PEMALSUAN PERSETUJUAN PENYELESAIAN KES


1. Saya ban

yak menerima aduan dan pertanyaan berkaitan tajuk di atas daripada pembaca pages dan blog saya "Karlz Kampau Kongsi Pengetahuan Bersama". 

2. Mereka mendakwa kes tuntutan kemalangan yang diuruskan melalui peguamcara telah diselesaikan tanpa pengetahuan dan tanpa persetujuan atau tanpa arahan daripada mereka.

3. Ada segelintir merasa terkilan kerana jumlah pampasan yang dipersetujui atau direkodkan oleh peguam untuk penyelesaian kes jauh lebih rendah daripada sasaran yang mereka impikan. 

4. Mereka bertanya apakah proses ini benar dan apakah boleh seorang peguamcara mengambil persetujuan, tawaran atau merekodkan apa-apa jumlah persetujuan tanpa pengetahun/kebenaran/arahan daripada anakguam mereka.

5. Jawapan saya perbuatan ini adalah satu perbuatan dan tindakan khianat, pecah amanah dan jenayah kerana berlaku satu pemalsuan  persetujuan atau arahan daripada anakguam secara nyata.

6. Ini kerana pada hakikatnya anakguam itu sama sekali tidak tahu, tidak dimaklumkan dan tidak bersetuju dengan apa jua jumlah penyelesaian yang telah direkodkan dalam dokumen oleh pihak-pihak dalam kes itu. 

7. Kemungkinan besar berlaku satu atau lebih kesalahan jenayah di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana mewujudkan satu dokumen palsu bagi mendapatkan suatu manafaat bagi diri sendiri, sedangkan anakguam tidak pernah tahu dan bersetuju dengan dokumen tersebut. 

8. Akibatnya pihak insuran akan mempercayai bahawa dokumen penyelesaian itu adalah tulen dan benar. Hakikatnya dokumen itu adalah palsu kerana berlaku penipuan dan pemalsuan persetujuan. Kesannya kepentingan dan hak anakguam telah diprejudiskan secara total apabila dipaksa menerima jumlah penyelesaian yang sebenarnya mereka  langsung tidak pernah tahu dan bersetuju.

9. Sekiranya perkara ini kepada anda, anda boleh membuat aduan kepada majlis peguam atas salahlaku dan juga melaporkan kepada pihak polis untuk siasatan kes jenayah bagi membatalkan penyelesaian tersebut.

#karlzkampau
#kongsibersama
#insuranclaims

Comments

  1. Anak sy baru menang tuntutan insurans. Menang pampasan 97k tp lawyer bagi 56k sahaja. Pada awalnya runner kata hanya tolak 20% campur sedikit duit police report. Sekali tgok bil, bnyk benda yg x masuk akal di cajnya sbb bagi sy caj tu boleh masuk dlm lawyer fee yg 20% tu, tp diletak asing. Sakit betul hati saya. Kalau buat polis report, adakah duit panpasan tu akan dibekukan? Sbb anak sy tunggu lama dah nk dpt duit tu..dekat 5 tahun. Rasa mcm malas nak tunggu lagi.. tp bila dikenangkan, hati jadi sakit sgt. Apa nasihat dari tuan?

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Kriteria Utama Dalam Pengiraan Award Pampasan

Pampasan Kecederaan Diri, Bagaimana Ia Ditaksirkan

PERINCIAN FEE GUAMAN DAN KOS TINDAKAN.