Kriteria Utama Dalam Pengiraan Award Pampasan

Ramai orang berpendapat bahawa kaedah pengiraan bagi award pampasan kecederaan badan adalah satu hitungan yang boleh dibuat atau dihitung secara mudah, ringkas dan semberono. Hakikatnya pengamal undang-undang akan mempertimbangkan segala sudut, kemungkinan, fakta dan mengkaji bukti yang dikemukan sama ada dalam bentuk bertulis, bergambar mahupun keterangan lisan. Kebiasaannya bukti dokumentasi dan bercetak yang diterima pakai dalam justifikasi ini adalah laporan perubatan awal, laporan pakar dan  gambar kecederaan yang disahkan benar. 

Daripada fakta, keterangan dan bukti yang dikemukan tadi, barulah seorang pengamal undang-undang boleh merujuk dan memadankan kes ini dengan  nas undang-undang terdahulu bagi menetapkan satu nilai pampasan yang munasabah, adil, mengikut pasaran semasa dan terkini. Kriteria penting yang selalu diambil kira dalam pengiraan award pampasan adalah seperti berikut:-
  • Umur
  • Jantina 
  • Pekerjaan
  • Kecederaan sama ada ringan atau berat sesuatu kecederaan
  • Kesukaran atau disabilities yang dialami akibat kecederaan
  • Kehilangan keupayaan sesuatu anggota yang cedera
  • Kesempurnaan rupa, bentuk & ukuran fizikal anggota yang cedera
Contoh mudah award pampasan bagi kanak-kanak berumur 7 tahun yang mengalami cedera patah tangan kanan, semesti tidak setara dengan pampasan seorang lelaki dewasa berumur 30 tahun untuk kecederaan yang sama. Hujah yang digunapakai dalam situasi ini ialah seorang kanak-kanak lazimnya mempunyai pertumbuhan & pemulihan tulang yang pantas, tidak dibebani tanggungjawab mencari nafkah berbanding orang dewasa yang sudah pasti agak perlahan dari segi pemulihan dan pertumbuhan tubuh badan, disamping itu ia dibebani dengan pelbagai tanggungjawab termasuklah mencari nafkah dan beberapa lagi komitmen dalam kehidupannya.
 
Jenis, peringkat, ciri dan bentuk kepatahan juga menjadi kriteria utama yang mempengaruhi nilai  award pampasan bagi suatu kecederaan yang melibatkan patah tulang anggota badan. Contohnya patah biasa yang tidak serius secara lazimnya akan diberi pampasan yang lebih sedikit berbanding patah terbuka, pecah ataupun hancur.

Ini kerana pesakit yang mengalami cedera patah biasa (simple fracture) akan mengalami pemulihan yang pantas, tiada hilang upaya yang berat, tidak mengalami kesukaran yang serius, tidak mengalami perbezaan ketara dari segi rupa, bentuk & ukuran fizikal anggota yang tercedera berbanding pesakit yang mengalami patah terbuka.

