LANGKAH BIJAKSANA SEBELUM MELANTIK PEGUAM KES KEMALANGAN

Saya berulangkali ditanya oleh pembaca tentang bagaimana cara dan tips yang betul serta bijaksana dalam proses melantik peguam dalam kes kemalangan. Mereka sangat prihatin dan bimbang akan menjadi mangsa penipuan atau sekurang-kurangnya mereka tidak mahu ada pihak yang mengambil kesempatan yang keterlaluan ke atas mereka. Jujurnya pengambilan atau pemotongan jumlah sebanyak 25%-30% daripada nilai cek pampasan pelanggan sebenarnya sudah amat memadai dan sangat menguntungkan peguam. Dalam keadaan ini mereka tidak perlu lagi melakukan pemotongan lain secara tipu helah, manipulasi, paksaan dan secara tersembunyi kerana apa yang mereka dapat lebih daripada mencukupi. Tetapi ada sesetengah daripadanya terpaksa melakukan pemotongan tidak telus ini kerana terpaksa menampung dan membayar kos komisen yang sangat tinggi dan tidak masuk akal yang diminta oleh pihak berkepentingan seperti agen, runner, orang tengah, informer dan polis demi memastikan survival perniagaan atau mengeka...