NEGARA KITA PERLU ADA LEBIH RAMAI ORANG BERBANDING SEORANG SHAHRIL
Negara kita tidak kekurangan orang yang baik dan mulia, tetapi ia tidak selalu menonjol kerana sikap dan pendirian kita yang mementingkan diri sendiri dan bersifat defensif. Buktinya apabila berlaku suatu kecelakaan jalanraya, lihatlah betapa ramai orang berpusu-pusu mengerumuni lokasi kejadian dengan pelbagai tujuan dan maksud tertentu. Ada yang datang sekadar memberi bantuan, ada yang melihat dan ada juga sekadar menjadi pemberita alam maya untuk menjadi orang yang pertama viral berita kemalangan itu. Tetapi anda mungkin lupa bahawa selain daripada perkara-perkara yang saya sebutkan tadi, pertolongan yang paling utama diperlukan oleh mangsa selain daripada bantuan perubatan ialah bantuan untuk menjadi saksi kejadian. Kita tanya kepada diri sendiri betapa banyaknya kejadian langgar lari atau kes kemalangan yang tidak mempunyai bukti kerana ketiadaan saksi yang tampil untuk memberi bantuan keterangan. Sedangkan dalam apa jua kes keterangan dan bukti sangat diutamakan. Kesann...