Mengapa Anda Perlu Peguam Untuk Mengendalikan Tuntutan Insuran Pihak Ketiga?
Di negara terdapat pelbagai polisi insuran yang ditawarkan oleh syarikat insuran kepada pengguna, terpulangkan kepada kebijaksanaan, keperluan, kepentingan dan kemampuan kewangan anda untuk memilih polisi insuran yang anda sukai, bersesuai, perlu dan mampu anda miliki. Hanya tuntutan terhadap pihak ketiga yang memerlukan khidmat peguamcara untuk mewakili penuntut, sekiranya mangsa ataupun penuntut berniat untuk menuntut gantirugi akibat kerugian, kehilangan, kerosakan dan kecederaan yang dialami daripada sama ada pemilik ataupun pemandu kenderaan pihak ketiga. Dan di bawah Seksyen 96 Akta Pengangkutan Jalanraya, pihak insuran yang melindungi kenderaan pihak ketiga wajib dan perlu untuk melindungi kepentingan insured mereka ini termasuklah membayar apa-apa pampasan atau tuntutan yang dihadapi oleh insured tersebut. Apakah Tuntutan Terhadap Pemilik atau Pemandu Kenderaan Bermotor Pihak Ketiga? (a) Suatu tindakan untuk menuntut apa-apa gantirugi sama ada gantirugi khas dan gantirugi am ...