Justeru adalah tidak adil untuk membandingkan nilai pampasan bagi satu kecederaan yang hampir sama dan serupa di tempat yang juga sama tetapi dengan tahap kecederaan yang  berbeza sama sekali. Saya selalu disapa dengan pertanyaan mengenai berapa pampasan yang patut seseorang itu terima bagi suatu kecederaan tanpa saya diberi maklumat lengkap, terperinci, jelas dan berwibawa. Saya tidak dapat memberi satu nilai yang tepat jika saya tidak dirujuk atau dibekalkan dengan maklumat, dokumen yang mencukupi. Oleh itu saya selalu menolak untuk menjadi ahli nujum dalam situasi ini. Lazimnya award pampasan bagi beberapa patah tulang yang tersenarai dalam gambarajah di atas pasti tidak terkeluar dari lingkungan nilai seperti berikut:-
  • Frontal bone > 8k - 25k
  • Upper jaw  & lower jaw > 12k - 25k 
  • Humerus > 10k - 23k 
  • Radius  > 10 - 25k 
  • Ulna > 8k - 23k 
  • Amputations of arm at shoulder (pemotongan tangan dari paras bahu) > 75k - 80k 
  • Femur > 18k - 35k
  • Tibia > 15k - 23k
  • Fibula > 10 - 12k 
  • Amputations of leg at hip (pemotongan kaki dari paras peha) > 100k - 120k 
  • Vertebra causing paraplegia (tulang belakang mengakibat lumpuh) > 180k - 230k 
  • Brain injury with bedridden state with awareness (cedera otak mengakibat terlantar atas katil dalam keadaan sedar) > 250k - 300k 
  • Brain injury persistent vegetative state (cedera otak mengakibatkan koma)> 150k - 200k
Diharap dengan perincian di atas pembaca budiman dapat setup semula pemikiran dan menolak anggapan negatif bahawa apabila anda mengalami cedera patah tulang dalam suatu kemalangan anda mesti diberi pampasan yang tinggi.  Saya biasa terdengar umpanan agen dan ulat semasa mereka menjual minyak kepada mangsa kemalangan dengan menyatakan bahawa mereka (mangsa) akan mendapat nilai pampasan melebihi 100k hanya untuk cedera patah kaki sahaja. Sedangkan hakikat sebenarnya nilai pampasan untuk hilang anggota kaki sepenuhnya dari paras atas peha cuma bernilai 100k - 120k sahaja. Justeru itu, bagaimana nilai cedera patah kaki boleh melebihi & mengatasi nilai pampasan untuk hilang anggota kaki sepenuhnya?cuba anda renung-renungkan.....



Comments

  1. salam.. nak ty pendapat tuan.. mak saya accident dan sekarang kes tuntutannya diurus firm A. Stelah 2 bulan berlalu dth wakil dr firm B utk ambil kes ibu saya. Firm B memberitahu mereka boleh memberi duit belanja setiap bulan kpd ibu saya sehingga kes selesai.. apa pendapat tuan. maaf saya jahil bab mcm ni.. tq atas jawapan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasalam,

      Peguam lama boleh dibatalkan jika syarat2 berikut dipenuhi:-

      1. Terdapat bukti kecuaian & keabaian oleh peguam A semasa mengendalikan kes;

      2. Kos & yuran guaman setakat mana perkhidmatan peguam A perlu dijelaskan terlebih dahulu;

      3. Perlu dapatkan persetujuan peguam A untuk perlantikan peguam baru B

      Saya suka menasihat supaya tuan berhati-hati bila berhadapan dengan agen, broker & ulat yang sentiasa cuba mengambil kesempatan atas kesempitan tuan. Sebaik-baiknya jangan berhubung dengan agen, broker, orang tengah & ulat untuk mendapatkan kepastian. Apa yang dikhuatirkan pihak tuan akan menyesal dikemudian hari apabila terpaksa menanggung beban kos yang melambung tinggi sehingga mencapai nilai 50% daripada pampasan kerana pihak tuan tidak mendapat surat perjanjian atau jaminan kos daripada firma B. Jaminan bertulis amat penting bagi melindungi kepentingan tuan dikemudian hari, tanpa surat jaminan pihak tuan boleh disifatkan hanya berpegang kepada kata-kata lisan.

      Terlalu banyak kejadian dan kisah penipuan oleh broker atau agen dalam kes kemalangan. Janji awal tidak sama dengan pengakhirannya.

      Delete
  2. saya sendiri baru terlibat dengan kemalangan dan mengalami patah kedua2 tulang kaki kanan, tibia dan fibula. pembedahan kali kedua terpaksa dilakukan kerana keputusan x-ray menunjukkan tulang kaki tidak selari setelah dua bulan memakai simen.
    adakan jumlah pampasan dikira berasingan? berapakah kos guaman yang biasa dikenakan? saya seorang pelajar.. terima kasih

    ReplyDelete
  3. Apa yang dialami oleh En. Azmi adalah perkara biasa yang dialami oleh mangsa kemalangan yang lain. Pada peringkat ini, En. Azmi berada pada tahap pemulihan daripada kecederaan. Kesan atau gejala masa depan atau kekal hanya dapat disahkan melalui pemeriksaan pakar sekurang2nya selepas 9 bulan dari tarikh kemalangan. Jumlah pampasan yang diambil kira untuk kecederaan En Azmi adalah berdasarkan kepada tibia dan fibula sekaligus dengan adanya pemotongan overlapping sebanyak 10%.

