ALLAH MAHA BESAR DAN MAHA BERKEHENDAK
Alhamdulillah usai urusan di Kopetro Jalan Yap Kwang Seng dan menjamu selera di kedai mamak bersebelahan bangunan PTPTN, saya terus masuk ke dalam kereta untuk bergerak pulang.
Malangnya berkali-kali saya cuba memulas starter tetapi enjin tetap tidak mahu hidup, rupa-rupanya saya lupa untuk mematikan suis lampu kereta saya.
Saya agak panik kerana kereta adik ipar sudah bergegas meninggalkan parking dan terus keluar, saya cuba lagi menghidupkan enjin, kemudian memeriksa pula enjin kalau2 ada wayar yang longgar.
Kemudian saya menelefon sahabat saya Azmi Talib dan Shah Baginda untuk memohon bantuan, selepas itu saya minta bantuan pekerja kedai mamak untuk menolak kereta saya, manalah tahu jika usaha boleh membuahkan hasil. Namun usaha ini juga gagal. Fikiran dan hati saya tidak putus2 terus memohon bantuan Allah SWT supaya urusan saya ini dipermudahkan.
Alhamdulillah sahabat saya walaupun jauh tetap cuba ingin menghulurkan bantuan, sedangkan saya bercakap dengan mereka di talian telefon, tiba-tiba masuk satu kereta proton wira putih dan berhenti betul2 di sebelah kereta Volkswagen gelap depan saya.
Belum habis saya bercakap tiba-tiba pemandu kereta keluar dan terus membuka bonet belakang kereta, saya lihat ada beteri, jumper dan beberapa alatan mekanik. Alhamdulillah saya terus berjumpa pemandu proton wira dan memaklumkan masalah saya.
Dia memberi tahu ada seseorang bernama salleh memanggil dia untuk membantu kereta breakdown di situ, selain itu pemandu kereta Volkswagen juga mengalami masalah enjin.
Kemudian tanpa disangka pemandu proton wira terus meminta izin kepada pemandu Volkswagen untuk memeriksa masalah bateri kereta saya terlebih dahulu.
Setelah proses jumping selesai, alhamdulillah enjin kereta saya terus berjaya dihidupkan, mekanik tersebut berbisik kepada saya "ini rezeki abg, Allah SWT yang hantar saya tepat pada masanya untuk membantu abg".
Bagaikan terkena pukulan 300 tan hati saya terus tersentak merasa sayu, sedih bercampur gembira dan bersyukur betapa kerdilnya diri saya ini, segala-galanya saya serahkan kepadaNya.
Dan hari ini dengan rahmatNya Dia telah memperlihatkan kekuasaan, kasih sayang dan pertolonganNya kepada hamba2 yang dikehendakiNya. Bersyukurlah saya dengan anugerah ilahi ini...Alhamdulillah..Subhanallah Walhamdulillah...Walaillaha illallah...Allahu Akhbar.
Insan yang membantu saya ini cuma mengamanahkan saya supaya mengviralkan perkhidmatan beliau tanpa meminta balasan daripada saya. Semoga Allah SWT melimpahkan beliau dengan rahmat, nikmat dan keberkatannya...
Comments
Post a Comment