atau kecelakaan. Tetapi definasi kemalangan sebenar adalah merujuk kepada turutan kejadian yang berlaku secara tidak sengaja dan tidak dirancang, sering kali tanpa sengaja atau diperlukan. Ia biasanya berlaku melalui gabungan beberapa sebab (perbuatan tidak selamat atau keadaan tidak selamat) dan mengakibatkan kesan buruk seperti kecederaan fizikal kepada individu, kerosakan harta benda, kejadian nyaris dan kerugian, yang mungkin dapat dielakkan sekiranya keadaan yang membawa kepada kemalangan tersebut dapat dikenal pasti dan diambil tindakan, sebelum ia berlaku. Kejadian malang ini boleh terjadi pada bila-bila masa dan dalam jua keadaan. Dalam proses perundangan ada sesetengah kejadian kemalangan ini boleh dikaitkan dengan tort kerana mungkin ia disebabkan oleh kecuian dan kelalaian manusia. Contohnya kejadian bangunan runtuh, nahas jalanraya, nahas kapal laut, nahas kapal terbang dan kecelakaan di tempat kerja. Di

KENAPA ANDA PERLU PEGUAM YANG TEPAT

Dalam penulisan sebelum ini saya telah membincangkan secara ringkas mengenai kepelbagaian kepakaran dalam amalan guaman. Saya memberi opinion supaya anda melantik peguam yang berpengalaman dan pakar dalam bidang yang anda perlukan mengikut kesesuaian dan keselesaan anda.  Ketepatan dalam menangani isu ini sangat mustahak. Justeru jika anda bercadang melantik peguam, sila amalkanlah sikap berhati-hati, buatlah sedikit kajian dan capailah segala maklumat berkenaan subjek firma guaman tersebut.  Kesan kesilapan dalam melantik peguam yang tepat dan berpengalaman itu sangat mendalam. Bagi kes accident matters, kesilapan dalam melantik peguam yang tidak tepat akan menyebabkan kes anda berjalan sangat perlahan, mungkin berjalan secara merangkak kerana berlaku banyak kesilapan dalam tatacara, susun atur, prosiding dan kelemahan rundingan dengan pihak-pihak yang berkaitan. Paling bahaya ialah apabila kes anda tidak ditangani secara tertib dan tepat, akhirnya ini akan memberi kesan buru

PENDAHULUAN

Lazimnya ramai orang tidak tahu bahawa accident matters (tuntutan akibat kecelakaan jalanraya) adalah satu dari cabang kepakaran atau kehadalan dalam praktis amalan guaman di negara ini. Sama seperti doktor perubatan yang mempunyai pelbagai doktor dengan bidang pengkhususan kepakaran yang lebih mendalam seperti pakar bius, pakar mata, pakar ENT, pakar orthopedik, pakar neurologi, pakar bedah dan pakar perubatan am. Mana mungkin kita akan mendapat rawatan terbaik untuk diskripsi ENT kalau kita sebenarnya berjumpa dengan seorang doktor pakar mata. Hakikatnya doktor pakar itu sememangnya adalah doktor perubatan bertauliah, tetapi diagnosis dia mungkin tidak berapa tepat dan tidak sesuai kerana beliau bukanlah seorang pakar ENT tetapi adalah pakar mata, walaupun kedua-duanya adalah seorang doktor pakar. Nah begitulah juga dalam bidang amalan undang-undang atau praktis guaman. Anda kena berjumpa atau merujuk kepada peguam yang tepat dengan keperluan anda. Memang sesuatu tidak t

PENGUMUMAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada pelayar blog ini. Saya ingin memaklumkan selepas ini saya akan lebih kerap menulis secara ringkas, padat dan interaktif melalui medium pages facebook saya di https://facebook.com/karlzkampau75. Ini bagi memboleh saya menulis secara lebih santai selain mempunyai hubungan berterusan dengan pembaca atau klien saya. Justeru itu saya mempelawa anda semua untk melayari pages saya https://facebook.com/karlzkampau75 untuk mendapatkan apa maklumat, informasi dan aktiviti terkini. Saya juga memohon anda untuk memberi like kepada pages saya sebagai tanda sokongan anda. Sekiranya anda ingin memberi komen atau membuat sebarang pertanyaan saya berharap anda dapat menggunakan perkataan yang baik, sopan dan sesuai bagi menjaga sensitiviti. Akhirnya saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih di atas sokongan anda selama ini.