    Mengenainya kos guaman adalah bergantung kepada perbincangan, persetujuan & perjanjian En Azmi dengan peguam yang mengendalikan kes En. Tetapi secara lazim skala kos guaman untuk kes kemalangan di lembah kelang adalah serendah 20%-35% daripada nilai pampasan. Apa yang utama En Azmi perlu dapat penjelasan yang jelas sama ada kos ini adalah all in termasuk tax ataupun ini hanya fee guaman tetapi tidak termasuk disbursement tindakan. Di sinilah orang ramai selalu dikelirukan dan akhirnya menjadi mangsa penipuan adalah agen, broker & orang tengah.

    Saya tidak keberatan membantu, jika berminat sila hubungi email saya karlz_kampau75@yahoo. untuk tindakan susulan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Askm saya mengalami kemlangan kereta saya bertembung dengan kereta Dari Arah hadapan saya di laluan yang betul kereta saya bertembung di selekoh garisan berkembar kereta yang datang Dari arah hadapan Cuba memotong Lori di selekoh garisan berkembar Dan saya pun tiba kereta kami bertembung depan dengan depan pemandu ITU telah diberikan saman oleh polis trafik akibat kejadian ITU tulang lutut saya patah dibaik pulih dengan dimasukkan 1 skru kemudian telah disahkan pula didapati urat saraf tapak kaki saya tidak berfungsi menyebabkan tapak kaki saya kebas walaupun dibakar saya tak rasa APA pun jari kaki hanya boleh gerak keatas saja kebawah tak boleh saya bekerja sendiri sebagai pengubah suai bagunan syarikat dimiliki saya kuli pun saya .berapa anggaran pampasan yang boleh saya terima adalah INI dikira cacat kekal saya juga ada kad oku akibat kemalangan di tempat kerja 5 tahun dahulu

      Delete
  4. bagaimana jika tidak melibatkan patah, tetapi pemotongan tendon & kerosakan saraf di bahagian kaki utk kanak2 7 tahun

    ReplyDelete
  5. salam..sy nak tanya..anggaran untuk patah humerus kiri, patah tulang siku kanan dan luka di dahi sebanyak 12 jahitan..

    ReplyDelete
  6. saya ada tumbuk stu kali sahaja hidung orang kacau saya , patah nasal bone . hidung dia telah normal , doktor dah adjust , tiada nampak cacat. berapa pampasan kalau dia tuntut sivil? kalau untuk accident berapa?

    ReplyDelete
  7. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  8. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  9. salam...sy nk bertnya pendapat tuan..sy telah keretakan 2 tulang Thoraric..sy juga mengikuti program RTW dianjurkn perkeso..adakh sy dikira kecatatan kekal boleh ker sy try minta byran scra bulanan?

    ReplyDelete
  10. Salam..sy nk btnya pd tuan anggaran harga utk kcederaan patah tulang hidung dan sy tlh mbuat pbedahan utk myusun kdudukn tulang itu sperti asal..

