PEMALSUAN PERSETUJUAN PENYELESAIAN KES
1. Saya ban yak menerima aduan dan pertanyaan berkaitan tajuk di atas daripada pembaca pages dan blog saya "Karlz Kampau Kongsi Pengetahuan Bersama". 2. Mereka mendakwa kes tuntutan kemalangan yang diuruskan melalui peguamcara telah diselesaikan tanpa pengetahuan dan tanpa persetujuan atau tanpa arahan daripada mereka. 3. Ada segelintir merasa terkilan kerana jumlah pampasan yang dipersetujui atau direkodkan oleh peguam untuk penyelesaian kes jauh lebih rendah daripada sasaran yang mereka impikan. 4. Mereka bertanya apakah proses ini benar dan apakah boleh seorang peguamcara mengambil persetujuan, tawaran atau merekodkan apa-apa jumlah persetujuan tanpa pengetahun/kebenaran/arahan daripada anakguam mereka. 5. Jawapan saya perbuatan ini adalah satu perbuatan dan tindakan khianat, pecah amanah dan jenayah kerana berlaku satu pemalsuan persetujuan atau arahan daripada anakguam secara nyata. 6. Ini kerana pada hakikatnya anakguam itu sama sekali tidak tahu, tidak dimaklumkan d