JENAYAH DAN KESALAHAN SIVIL

Kesilapan biasa orang awam ialah menyangka bahawa seorang pengamal undang-undang secara eksklusifnya menitik beratkan undang-undang jenayah sahaja. Pada hakikatnya undang-undang sebenarnya terbahagi kepada dua bahagian utama iaitu jenayah dan sivil, sementara itu bahagian yang lebih besar adalah undang-undang sivil. Oleh sebab itu sifat pembahagian undang-undang ini mesti difahami dari awal dengan jelas.

Perbezaan utama tidak terletak dalam sifat perbuatan salah itu sendiri, contoh suatu kesalahan jenayah mungkin juga menjadi satu kesalahan sivil. Sebagai contoh seorang pemandu bas awam telah memandu dengan cuai dan mengakibatkan kemalangan jalanraya sehingga ada kehilangan nyawa akibat tragedi tersebut. Kecuaian pemandu tersebut boleh dikira sebagai satu kesalahan jenayah dan boleh dituduh di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalanraya 1987. Tetapi perbuatan dan tindakan beliau juga boleh disifatkan sebagai suatu tort kecuaian terhadap waris mangsa kemalangan maut tersebut dan suatu kemungkiran kontrak terhadap penumpang-penumpang berbayarnya. Justeru waris mangsa kemalangan boleh mengambil haknya untuk membawa tindakan sivil di bawah undang-undang sivil untuk mendapat remedi dan pampasan atas kerugian dan kehilangan tersebut.

Dalam undang-undang jenayah biasanya tindakan pendakwaan akan diambil oleh pendakwaraya, tetapi dalam undang-undang sivil tindakan pendakwaan akan diambil oleh orang awam samaada secara berseorangan, berkumpulan, organisasi, pertubuhan mahupun syarikat selaku Plaintif, Pemohon, Pempetisyen mengikut kesesuaian tindakan yang dibawa oleh mereka di Mahkamah yang berkenaan.

Comments

  1. salam saudara Karls..
    Saya Azikrie, nak minta pandangan terhadap kes kemalangan adik saya.
    Harap dapat sms saya 0192515388

    ReplyDelete
  2. tindakan undang undang dikenakan berat kepada kesalahan jenayah atau sivil?mohon penjelasan

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Kriteria Utama Dalam Pengiraan Award Pampasan

Pampasan Kecederaan Diri, Bagaimana Ia Ditaksirkan

PERINCIAN FEE GUAMAN DAN KOS TINDAKAN.