    ReplyDelete
  11. salam..sy nk bertnye satu soalan..sy mengalami kemalangan dan sy mendapat kecedaraan patah pingang..sy melantik seorng peguam..dan peguam tu ckp nilai angaran patah sy ni hanye 20k..minta penjelasan encik adakah itu harge sepatut nye..sebab ia melibatkn masa depn sy..adakah sy sendiri telah ditipu oleh peguam sy.??mohon encik blas soalan sy..blas melalui wasap pown boleh 0139817798 mohong sgt2 penjelasan

    ReplyDelete
  12. salam..sy nk bertnye satu soalan..sy mengalami kemalangan dan sy mendapat kecedaraan patah pingang..sy melantik seorng peguam..dan peguam tu ckp nilai angaran patah sy ni hanye 20k..minta penjelasan encik adakah itu harge sepatut nye..sebab ia melibatkn masa depn sy..adakah sy sendiri telah ditipu oleh peguam sy.??mohon encik blas soalan sy..blas melalui wasap pown boleh 0139817798 mohong sgt2 penjelasan

    ReplyDelete
  13. As Salam . Berapa anggaran yang saya dapat untuk'' close fracture left distal end radius'' .di masukkan k wire selama 4 minggu. Kesan sampigan mengalami kelenguhan dan tidak kuat .. review dari blog lain kebanyakn jemaah doc memberi 0%.

    ReplyDelete
  14. As Salam . Berapa anggaran yang saya dapat untuk'' close fracture left distal end radius'' .di masukkan k wire selama 4 minggu. Kesan sampigan mengalami kelenguhan dan tidak kuat .. review dari blog lain kebanyakn jemaah doc memberi 0%.

    ReplyDelete
  15. assalam..en.karl berapa pampasan yang adik saya kan terima untuk patah tulang rusuk dr rib 5-10

    ReplyDelete
  16. assalamualaikum...nak tanye sy mengalami patah...di pergelangan tanggan,jari,peha,dan betis...dan kes sedang berjalan...bloeh tahu anggaran tu semua berapa...sbb pihak insuren nk bg 80k..berpatutan ke x

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai...banyak kepatahan awak tu..so awak terima ke 80000 tu

      Delete
  17. Assalam . S
    ya bru mengalami kemalangan . 3 jari tangan kiri patah . Bru berumur 17 tahun . Brape agak2 tuntutan yang boleh sya terima ?

    ReplyDelete
  18. Assalam . S
    ya bru mengalami kemalangan . 3 jari tangan kiri patah . Bru berumur 17 tahun . Brape agak2 tuntutan yang boleh sya terima ?

    ReplyDelete
  19. salam saya nak tanya harga untuk patah tulang femur sebelah kanan dan patah tulang humerus sebelah kanan berapa ye

    ReplyDelete
  20. salam saya nak tanya harga untuk patah tulang femur sebelah kanan dan patah tulang humerus sebelah kanan berapa ye

    ReplyDelete
  21. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  22. salam tuan pada tahun 2015 saya telah mengalami kemalangan motosikal akibat di langgar kereta dan mengalami kecereraan tempurung lutut saya sebelah kiri pecah..lebih teruk lagi rotax motosikal saya tamat tempoh saya ingin tahu berapa pampasan yg akan di berikan akibat kecederaan tersebut...skian trima

    ReplyDelete
    Replies
    1. teruk betul tu, cuba wasap no ni untuk pencerahan 0102074091

      Delete
    2. Salam en romeo..sy nk tny brapa nilai pampasan yg en dpt..sbb sy mngalami mslh yg sama..sekian

      Delete
    3. Salam en romeo..sy nk tny brapa nilai pampasan yg en dpt..sbb sy mngalami mslh yg sama..sekian

      Delete
  23. salam tuan, ibu sy mengalami kemalangan akibat dilanggar kereta dan mengalami patah tulang bahu kiri dan tulang bahu kanan serta mata kiri menjadi kabur, saya ingin tahu berapa anggaran pampasan yg akan di berikan akibat kecederaan tersebut...sekian terima kasih

