CEK PAMPASAN SAYA BILA NAK DAPAT...?

Siapa yang tidak suka kepada wang?Siapa yang tidak inginkan wang?Rasanya anda semua mungkin dapat bersetuju bahawa semua orang suka dan ingin wang, ini adalah hakikatnya. Selama saya terlibat dalam kerjaya ini kira-kira selama 16 tahun, cabaran getir dan sukar yang terpaksa saya yang melaluinya, walaupun sebenarnya saya amat-amat tidak sukakannya, ialah berdepan dengan pertanyaan pelanggan para pelanggan saya "bila cek pampasan saya nak dapat"?

Tetapi biasanya dalam situasi ini, saya selalu positif dan melayani pertanyaan pelanggan saya dengan cara berhemah dan membimbing mereka supaya mereka dapat memahami bahawa pengeluaran cek pampasan bukanlah suatu urusan mudah, ringkas dan semborono kerana ia perlu melalui proses perundangan serta dibuat secara teratur dan terperinci. Rata-rata mereka akan menghantui saya dengan soalan keramat ini seminggu atau paling lama 2 minggu  selepas kami merekodkan penghakiman persetujuan atau penghakiman lain oleh hakim perbicaraan. Sebenarnya proses atau prosedur yang terpaksa kami lalui adalah rumit dan sulit berbanding apa yang anda fikirkan, sebelum anda semua diserahkan dengan cek pampasan yang pasti akan membuatkan senyuman anda semua begitu lebar dan amat manis sekali.

Dalam penulisan kali ini, saya suka berkongsi pengetahuan mengenai sedikit sebanyak prosedur dan proses pengeluaran cek pampasan selepas penghakiman direkodkan ataupun selepas Baucer Pelepasan Tanggungan (Discharge Voucher) disempurnakan oleh penuntut. Selepas suatu penghakiman direkodkan, peguamcara plaintif (penuntut) perlu menyedia dan mengeluarkan draf penghakiman dalam tempoh masa 14 hari dan diserahkan untuk kelulusan semua pihak yang terlibat termasuklah kepada peguamcara defendan (insuran) dan pendaftar mahkamah. 

Selepas pihak-pihak ini memeriksa, menyemak dan meluluskan draf penghakiman itu, peguamcara plaintif perlu meminda pernyataan dan kandungan setakat mana yang telah diluluskan oleh pihak-pihak dan kemudiannya memfailkan ke dalam mahkamah bagi mendapatkan salinan bersih (meterai). Kebiasaannya masa yang diambil bermula dari proses penyediaan, pengeluaran, penyerahan draf penghakiman adalah lebih kurang 30 hari dan kemudian proses pembetulan, pemindaan dan memfailkan penghakiman bersih juga mengambil masa lebih kurang 30 hari. 

Selepas penghakiman bersih dikeluarkan oleh mahkamah, peguamcara plaintif perlu menyampaikan dan menyerahkan kepada peguamcara pihak defendan. Peguamcara defendan akan menyerahkan penghakiman itu kepada anakguaman (jabatan tuntutan insuran) dan menasihati anakguaman mereka untuk membayar atau memproses cek bayaran pampasan. Selepas berpuashati, jabatan tuntutan akan memanjangkan penghakiman itu untuk tindakan jabatan perakaunan untuk semakan jumlah kuota bayaran, kebiasaan syarikat insuran di negara ini akan memproses bayaran pampasan mengikut jumlah kouta bulanan yang diluluskan oleh pihak pengurusan mereka. 

Selepas itu barulah barulah cek pampasan tersebut dikeluarkan untuk ditandatangani oleh pengurus dan kemudian dihantar kepada jabatan tuntutan, selepas itu diserahkan kepada peguamcara defendan untuk tindakan susulan. Setelah mendapat cek pampasan peguamcara defendan akan menulis surat dan menyerahkan cek pampasan kepada peguamcara plaintif. Dan apabila cek ini sampai dan berada di pejabat peguamcara plaintif barulah peguamcara plaintif akan menghubungi anda semua bagi memaklumkan bahawa cek anda telah tersedia dan anda perlu segera mengambimyal di pejabat.

