LAPORAN POLIS MAKLUMAT PERTAMA (LMP)

Biasanya siasatan polis dalam suatu kemalangan akan bermula dengan laporan maklumat pertama. Dengan adanya laporan LMP ini pegawai siasatan polis akan segera membuka kertas siasatan.

Dalam kes kemalangan jalan raya ada dua cara laporan LMP itu dibuat; pertama ia dibuat oleh pemandu kenderaan motor yang terlibat dengan kemalangan dan kedua pula dibuat oleh pihak lain atau pun orang lain yang melihat atau mengetahui kemalangan itu.

Kebiasaanya sebagai langkah keselamatan dan berjaga-jaga saya selalu menasihati waris atau kawan  mangsa untuk membuat laporan LMP ini dalam kadar segera yang boleh. Ini kerana dengan kesegeraan itu akan menyelamatkan beberapa bukti, maklumat, data dan peninggalan di tempat kejadian dari dihapuskan, diusik, diubah dan dialihkan.

Ramai orang termasuklah pegawai polis sendiri melihat laporan LMP ini kurang penting kerana ia cuma sekadar maklumat dengar cakap atau maklumat saksi selepas kejadian itu berlaku.

Kadangkala ada segelintir pegawai junior di kaunter  pertanyaan balai polis menolak dari menerima laporan LMP ini kerana salah anggap bahawa cuma pemandu kenderaan motor sahaja yang boleh membuat laporan berhubung kejadian kemalangan jalan raya.

Persepsi ini haruslah diubah kerana mustahaknya laporan LMP ini tanpa laporan ini pegawai siasatan polis tidak akan membuka kertas siasatan, tidak pergi ke tempat kejadian, tidak memeriksa dan memberi pendetailan terhadap semua bukti, keterangan dan peninggalan kes yang wujud di situ.

Jika keadaan ini dibenarkan terus berlaku sudah tentu pemandu yang melakukan kecuaian ini akan terlepas dari sabitan ataupun pendakwaan kerana kekurangan bukti dan masalah teknikal dalam siasatan pegawai polis yang menjalankan siasatan.

Comments

Popular posts from this blog

Kriteria Utama Dalam Pengiraan Award Pampasan

Pampasan Kecederaan Diri, Bagaimana Ia Ditaksirkan

PERINCIAN FEE GUAMAN DAN KOS TINDAKAN.