KENAPA LAPORAN POLIS KEMALANGAN JALAN RAYA MESTI KENA TEPAT DAN PADAT?
Kami telah melalui pelbagai peringkat perbicaraan sama ada sukar mahu pun mudah. Selalunya kes litigan yang mudah berpunca daripada fakta dan keterangan bukti laporan polis yang kuat dan berwibawa. Kes yang berwibawa sangat sukar dipecahkan oleh peguamcara pihak insuran kerana tiada ruang dan peluang untuk membangkitkan apa-apa kelemahan dan pertikaian terhadap dokumen laporan polis seorang litigan. Tetapi bagi kes litigasi yang sukar, terlalu banyak cabaran dan pertikaian yang timbul oleh peguamcara insuran selaras dengan Seksyen 114 (g) Akta Keterangan 1950. Cabaran dan asakan bertubi-tubi oleh peguamcara ini akan menyebabkan terpecah atau terkeluar keterangan yang tidak konsisten terhadap dokumen laporan polis itu. Apabila wibawa dan kredibiliti diri seorang litigan terjejas disebabkan keterangan yang selalu berubah-berubah dan tidak konsisten di mahkamah, ia akan menjurus dan memberi kesan buruk yang mempengaruhi hakim untuk mengeluarkan keputusan yang tidak memiha...