PERINCIAN FEE GUAMAN DAN KOS TINDAKAN.

1. Saya kerap dihubungi pengunjung blog ini secara berulang kali, permasalahan popular yang diutarakan oleh mereka kepada saya pula hanya berkisar kepada perincian mengenai fee guaman dan kos tindakan yang dikenakan ke atas mereka. Mereka sangat bimbang kalau-kalau mereka ditipu oleh peguamcara yang mengendalikan kes mereka. Ini kerana sebahagian besar dari mereka langsung tidak tahu dan faham sepenuhnya apa itu fee guaman dan apa itu kos tindakan?. 2. Selain itu, mereka juga tidak faham apa itu perjanjian lisan dan apa itu kos tindakan?. Di sini saya akan huraikan secara ringkas maksud kedua-duanya sekali. Fee guaman adalah yuran guaman yang perlu dibayar oleh pelanggan disebabkan mereka telah menerima perkhidmatan profesional daripada pengamal undang-undang. Fee ini adalah meliputi untuk bayaran kerja konsultansi, berjumpa dan mengambil arahan pelanggan, memberi nasihat, melaksana arahan, membina, membangun, melindungi, menyusuli dan mempertim...