OBLIGASI DAN KEPERLUAN SURAT IKATAN PERJANJIAN

1. Sejak zaman lampau manusia menggunakan ikatan perjanjian sama ada ia dibuat secara lisan atau dalam bentuk dokumen rasmi seperti suratcara atau pun perjanjian bertulis. 2. Pada masa kini apabila manusia semakin maju dan berkembang maka keperluan untuk mengadakan suatu perjanjian rasmi bertulis semakin diperlukan, kerana seiring kemajuan tersebut manusia mempunyai hak dan perlindungan diri ke atas hak asasi, keselamatan, harta benda, wang, eset, pelaburan dan apa jua transaksi ekonomi. 3. Justeru itu tidak hairanlah pada hari ini dalam apa jua komunikasi perniagaan, interaksi sukan, jual-beli, penyewaan, pekerjaan, pelajaran dan perkhidmatan akan menggunakan ikatan perjanjian sama ada lisan atau pun secara perjanjian rasmi.  Mengadakan suratcara perjanjian rasmi sudah menjadi keperluan mustahak kepada manusia pada kini. 4. Malaysia menggunakan sistem perundangan inggeris common law seperti sistem torrens, Akta Kontrak 1950, Akta Perlaksanaan Spesifik bersama-sama beberapa Akta

BELIA, KERJA DAN PEKERJA ASING

Ramai orang berpandangan isu gaji minimum adalah suatu isu utama yang membelenggu diri belia kita pada masa kini. Sebenarnya ini adalah dapatan yang salah, kita ada rekod yang sangat jelas, majikan tiada masalah dari segi bayaran gaji, malahan kita sendiri seolah-olah bersetuju bahawa pekerja asing telah mengaut keuntungan gaji ribuan ringgit dengan hanya bekerja di ladang-ladang sawit atau getah di negara ini. Persoalan besar yang membelenggu dan menghalang kekuatan, kemahiran, bakat dan keupayaan belia kita berkembang secara pesat dan mampan ialah masalah dalaman dan diri belia kita sendiri, bukan masalah luaran seperti mana yang dipercayai oleh sebahagian daripada kita. Jujurnya belia kita sangat manja, tiada mandiri, tiada kekuatan mental, lemah dari segi dislplin, tiada kemahuan yang kuat untuk perubahan. Paling merbahaya mereka ada tabiat buruk dari segi pemikiran dan respon bahawa apa jua berlaku kepada diri serta persekitaran maka kerajaan sentiasa akan menjadi tempat merek

SIAPA IDOLA YANG MEMPENGARUHI ANDA?

Sejak zaman berzaman, setiap insan ada idola dan sanjungan yang memberi kesan dan mempengaruhi hidupnya. Begitu juga dengan saya, sejak dari zaman kanak-kanak sampai umur dewasa ini begitu banyak idola yang muncul satu persatu dalam kehidupan saya. Semasa di usia kanak-kanak idola saya adalah kalangan manusia yang rapat dalam kehidupan saya seperti ayahanda, bonda, bapa saudara, sepupu dan ahli keluarga yang terdekat. Sampai umur dewasa saya masih dipengaruhi oleh karisma dan pemikiran mereka. Salah seorang yang begitu kuat mempengaruhi memori dan hidup saya ialah Allahyarham Samad Omar bin Maksum, beliau merupakan bapa saudara saya, mantan ketua kampung, pemimpin masyarakat dan setempat. Wajah segak beliau, dengan susuk badan tegap, bermisai dan berkaca mata bingkai penuh warna hitam mirip Tun Abdul Razak, dalam suit baju melayu siap bersongkok sentiasa segar dalam minda saya. Walaupun saya tidak lama menikmati pengalaman dan hidup disamping arwah iaitu cuma di zaman kanak-kanak

