Takungan Air di Laluan Lebuhraya Mengakibatkan Kemalangan dan Implikasinya

Hujung minggu yang lalu, cuaca buruk melanda di kebanyakkan kawasan di semenanjung, hujan lebat dan tiupan angin yang kuat adalah perkara lazim diperkatakan mengenai cuaca buruk tersebut. Situasi ini biasanya akan mengakibatkan satu keadaan dimana paras air menjadi lebih banyak dari biasa dan satu kawasan takungan air wujud di beberapa kawasan di sepanjang lebuhraya PLUS Utara-Selatan.

Faktor utama kepada masalah kewujudan takungan air yang banyak di sepanjang lebuhraya PLUS terutamanya di laluan sepanjang Slim River-Kuala Lumpur adalah kerana kualiti turupan dan binaan lebuhraya tersebut berada di bawah standard biasa. Jelas kelihatan turapan tidak sekata, kualiti tar yang rendah dengan mudah mengakibatkan air bertakung dengan pantas terutamanya apabila hujan turun dengan lebat walaupun dalam tempoh masa yang singkat kerana aliran air tidak dapat bergerak dengan lancar masuk ke longkang di tepi laluan lebuhraya tersebut.

Takungan air yang banyak boleh mengakibatkan kemalangan yang bukan sahaja melibatkan kerosakan harta benda awam seperti kerosakan lampu, besi penghadang jalan selain kerosakan permukaan lebuhraya, juga mengakibatkan kerosakan kepada harta benda persendirian seperti kenderaan dan barangan peribadi. Tetapi kerugian, kehilangan dan kerosakan yang paling amat berharga dan tidak ternilai kepada negara adalah kehilangan nyawa dan kecederaan tubuh badan kepada manusia ataupun rakyat di negara ini.

Jujurnya penyumbang utama kepada kejadian kemalangan di negara ini adalah sikap, tindakan dan cara manusia mengawal dan mengendalikan sesuatu kenderaan yang digunapakai di atas lebuhraya itu. 80% faktor penyumbang kemalangan di lebuhraya adalah sikap lalai dan melulu manusia yang memandu melebihi had laju yang ditetapkan, sikap dan amalan yang buruk ini pula tidak mengenal tempat dan masa, kebanyakkan pemandu gagal mengurangkan dan merendahkan kelajuan kenderaan mereka semasa memandu dalam situasi hujan lebat, sebab itu lazimnya banyak kejadian kemalangan berlaku semasa hujan lebat macam cendawan tumbuh lepas hujan. Keadaan ini boleh diubah sekiranya pemandu di negara ini sudi mengubah paradigma pemanduan mereka, mereka harus mempraktikkan amalan pemanduan selamat ketika memandu bukan setakat untuk melepasi ujian lesen memandu sahaja.

Dalam kes kemalangan ketika hujan, sebahagian kenderaan terlibat tidak diselenggarakan dengan baik terutamanya bahagian brek, jajaran dan tayar. Keadaan ini menyukarkan pemandu untuk mengawal kenderaan mereka kerana kenderaan mereka mudah hilang kawalan, terbabas kerana tayar kehausan bunga dan brek tidak berfungsi dengan baik. Selain itu, adalah segelintirnya sengaja melanggar dan membiarkan kenderaan mereka melanggar lopak air tanpa mempertimbangkan risiko besar jika kenderaan dan tayar hilang keseimbangan lalu mengakibatkan kenderaan tersebut tersasar dan terbabas.

Hujang minggu lalu, saya menerima 1 kes kemalangan unik melibatkan 1 biji m/sikal dan 2 buah m/kar. Kemalangan ini berpunca dan bermula apabila 3 biji m/sikal meredah hujan lebat di hujung minggu itu, salah sebuah daripadanya telah masuk ke dalam takungan air dan
%





Comments

Popular posts from this blog

Kriteria Utama Dalam Pengiraan Award Pampasan

Pampasan Kecederaan Diri, Bagaimana Ia Ditaksirkan

PERINCIAN FEE GUAMAN DAN KOS TINDAKAN.