    ReplyDelete
  24. Assalamualaikum. Sy kemalangan pd 10/1/16 semasa pulang dr tempat kerja. Telah dilanggar oleh sebuah van kilang (langgar lari). Dijahit di dahi, bibir koyak, luka di hidung, pipi, kedua2 tgn dan kaki kiri. Semua parut dan doc cakap parut di muka dan bibir mmg x dapat hilang. Sy discharge 16/1/16. Dan mc sy dapat sehingga 21/1/16. Disebabkan tgn kiri sakit dan x blh angkat, sy ke hospital (pesakit luar), doc cakap tgn bengkak, diberi mc sehingga 23/1/16. 24-26/1/16 sy x dapat mc. Tapi 26hb sy jumpa doctor, pergi x-ray. 27/1/16 dapat result x-ray menyatakan bahu kiri sy patah dan retak. Ay dpat mc dr 27/1/16-25/2/16 untuk rawatan susulan. Persoalannya, boleh x sy nak claim socso sebab pd tarikh 24-26/1/16 sy x dapat mc. Mohon pencerahan. Ini kelalaian doc, semasa didalam ward, sy ada bagi tahu doc tgn sakit sgt x boleh nak angkat langsung, doc pgg2 tgn dan cakap "x da apa, jatuh biasa la sakit".

    ReplyDelete
    Replies
    1. kes kamu ni macam serupa kes saya. jadi saya segera dapatkan rawatn di hospital lain untuk elak kejadian mcm kamu dan saya dpt mc 4 bulan
      wasap saya 0102074091

      Delete
  25. salam,saya nak tanya,harga patah pergelangan berapa errh??saya patah kedua pth belah.

    ReplyDelete
  26. salam,saya nak tanya,harga patah pergelangan berapa errh??saya patah kedua pth belah.

    ReplyDelete
  27. salam,saya nak tanya,harga patah pergelangan berapa errh??saya patah kedua pth belah.

    ReplyDelete
  28. Saya patah tulang bahu kanan dan luka berjahit di muka dan luka biasa di kaki termasuk lutut.

    Berapakah anggaran pampasan yang saya boleh dapat?

    Bolehkah saya saman polis yang melanggar saya walaupun dia tidak mahu membayar saman diatas report polis yang telah dia buat.kes berlaku pada saya 9 april 2015.

    No tel wasap saya 0102074091

    ReplyDelete
  29. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  30. saya patah collarbone kanan, tibia n fibula, 4 metatarsais termasuk big toe.. semua sebelah kanan badan.. berapa agaknya pampasan yg saya akan dpt dr insuran kereta yang langar saya tuan..

    ReplyDelete
  31. Assalam..sendi jari tgh sy lari..so dpt mc 5mggu.skrg ni jari msih belok..bleh kn sy buat sttus cacat kekal...

    ReplyDelete
  32. assalamualaikum.saya baru saja 3hari lepas exsidenn..patah kedua pergelangan tangan kiri dan kanan juga tempurung lutut kanan pecah..berapa niai pampasan anggaran yg saya peroehi sekarang sudah ada peguam yg ingin mewakili kes saya ini.buat masa ini pihak peguam sudahpn membelikn untuk saya kerusi roda dgn togkat say juga boleh memakai wang dari beliau jika sy prlukan saya bettanggungjawab ada 2 anak isteri tk bekerja nilai yg telah sy gunakan akan ditolak selepas duit tuntutan saya dapat katanye 20%dari nilai yg saya dapat akan die tolak tambah nilai yg saya sudah gunakn wang termasuk barang..info saya ery 0189847828 terima kasih

    ReplyDelete
  33. Assalamualaikum..sy ingin bertanya. Jika kecacatan yg disebabkan pembedahan brapa pampasannya..Sahabat sy telah menjalani satu pembedahan dan ubat pelali diberikan melalui tulang belakang. Namun semasa procedure telah berlaku sedikit kesilapan yg menyebabkan berlaku kecederaan kekal pada saraf tunjang..akibatnya..sahabat sy gagal untuk menghasilkan air mani. Berumur 22tahun pada ketika ini, lelaki.