PUNCA REZEKI MENJADI LAPANG

Ini adalah perkongsian mengenai sebab dan punca rezeki menjadi murah dan lapang. Bagaimana pun berdoa dan beramal tanpa berikhtiar dan berusaha dengan bersungguh-sungguh adalah sesuatu yang salah dan terkeluar dari sunnatullah serta hukum alam. Berusaha dan berikhtiar adalah hak mahluk sedangkan keputusan, dapatan dan hasilnya adalah hak Allah SWT, tetapi kita mesti beriman dan percaya dengan sepenuh hati bahawa Allah itu sifatnya adil, pemurah, pengasih, penyayang serta maha suci dari sebarang bentuk kekurangan dan kecacatan atau kelemahan, sesungguhnya Dialah maha agung dan maha sempurna. Semoga perkongsian ini akan memberi faedah dan manafaat kepada kita semua. Insha Allah kita boleh menjadi lebih positif dan baik dalam kehidupan seharian. #karlz_kampau #positive_thinking 18 TIPS UNTUK REZEKI MENCURAH CURAH saya bagi tips bagaimana rezeki Allah berikan pada saya mencurah curah. Allah bantu setiap masa. tak hebat pun saya kalau Allah tak bantu saya. 1. selama ni doa sia

BETAPA PERLUNYA KEJUJURAN DAN KEIKHLASAN

Saya percaya dalam semua ketamadunan manusia sama ada masa kini dan masa lalu, atau pada mana-mana kebudayaan atau apa jua religion, sifat jujur dan ikhlas adalah suatu amalan yang mulia serta dipandang tinggi oleh semua ketamadunan. Malangnya ada segelintir dikalangan kita, mereka cuma berharap, bergantung dan berdoa supaya orang lain melayani mereka dengan adil, ikhlas dan jujur. Mereka menaruh sepenuh pengharapan supaya mereka selamat dari segala bentuk penganiayaan, penindasan dan penipuan. Tetapi malangnya amalan, sikap dan pengharapan ini cuma sehala kerana mereka ini tidak melayani orang lain pula secara adil,  jujur, ikhlas dan berterus terang. Ini sangat pelik kerana hukum alam ini bersifat adil dan saksama, anda akan mendapat balasan atas semua tindakan anda. Pointnya di sini, sekiranya anda mahu orang baik kepada anda, maka anda terlebih dahulu bersikap baik kepada orang lain, begitu untuk jujur, adil dan bertanggungjawab, kita kena lakukan dulu dengan ikhlas. Tetapi s

SAKSI PERBICARAAN KES TUNTUTAN AKIBAT KEMALANGAN

Alhamdulillah di pagi 3 syawal Aidil Fitri 1438 H yang mulia ini, tiba-tiba ilham datang menerjah ke dalam minda selepas subuh tadi ketika saya sedang menikmati segelas susu segar di satu desa pedalaman dalam daerah Lipis, Pahang. Ilham dan idea ini boleh hadir pada bila-bila masa dan ia boleh berlalu begitu sahaja pun pada bila-bila masa. Saya tidak mahu ia berlalu tanpa saya merakamkan catitan dalam pages ini. Ramai orang biasa mendengar perkataan "saksi" tetapi tidak ramai yang tahu apa makna dan pengertian saksi itu. Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka, saksi membawa maksud: "Orang yang mengetahui atau melihat sesuatu peristiwa (dan boleh memberi keterangan)". Oleh itu saksi adalah seorang yang mengetahui sesuatu peristiwa dramatik melalui pancainderanya (contohnya melihat atau mendengar), dan dapat membantu mengesahkan sesuatu perkara yang berlaku dalam suatu kejadian. Saksi sering dipanggil memberi keterangan di mahkamah. Say

