APAKAH PROSES AWAL SELEPAS KEMALANGAN?

Psikologi manusia biasa apabila ditimpa kejutan secara mengejut kadangkala ia boleh menimbulkan panik, buntu dan celaru.

Keadaan serupa juga boleh menimpa mangsa kemalangan jalan raya apabila kejadian itu berlaku secara mengejut tanpa disangka.

Apabila anda terlibat dalam suatu kejadian kemalangan jalan raya, berusaha sebaik mungkin untuk bertenang.

Seboleh-bolehnya catit atau ingati no pendaftaran kenderaan terlibat, capai dan selamatkan barang berharga seperti pengenalan diri, telefon dan sebagainya. Sekiranya boleh rakam gambar di lokasi.

Selepas itu segeralah pergi mendapat rawatan, jika tidak boleh bergerak sendiri minta bantuan kecemasan 999. Fokuskan fikiran kepada tindakan secara sistematik dan satu persatu.

Kalau anda dirapati agen petunda kereta jangan benarkan kereta anda ditunda terus ke bengkel, sebaliknya cukup sekadar ke balai polis berdekatan atau pun jika perlu sangat tundalah ke pusat service berdaftar bagi syarikat pengeluar kereta anda.

Semasa di hospital fokus dan pusatkan pemikiran anda untuk rawatan, jangan bazirkan masa rehat anda untuk melayani tout, agen, runner atau wakil yang cuba merapati anda bagi apa jua tujuan, terutama berkenaan tuntutan insuran.

Ini kerana pada masa ini fikiran, minda dan fizikal anda perlukan rehat dan sembuh terlebih dahulu. Apabila anda dibenarkan keluar hospital, jangan tergesa-gesa untuk membuat laporan polis.

Sila dapatkan nasihat dan pandangan pakar sebelum anda memutuskan bagaimana laporan polis anda itu dibuat. Jika keadaan anda tidak mengizinkan untuk membuat laporan segera, minta keluarga terdekat, sahabat dan kawan yang rapat untuk membuat satu laporan polis maklumat pertama.

Tujuannya bagi membolehkan pegawai penyiasat kes membuka fail siasatan kes ini dengan seberapa segera yang boleh. Sementara bukti, kesan dan peninggalan perlanggaran dalam kejadian itu masih wujud di tempat kejadian. Ini kerana bukti-bukti sangat diperlukan untuk isu laibiliti di mahkamah.

Comments

Popular posts from this blog

Kriteria Utama Dalam Pengiraan Award Pampasan

Pampasan Kecederaan Diri, Bagaimana Ia Ditaksirkan

PERINCIAN FEE GUAMAN DAN KOS TINDAKAN.