ISU DUAL REPRESENTASI, KITA HARUS BELAJAR UNTUK BERSYUKUR
Apakah definasi representasi? representasi mengikut kamus undang-undang adalah bermaksud diwakili oleh peguambela atau peguamcara dalam suatu kausa tindakan mahkamah. Sementara itu pula dual bermaksud lebih dari satu, jadi maksud yang ingin dicapai bagi perkataan "Dual Representasi" adalah perlantikan perwakilan peguambela dan peguamcara melebihi dari satu peguam dalam suatu kausa tindakan. Dalam artikel ini saya hanya bercadang untuk menyentuh isu dual representasi terhad kepada kes tindakan sivil sahaja, dimana Plaintif atau Defendan hanya dibenarkan direpresentasikan oleh seorang peguam sahaja pada satu-satu masa. Ini bermakna jika Plaintif atau Defendan diwakili oleh peguam A di peringkat awal kes, kemudianya jika beliau tidak berpuashati dengan prestasi, pencapaian dan perkhidmatan yang diberikan oleh peguam A, maka beliau boleh dan dibenarkan oleh undang-undang untuk melantik peguam baru bagi mengambil alih kes tersebut. Bagaimanapun beliau perlu terlebih dahulu me...