    ReplyDelete
  34. Assalamualaikum..sy mahu pencerahan dr pihak tuan..sy mngalami kecederaan pecah tempurung lutut kanan serta hancur tulang peha kanan akibat kemalangan..sy cuma ingin tahu berapa anggaran nilai pampasan yg patut sy terima..sekian..mohon pencerahan..tq

    ReplyDelete
  35. Assalamualaikum..sy mahu pencerahan dr pihak tuan..sy mngalami kecederaan pecah tempurung lutut kanan serta hancur tulang peha kanan akibat kemalangan..sy cuma ingin tahu berapa anggaran nilai pampasan yg patut sy terima..sekian..mohon pencerahan..tq

    ReplyDelete
  36. Salam tuan..boleh email saya..saya ada beberapa soalan...firdaushairi@gmail.com.tq

    ReplyDelete
  37. Assalamualaikum .. Muka saya terkena minyak panas hampir seluruh muka,sekarang saya dh 40hari kat hospital .. Boleh saya tahu berapa nilai pampasan untuk saya?

    ReplyDelete
  38. Salam saya terlibat dalam kemalangan dan patah kaki kiri iaitu femur,fibula,tibia, dan sekarang masih lagi dalam proses penuntutan pampasan,berdasar pengalaman encik agak2 berapa nilai pampasan yg saya boleh dapat,

    ReplyDelete
  39. Salam.. Nk tanya mcm buag buah pinggang akibat cencer ada kh boleh membuat tuntutan

    ReplyDelete
  40. Salam.. Nk tanya mcm buag buah pinggang akibat cencer ada kh boleh membuat tuntutan

    ReplyDelete
  41. Assalam Tuan,sy mengalami kemalangan ketika pulang dari kerja mengakibatkan patah tgn kiri(radius),adakah perlu dimaklumkan pada socso @ jemaah doktor kerana sy seorang kidal..terima kasih

    ReplyDelete
  42. assalamualaikum.. saya nak bertanya.. saya baru saja kemalangan pada 11/3/2017 semasa hendak pergi kerja dan mengalami patah tulang kecik tangan kanan dan daging terpaksa dibuang disebabkan open injury dan jari kelingking kaki kanan terpaksa dipotong atas sebab hancur semasa kemalangan.. dan company saya tidak buat pemotongan socso/perkeso.. tapi saya pernah ada rekod sebelum ni.. bolehkah saya claim??

    ReplyDelete
  43. bagaimana pihak Perkeso mengira jika jemaah doktor memberikan si penuntut sebanyak 2 % pada penilaian mereka.... gaji bulanan rm900 dan berumur 27tahun....

    ReplyDelete
  44. Saya kemalangan ditempat kerja..patah buku tulang hemures siku kiri dan kanan..terpaksa pasang plate..brp anggaran pampasan socso yg mungkin saya perolehi.. abieahmad@yahoo.com.my

    ReplyDelete
  45. bagaimana cara kiraan pada penuntut

    ReplyDelete
  46. Assalamualaikum..sy nak tanya..awal tahun 2017 sy dah pon claim untok hilang upaya kekal..bayaran pon dah dapat..skrng ni sy sakit lagi dngn kerap m.c..boleh tak sy claim lagi untok hilang upaya kekal..

    ReplyDelete
  47. Assalammualaikum,, saya baru sahaja kemalangan motor 3 bulan lepas... Patah femur kanan Dan radial kanan serta dislocate tulang ulna kanan Dan beberapa luka serta jahitan Di kepala... Kes 100% salah kereta... Agak 2 berapa boleh claim

    ReplyDelete
  48. Assalamualaikum..saya mengalami kemalangan iaitu patah pada tulang belakang dan kecedaraan..saya telah menjalani pembedahan dan tulang belakang saya diletakkan besi kekal hingga akhir hayat saya...berapa pampasan yg saya akan dapt...


    ReplyDelete
  49. Assalamualaikum..nak tanya sikit..awal tahun 2017 dh pon claim huk,pampasan pon dah dapat tapi sakit slip dic sy makin trok..boleh tak saya claim dngn socso untok pecen ilat..

