PENIPUAN DAN SALAH LAKU DALAM PROSES SETTLEMENT OF ACTION (PENYELESAIAN LUAR MAHKAMAH
Secara jujurnya saya selalu keliru apabila menerima pertanyaan dari pelanggan kami yang meminta kami menguruskan bayaran pampasan serta merta sejurus selepas suatu kes itu berjaya diselesaikan sama ada melalui mahkamah ataupun di luar mahkamah. Saya merasa gusar kerana kami ini bukanlah institusi kewangan atau syarikat insuran yang mempunyai kapital kewangan yang tinggi dan mempunyai poket ajaib seperti Doreamon. Kami terpaksa menunggu sekurang-kurangnya 4 bulan sebelum cek pampasan itu diterima. Sebaliknya kami cuma sebuah firma guaman yang berskala sederhana, komited dan ikhlas dalam menjalankan amanah tugasan kami. Akhirnya saya menjalankan siasatan sendiri dan menjumpai beberapa kes yang langsung tidak pernah terfikir boleh berlaku dalam kehidupan masyarakat kita yang masih lagi mengekalkan tahap kejujuran dan empati yang tinggi. Semasa saya menjalankan tugas dan berjumpa ramai orang, melalui pendedahan mereka saya dapati ada kes terpencil yang meng...