Proses dan prosedur yang terpaksa dilalui di syarikat insuran biasa memakan masa 30 - 60 hari. Justeru saya menasihati anda semua supaya dapat bersabar menunggu cek pampasan itu diserahkan kepada anda kerana paling awal proses ini dapat diselesaikan dalam tempoh masa 3 bulan dan ada sesetengah kes mengambil masa 6 - 12 bulan kerana disebabkan nilai jumlah pampasan yang tinggi dan mungkin mengalami kesulitan dan masalah dalam proses dan prosedur tersebut.

Ada segelintir orang yang tidak dapat bersabar dan berfikir secara melulu telah menamatkan khidmat peguamcara yang mendapatkan penghakiman untuk mereka semata-mata hanya mendengar khabar angin dan tohmahan dari agen-agen dan wakil-wakil peguam bahawa proses pengeluaran cek ini dapat dibuat dengan segera dan cepat. Mereka ini selalu mendakwa kelewatan itu adalah disebabkan tiada tindakan daripada peguamcara yang mereka lantik sebelum ini. Sebenarnya ini adalah tindakan yang amat tidak bertamadun, tidak berperikemanusian dan keluar daripada nilai-nilai insan yang baik kerana kita selalu dituntun dan dianjurkan oleh agama kita untuk bersyukur Allah SWT dan berterima kasih kepada orang yang berbudi dan berjasa kepada kita. 

Situasi ini umpama orang bodoh yang tidak berpengetahuan tetapi berlagak pandai, tidak mengenang jasa dan budi orang. Akhirnya orang seperti ini akan tersepit kerana telah melantik dua peguamcara untuk mengendalikan satu urusan yang mudah, yang sebenarnya dia tidak perlu melantik peguamcara lain untuk tujuan yang serupa. Disebabkan sifat gelojoh dan tidak sabar itu, orang yang seperti ini terpaksa menanggung dan membayar yuran guaman dua kali ganda kerana terpaksa membayar kedua-dua peguamcara tersebut, sedangkan jika beliau dapat nasihat yang betul daripada orang benar, sudah tentu tiada pengurangan yang berlaku ke atas jumlah cek pampasan yang diterimanya.






Comments

  1. terbaik bang, sekarng baru saya tahu kenapa..en3 tentng pengalamn yg abg lalui ni mbhatkn saya tpaku, "oh begitu.." hmm sbb sekarng sye tengh melaluinya juga..bukn tidk bsabr..tpi dsebbkn dorngan org lain juga spt keluarga dan kwn mbuatkn sye juga perlu kisah..bilet bace ni sekurang2ny dpt meredakn semua yg perlu sye redakan supaya saye xnmpk tlalu &xmhu kena spt akibat yg last perenggan en3 tuh..hmm insyaAllah semua bjalan dgn lancar..terima kasih..good text :)

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum. Mahu bertanya..Perintah Penghakiman Sudah Direkodkan Pada OGOS 2014.. Tetapi Sehingga Sekarang FEB 2016..Sy Masih Belum Menerima Cek Pampasan Sy..Sy Ada bertanya Pada Peguam Sy,Dia Kata Pihak Insurans Masih Belum Keluarkan Cek Tersebut Yg Bernilai Bawah RM5K..Boleh saya Adakah kelewatan Cek Di Pihak Insurans Adalah Perkara Normal?Boleh Tak Pihak (Saya) Memeriksa Status Cek Tersebut Terus Kepada Pihak Insurans..Terima Kasih...

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Kriteria Utama Dalam Pengiraan Award Pampasan

Pampasan Kecederaan Diri, Bagaimana Ia Ditaksirkan

PERINCIAN FEE GUAMAN DAN KOS TINDAKAN.