KENAPA PAGES INI DITULIS SECARA BERPERINGKAT?

Isu yang saya tulis sebelum ini adalah berkaitan apa yang anda perlu lakukan semasa dan ketika mendapat rawatan di hospital selepas terlibat dalam suatu kejadian kemalangan jalan raya.

Pembaca yang selalu mengikuti pages ini mungkin sedar saya menulis setiap artikel secara sambungan. Saya sengaja berbuat demikian supaya dapat membina kefahaman kepada pembaca secara berperingkat satu persatu.

Objektifnya ia mungkin boleh menjadi rujukan dan sebuah nota ringkas bukan hanya untuk anda tetapi juga sebagai panduan mudah kepada diri saya sendiri.

Saya akan terus menulis dengan gaya dan cara ini secara tersusun dan berkaitan.  Bagi orang awam mereka tidak perlu membaca buku ilmiah berat seperti Nathan On Negligence atau Compassion of Injury Awards kerana saya akan meringkaskannya untuk anda.

Projek ini telah saya mulai sejak bulan Ogas ini semasa saya mengemaskini blog saya http://karlzkampau.blogspot.my. Perubahan paradigma ini telah mendapat sambutan yang sangat mengalakkan dari pembaca.

Ini adalah projek kemasyarakatan terbesar yang saya sedang usahakan sebagai suatu sumbangan kepada masyarakat. Terima kasih kerana selalu menyokong usaha dan projek saya.

Comments

Popular posts from this blog

Kriteria Utama Dalam Pengiraan Award Pampasan

Pampasan Kecederaan Diri, Bagaimana Ia Ditaksirkan

PERINCIAN FEE GUAMAN DAN KOS TINDAKAN.