OBJEKTIF UTAMA PAMPASAN GANTIRUGI KECEDERAAN DIRI DAN KEMATIAN SERTA REALITINYA
Objektif utama undang-undang membenarkan orang yang tercedera atau waris yang orang terkorban dalam suatu kemalangan jalan raya ialah untuk menjamin dan memastikan pihak-pihak berkenaan mendapat remedi sivil yang berupa pampasan gantirugi walaupun mungkin tiada proses pendakwaan jenayah terhadap mana-mana pihak akibat kekurangan bukti atau bukti tidak mencukupi bagi membolehkan proses pendakwaan dilakukan. Objektif utama pampasan gantirugi ini adalah untuk memberi pampasan yang adil, patut munasabah, sesuai dan perlu sebagai proses satu pembelaan dan penjagaan kepentingan mangsa kerana disebabkan:- Orang tercedera menjadi cacat akibat pemotongan anggota badan; Orang tercedera mengalami penderitaan, kesakitan dan keterbatasan pergerakkan aggota badan; Orang tercedera mengalami kepayahan dan kesusahan hidup akibat kecacatan dan hilang upaya akibat kecederaan tersebut; Orang tercedera terpaksa mengeluarkan perbelanjaan yang banyak untuk menampung kos perubatan, pembed...