SAKSI PERBICARAAN KES TUNTUTAN AKIBAT KEMALANGAN
Alhamdulillah di pagi 3 syawal Aidil Fitri 1438 H yang mulia ini, tiba-tiba ilham datang menerjah ke dalam minda selepas subuh tadi ketika saya sedang menikmati segelas susu segar di satu desa pedalaman dalam daerah Lipis, Pahang. Ilham dan idea ini boleh hadir pada bila-bila masa dan ia boleh berlalu begitu sahaja pun pada bila-bila masa. Saya tidak mahu ia berlalu tanpa saya merakamkan catitan dalam pages ini. Ramai orang biasa mendengar perkataan "saksi" tetapi tidak ramai yang tahu apa makna dan pengertian saksi itu. Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka, saksi membawa maksud: "Orang yang mengetahui atau melihat sesuatu peristiwa (dan boleh memberi keterangan)". Oleh itu saksi adalah seorang yang mengetahui sesuatu peristiwa dramatik melalui pancainderanya (contohnya melihat atau mendengar), dan dapat membantu mengesahkan sesuatu perkara yang berlaku dalam suatu kejadian. Saksi sering dipanggil memberi keterangan di mahkamah. Say...