SIJIL CUTI SAKIT DAN KEPENTINGANNYA DALAM KES LITIGASI AKIBAT KEMALANGAN JALAN RAYA

Amalan rutin sebelum pesakit dibenarkan keluar dari hospital doktor akan bertanya serba sikit berkenaan latar belakang pekerjaan pesakit. Ini penting sebagai kayu ukur atau pemeriksaan mudah bagi menentukan sama ada pesakit itu layak menerima sijil cuti sakit atau tidak.

Biasanya bagi pesakit yang bekerja makan gaji sama ada di sektor awam mahu pun sektor swasta akan mudah diberi cuti sakit. Tetapi bagi pesakit yang bekerja sendiri atau berniaga sendiri perlu memohon secara khusus kepada doktor yang menyelia pesakit itu di wad.

Malangnya ada pemikiran yang salah atau kekeliruan kepada pesakit jenis ini kerana mereka sendiri tidak pernah peduli sama ada mereka perlu diberi sijil cuti sakit atau tidak kerana bekerja sendiri.

Perlu ditekankan di sini bahawa sijil cuti sakit ini adalah suatu dokumen penting dan mustahak dalam tuntutan gantirugi kehilangan pendapatan atau pun kehilangan upaya pendapatan masa depan.


Tanpa dokumen ini, amat mustahil litigan dalam kes kemalangan akan berjaya mendapat award bagi jenis pampasan kehilangan pendapatan ini. Justeru itu pesakit dinasihatkan untuk membuat permintaan supaya sijil cuti sakit diberi kepada anda sebaik sahaja anda dibenarkan keluar dari hospital. 

Comments

Popular posts from this blog

Kriteria Utama Dalam Pengiraan Award Pampasan

Pampasan Kecederaan Diri, Bagaimana Ia Ditaksirkan

PERINCIAN FEE GUAMAN DAN KOS TINDAKAN.