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI 1438 HIJRAH

Assalamulaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog ini.  Di sini saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat hari raya aidilfitri 1438 Hijrah. Semoga kita dapat menyambut ketibaan syawal ini dengan perasaan perhambaan dan penuh syukur ke hadrat Allah SWT. Amat besar harapan saya agar pendidikan di universiti Ramadhan ini akan dapat dipraktikan sepanjang tahun. Sambutlah syawal ini penuh rasa gembira, luangkan masa bersama keluarga, kunjungi saudara mara sama ada jauh mahu pun dekat. Ambil kesempatan syawal ini untuk mengeratkan silaturahim dan ikatan kasih sayang sesama kita. Kepada pembaca yang berpeluang beraya di kg halaman, patuhilah undang-undang jalan raya, amalkan pemanduan berhemah dan cermat, pupuklah kesabaran dan elakkan sikap tidak terburu-buru. Saya doakan anda semua selamat sampai ke destinasi anda. Akhir kalam, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada anda semua kerana selalu memberi sokongan kepada saya. Maafkan salah dan silap s

BEBAN PEMBUKTIAN MESTI DILEPASKAN

Secara lazimnya apabila suatu kes dibawa untuk pendengaran dan pengadilan mahkamah, sudah tentukan pihak yang membawa kes itu wajib membuktikan atau melepaskan beban bukti yang dibebaninya secara prime facie.  Banyak kes di mahkamah menuntut dan mengguna pakai prinsip doktrin ini sebagai satu kaedah atau cara memeriksa dan memutuskan kesahihan kebolehan sesuatu kes itu dibawa. Apabila plaintif (pembawa kes) gagal melepaskan beban bukti yang dipikulnya, maka mahkamah tanpa ragu akan menolak kes tersebut.  Baru-baru ini tular di media sosial dan akbar tempatan mengenai seorang balu memenangi kesnya terhadap PLUS dan beliau diberi pampasan ratusan ribu ringgit akibat kematian suami dalam suatu kejadian kemalangan di Tapah kerana terlanggar bendasing di permukaan jalan.  Akan tetapi ribuan kes sebegini tidak menerima nasib yang sama. Kenapa dan apa yang berbeza antara kes itu dengan kes-kes yang lain? Sepertimana yang ditegaskan sebelum ini bahawa semua kes memerlukan beban pembuktia

RISIKO UNTUNG RUGI DALAM KES TUNTUTAN AKIBAT KEMALANGAN

Ketika sibuk mengemas rumah sempena menyambut ketibaan Aidilfitri yang bakal tiba beberapa hari lagi, dalam mood bercuti dan lari sedikit dari rutin harian. Saya menerima chat whatapps dari pembaca blog ini. Dia meminta opinion saya berkenaan masalah yang dihadapi olehnya ketika ini.  Saya diberitahu serba sedikit oleh pembaca tersebut, beliau telah terlibat dalam suatu kemalangan pada 03/05/2013. Akibat daripada kemalangan tersebut beliau telah mendapat cedera patah kaki dan telah memfailkan saman tindakan sivil terhadap pemandu dan pemilik kenderaan pihak ketiga untuk mendapatkan suatu remedi bagi pampasan gantirugi khas dan am.  Malangnya selepas melalui proses perbicaraan yang panjang, akhirnya Mahkamah Sesyen Kuantan telah memutuskan untuk memihak kepada pihak lawannya (insuran) dan menolak tuntutan pembaca tersebut dengan kos.  Susulan daripada penghakiman itu, pembaca itu telah meminta peguamcara beliau untuk memfailkan satu rayuan di Mahkamah Tinggi Kuantan untuk mencabar