PEROMPAKAN DUIT PAMPASAN TERUS BOBROK INSTITUSI KEPEGUAMAN

Kebejakan dan kekotoran dalam institusi yang menguruskan kes tuntutan insurans kemalangan pihak ketiga masih terus berlaku dan berleluasa. Semua ini berlaku kerana masyarakat masih memberi sokongan dan kepercayaan kepada pelaku untuk meneruskan modus operandi atau kegiatan mereka dengan secara berleluasa. 

Meskipun acapkali pendedahan dan pembongkaran dibuat oleh persatuan-persatuan pengguna umpamanya Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mengenai kegiatan penipuan dan perompakan wang tuntutan insurans kemalangan pihak ketiga ini. 

Namun masyakat seolah-olah memandang sepi, tidak prihatin atau tidak ambil peduli kepada pendedahan dan pembongkaran tersebut. 

Apa yang menakutkan perompakan dan penipuan ini diterima pula sebagai sesuatu yang benar dan patut sehingga menenggelamkan kebenaran dan hak. Justeru itu tidak hairanlah 90% mangsa kemalangan jadi mangsa penipuan dan perompakan sindiket firma guaman ini.

Di luar sana masih ramai orang yang gagal untuk memberi perhatian atau sekurang-kurang menghargai hak kepengunaan yang mereka miliki. Ramai yang tidak ambil peduli, malahan tidak berminat untuk mempertahankan hak mereka. 

Akan tetapi mereka ini apabila benar-benar terjerumus dan jadi mangsa penipuan di kemudian hari. Ada yang marah-marah, ada yang kecewa, ada yang pasrah dan tidak kurang pula ada yang mencari kesalahan pihak lain. Namun nasi telah jadi bubur tiada apa yang dapat dilakukan untuk memperbetulkan kesilapan ini dan mengembalikan semula wang pampasan yang dicuri dengan secara terhormat. 

Walaupun banyak kempen, informasi, pendedahan telah dibuat untuk memancarkan kesedaran dan pengetahuan kepada pengguna serta masyarakat. Namun kempen ini masih tidak berjaya disebabkan faktor-faktor berikut:-

1. Pengguna tidak ambil peduli akan hak dan kepentingan diri mereka sendiri. 

Sikap malas dan tidak ambil peduli akan nasib, hak dan kepentingan diri sebenarnya telah subur mengakar dalam diri masyarakat kita dari dulu sampai kini. Jadi sikap malas dan tidak ingin bersusah payah ini telah diketahui dan diambil kesempatan oleh ahli sindiket penipuan untuk melaksanakan operasi mereka. 

Masyarakat tidak mahu bersusah payah jadi mereka cari kepada jalan yang mudah dan pantas. Jalan mudah ini pula bukan percuma semuanya kena bayar tol dan pelincir. Kesan walaupun mangsa (Plaintif) dapat banyak wang pampasan tapi mereka kena bayar tol dan upah kepada pihak ketiga berpintu-pintu. Jadi tidak hairanlah baki akhir yang sampai ke tangan mangsa jumlahnya ciput sahaja. 

2.    Takut atau tunduk kepada tekanan pihak lain

Keadaan ini adalah satu kejadian yang sangat popular dan sering terjadi kepada mangsa kemalangan. Oleh kerana kebanyakkan mereka terdiri daripada golongan naif, jahil dan kurang ilmu dalam kes tuntutan kemalangan, maka situasi ini telah diambil kesempatan oleh pihak-pihak berkepentingan untuk menekan dan mempengaruhi mangsa untuk membuat perlantikan peguam yang salah dan tamak.

Oleh kerana dorongan ketakutan, tekanan dan pengaruh yang kuat di sekeliling mangsa dan mangsa merasa sangat takut dan tertekan. Jadi jalan keluar adalah tunduk dan ikut sahaja apa yang disuruh oleh pihak lain seperti ahli keluarga, majikan, rakan taulan dan ada juga segelintir pegawai polis terlibat.

