Posts

Showing posts from 2018

ALLAH MAHA BESAR DAN MAHA BERKEHENDAK

Image
Alhamdulillah usai urusan di Kopetro Jalan Yap Kwang Seng dan menjamu selera di kedai mamak bersebelahan bangunan PTPTN, saya terus masuk ke dalam kereta untuk bergerak pulang.
Malangnya berkali-kali saya cuba memulas starter tetapi enjin tetap tidak mahu hidup, rupa-rupanya saya lupa untuk mematikan suis lampu kereta saya.
Saya agak panik kerana kereta adik ipar sudah bergegas meninggalkan parking dan terus keluar, saya cuba lagi menghidupkan enjin, kemudian memeriksa pula enjin kalau2 ada wayar yang longgar.
Kemudian saya menelefon sahabat saya Azmi Talib dan Shah Baginda untuk memohon bantuan, selepas itu saya minta bantuan pekerja kedai mamak untuk menolak kereta saya, manalah tahu jika usaha boleh membuahkan hasil. Namun usaha ini juga gagal. Fikiran dan hati saya tidak putus2 terus memohon bantuan Allah SWT supaya urusan saya ini dipermudahkan.
Alhamdulillah sahabat saya walaupun jauh tetap cuba ingin menghulurkan bantuan, sedangkan saya bercakap dengan mereka di talian telef…