    ReplyDelete
  50. Assalamualaikum..klau peguam kita lantik tidak mahu beri surat jaminan kos.blh kita tukar
    firma guaman lain???
    kes belum difail dimahkamah lg.baru peringkat permulaan.harap tuan dapat beri pendapat

    ReplyDelete
  51. Assalamualaikum,
    saya nak tanya pendapat tuan . Suami saya telah mengalami satu kemalangan di gua musang bersama keluarganya dua tahun lepas. kemalangan mengakibatkan sebuah kereta dan lori kayu balak yang berhenti secara mengejut di tengah jalan tanpa memberi apa apa signal. Suami saya mengalami pendarahan otak dan patah rahang yang mengakibatkan koma selama seminggu. manakala ayahnya mengalami patah tangan sebelah kiri. Berapakah pampasan yang wajar mereka perolehi dan berapa persen yang diperolehi dari pihak guaman ?
    Segala pengurusan insurans dilakukan oleh abangnya ketika dia berada dalam keadaan koma. Suami tidak pasti itu agent/broker/ulat insurans kerana pengurusan dilakukan di hospital ketika pihak insurans datang untuk melawat pesakitnya. Dalam tempoh dua tahun suami belum menerima apa apa berita mengenai insurannya. Mintak tuan bagi sedekit sebanyak penerangan mengenai kes ini kerana saya jahil pasal insurans.

    Terima kasih atas keprihatin tuan

    ReplyDelete
  52. Tumpang bertanya,

    Mcm kes sy, kemalangan sy adalah disebabkan oleh kereta buat u- turn di garis double dan sy tidak sedar akan kereta tersebut sy melanggar kereta tersebut.

    Kemalangan tersebut telah mengakibatkan sy patah pada tulang pinggul dan sarung pinggul tersbut pecah..

    Sekadar bertanya, kes serupa sy ini kebiasaannye boleh menerima pampasan kemalangan berapa banyak?

    ReplyDelete
  53. Assalamualaikum,

    Saya telah mengalami kemalangan ditempat pada Nov 2017 dan ketika melakukan kerja dan mendapat kecederaan slips L4,5 serta retak di L1.Sekarang majikan mengarahkan saya supaya meletakkan jawatan saya dan saya beraya teraniaya dengan perkara ini.Mereka telah merujuk ke pejabat buruh dan diberitahu oleh pegawai yang bertugas bahawa mereka berhak untuk tidak mebayar gaji bagi cuti sakit hospitalisasi bagi tahun 2018 serta majikan boleh membuang perkerjaan gaji tanpa perlu membayar apa-apa pampasan walaupun saya masih lagi berada didalam tempoh cuti sakit.Saya berasa teraniaya dan adakah kes saya ini boleh dibawa ke mahkamah?bagaimanakah cara nya serta cas bayaran?

    ReplyDelete
  54. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  55. asalamualaikum encik karl,saya mengalami kemalangan 19/1/2017 . saya motosikal kemalangan dengan lori . kemalangan tersebut menyebabkan kecederaan yang dialami oleh saya agak serius.Saya ingin tahu nilai yang sepatutnya saya tuntut.
    kecederaan saya ialah :
    1)patah tulang peha di masuki besi
    2)patah tulang betis di masuki besi
    3)patah siku di masuki besi
    4)jahit di badan lebih kurang 90lebih jahitan
    5)bila diukur kaki pendek sebelah 2 inci
    6)luka terbuka di belakang lutut
    kes masih belum berjalan . mc dah 1 tahun 3 bulan . kemalangan 100% boleh menang
    harap pihak encik boleh memberi pertolongan tentang kadar yang boleh saya perolehi,terima kasih
    apoobondoo@gmail.com