Malangnya orang yang berkepentingan ini walaupun tahu dan sedar akan kewujudan pemotongan atau pengambilan yang tinggi, tahu akan pelbagai caj yang tidak munasabah akan dikenakan ke atas mangsa. Tetapi disebabkan ada kepentingan diri dan berkehendakan kepada duit komisen yang tinggi, orang ini tidak peduli untuk melacurkan kepentingan dan masa depan mangsa meskipun mangsa adalah ahli keluarga terdekat, rakan tauladan dan orang susah yang benar-benar perlu pembelaan. 

Ini sesuatu sangat menyedihkan kerana masyarakat kita telah menjadi orang yang sangat pentingkan diri sendiri, tidak peduli nasib orang lain dan mengabaikan pula seruan Allah dan Rasul supaya kita bertolong-tolongan dalam hal kebajikan dan haq. Buat amal maaruf nahi mungkar.

3. Sikap negatif mangsa sendiri

Melalui pengalaman penulisan sendiri, memang wujud mangsa yang berfikiran negatif dan menutup diri sendiri kepada keterbukaan maklumat dan informasi. Mereka ini adalah golongan yang banyak sekali kena tipu dan jadi mangsa. 

Golongan ini walaupun diberi pendedahan dan maklumat serta dinasihatkan untuk berhati-hati tetapi memberi respon negatif dan ada juga yang bersikap sombong menolak mentah-mentah nasihat diberikan. 

Tindakan negatif sebenarnya sangat merugikan mangsa. Mangsa seolah-olah membutakan mata dan memekakkan telinga kepada seruan dan nasihat. Golongan ini jika tertipu dan menjadi mangsa ini adalah kerana kesilapan dan kesombongan mereka sendiri.

Penulis tanpa jemu ingin terus menyebarkan nasihat, ilmu dan pendedahan yang berterusan supaya masyarakat dapat keluar dan tidak lagi terjerumus ke dalam sindiket penipuan dan perompakan wang pampasan insurans ini.

Sekali lagi di ruangan ini penulis menasihat pembaca untuk sentiasa berfikiran terbuka, bersikap berhati-hati, cemat menilai dan harus buat keputusan yang tepat. Mangsa kemalangan seharus beri ruang kepada semua pihak untuk berjumpa dan jangan had diri menerima maklumat, lagi banyak maklumat dan tawaran diterima. Maka lagi senang untuk memutuskan, makin kurang risiko untuk ditipu dan makin besar pula margin peratusan ketetapan diperolehi dalam membuat keputusan itu. 

Jangan sesekali melantik peguamcara disebabkan desakan, tekanan dan pilihan orang lain. Alasan "saya tak tahu pasal kes ini dan saya serahkan kepada abang, orang itu dan ini untuk segala-gala urusan kes ini" sebegini jangan lagi jadi amalan dan tindakan pengguna. Buatlah keputusan atas pertimbangan dan kecermatan diri sendiri. 

Akhirnya pilih peguamcara yang jujur, telus dan berintergriti. Macam mana nak tahu peguamcara itu jujur kepada anda? mudah sahaja pertama dia akan sentiasa berterus terang dengan anda, tidak akan menyembunyi isu penting seperti yuran kos guaman, dia akan menjelaskan secara terperinci secara komprehensif. Tidak berlebihan memberi harapan palsu kepada anda. Kedua dia akan memberi anda satu surat jaminan bertulis. 

Lantiklah peguamcara yang tidak mengenakan ada caj-caj tambahan, caj-caj tersembunyi. Jangan percaya janji mulut dan jangan bersandarkan kepada cakap mulut tapi berpeganglah kepada dokumen. Insya Allah anda akan selamat dan dapat pula wang pampasan yang banyak di akhir kes nanti. Aamiin.


 

Comments

Popular posts from this blog

Kriteria Utama Dalam Pengiraan Award Pampasan

Pampasan Kecederaan Diri, Bagaimana Ia Ditaksirkan

PERINCIAN FEE GUAMAN DAN KOS TINDAKAN.