    ReplyDelete
  56. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
  57. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  58. Assalammualaikum.. Saya baru saja accident dengan Lori pada 7hb feb 2018 ketika itu saya baru habis waktu berkerja dalam pukul 0800am.. Ketika kejadian kemalangan berlaku pada jam pukul 0830am lebih kurang masa itu.. Tempat kejadian saya kemalangan pun tidak jauh daripada tempat saya berkerja ITU dalam lingkungan jarak 50meter daripada kawasan Kilang yang saya berkerja.. Saya mengalami patah tulang dibahagian bahu kiri dan mendapat Surat cuti sakit (mc) pada 7feb2018-7mac2018 di hospital batu gajah,perak ini.. Pada 8mac2018 saya kena refer berjumpa dengan doktor pakar orthopedic Dan juga kena buat ujian x-ray bahu kiri saya ini di hospital besar Ipoh permaisuri bainun katanya doktor hospital batu gajah.. Semarang ini doktor hospital batu gajah hanya memberi saya untuk ubat tahan sakit Dan dibahagian bahu Kiri Yang tulang patah ini doktor batu gajah tiada buat apa2 operation pun pada saya sekarang ini.. Bahagian bahu kiri saya yang tulang patah ini masih amat sakit sekarang.. Bolehkah saya mahu tahu mengenai tuntutan claim socso saya ini akan diterima dalam berapa peratuskah ataupun berapa jumlahnya yang akan saya perolehi daripada pihak perkeso ini ya tuan/puan? Dan saya mahu tahu berapakah peratusnya bahu kiri saya yang tulang patah ini akan pulih sepenuhnya untuk saya bermula berkerja seperti sediakala ini ya tuan/puan? Adakah setelah saya mengalami kecedaraan sebegini rupa ini membolehkan saya dapat kembali berkerja berat seperti dulu lagi dan berapa peratuskah saya dapat berupaya pulih untuk berkerja berat ini ya tuan/puan? Mohon pensyarahan tuan/puan kepada saya mengenai tahap kemampuan yang boleh saya berkerja berat lagi ataupun tidak boleh berkerja berat lagi kepada saya ini ya...
    :'(

    Ni no Wasap saya +601127460032..

    ReplyDelete
  59. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
  60. saya mengalami kemalangan dan mengalami cedera patah dua jari....ibu jari dan jari telunjuk...patah 4 batang gigi....patah rahang muka dan dimasukkan 8 batang besi pada bahagian muka.boleh kah tuan anggarkan jumlah tuntutan yang saya layak terima.

    ReplyDelete
  61. Salam saya nk bertanya berapa bayaran yg akn sy dpt cliem disebabkan patah ibu jari kiri dan sekarang ibu jari tangan kiri saya ni tak boleh nk bengkuk dan gengam dgn betul ,boleh bagi penjelasan

    ReplyDelete
    Replies
    1. kes awk sma kes sy.. sy dpt 4% aritu.. duit dh dpt

      Delete
    2. tp kkdg pampasan amoun kita xsama dia tgk umur n gj

      Delete
  62. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  63. Salam..nak tnya kalau retak tulang metarpals mcm mana?dapat mc 2 mggu

    ReplyDelete
  64. salam nk tye klu kcderaan dalm padang 2012 . jari telunjuk hncur didepan kku tercabut ,skrg pendek sikit tp kuku still tumbuh . cacat kekal. mcm mne? blh claim lg ke?

    ReplyDelete
  65. Nama saya salihan isuny pemegang ic MYKAS..3 bulan lepas saya terlibat kemalangan jln raya dan tulang saya bela kanan tibia dan fibula patah doktor sarankan saya buat pembedahan tetapi saya x mampu kerna saya pemegang MYKAS bukan warganegara.dan kos mencecah rm10,000 .kaki saya hanya di simen sahaja sampai sekarang x ada perubahan .saya x dapat pergi temujanji hospital kerna x mampu ..berapaka pampasan yg saya dapat saya da ada peguam yg urus and durang akan dapat 3% dari insurans saya..agak2x berapa yg saya dapat pampasan nanti

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Pampasan Kecederaan Diri, Bagaimana Ia Ditaksirkan

Justifikasi Saman Sivil Tuntutan Akibat Kemalangan Jalanraya, Apakah Tindakan Tepat Yang Perlu Defendan Lakukan