Pampasan Kecederaan Diri, Bagaimana Ia Ditaksirkan

Setelah sekian lama melayari laman blog saya ini, baru sebentar tadi saya sempat membaca sepenuhnya komen-komen dalam ruangan chit chat yang disediakan untuk kemudahan pembaca laman blog ini berkomunikasi secara interaktif dengan saya. Dalam pelbagai komen yang terdapat di situ, komen daripada saudari Mas2 dan Ifa menarik perhatian saya kerana persoalan dan isu yang dikemukakan kepada saya adalah berkisar dengan nilai pampasan untuk kecederaan akibat kemalangan. Jelas daripada komen-komen tersebut, saya berpendapat penulisnya sebenarnya keliru ataupun tidak mendapat penjelasan yang lengkap daripada peguam yang mewakili mereka. Di sini saya suka menarik perhatian pembaca bahawa dalam kes tuntutan akibat kemalangan terdapat dua isu yang dipertikaikan iaitu isu liabiliti dan juga isu kuantum.


Isu liabiliti berkisarkan kepada tort kecuaian dalam pengawalan ataupun pemanduan sesuatu kenderaan yang mengakibatkan suatu kecelakaan jalanraya, dimana dalam mana-mana kecelakaan jalanraya mesti wujud kecuaian major dan kecuaian minor yang boleh menyumbangkan kepada kejadian tersebut. Justeru itu mana-mana pihak yang diputuskan bertanggungan terhadap liabiliti dalam suatu kemalangan hendaklah membayar jumlah wang pampasan berdasarkan kepada tahap dan/atau takat mana peratusan tanggungan liabiliti yang diputuskan oleh Mahkamah ke atasnya.


Sementara itu nilai gantirugi pula dinilaikan berdasarkan kuantum yang diputuskan oleh Mahkamah berdasarkan kepada bukti seperti laporan pakar, laporan perubatan, resit dan bil perubatan. Oleh kerana Malaysia mengamalkan sistem undang-undang mengikut common law maka keputusan kes di Mahkamah Tertinggi seperti Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Tinggi akan mengikatkan semua keputusan yang dibuat oleh Mahkamah Rendah seperti Mahkamah Sesyen dan Mahkamah Majistret. Justeru itu mesti wujud perbezaan dan perubahan secara mendadak terhadap keputusan di Mahkamah Tertinggi setiap minggu dan bulan, oleh itu nilai pampasan untuk kecederaan akan sentiasa bergerak dan berubah setiap minggu dan bulan mengikut keputusan kes terkini. Secara mudahnya nilai pampasan itu bukanlah sesuatu yang bersifat statik sebaliknya bersifat dinamik yang boleh berubah menjadi tinggi ataupun rendah berbanding sebelumnya dan tidak semestinya ia mesti bergerak maju ke hadapan tetapi ia boleh juga mengundur ke belakang mengikut penghakiman yang diputuskan oleh seseorang Hakim di Mahkamah Tertinggi itu. Dalam isu ini saya mengambilkira kecederaan patah tangan dan patah kaki yang begitu popular dan ketara dalam kes tuntutan kemalangan jalanraya sebagai berbandingan dan rujukan.


A. Humerus (Tulang Lengan)

Nilai pampasan yang pernah dianugerahkan untuk kecederaan ini adalah RM4,500 - RM22,000.00 berdasarkan kepada autoriti kes seperti berikut:-

1. Kes Mamat bin Deraman vs Mastapa bin Awang Teh (1977) 1 MLJ lxxix-
RM4,5
00.00 for fracture of humerus with disabilties and osteoarthritis

2. Kes Jamal Abdul Nasir b. Mohamed Kasbi vs Lim Siew Huay (2001) MCL (Feb)
para 135 -
S$12,000 for closed fracture of humerus

B. Radius and Ulna (Tulang Tangan)

Nilai pampasan yang pernah dianugerahkan untuk kecederaan ini adalah RM5,000 - RM35,000.00 berdasarkan kepada autoriti kes seperti berikut:-

1. Kes Law Ping Ee vs Fan How Choong (1980) 1 MLJ xlvi-
RM5,0
00 for fracture of right radius and ulna

2. Kes Teong Ai Meng vs Tan Boon Seng & Anor (2000) MCL (Dec) para 944 -
S$22,000 for fracture of radius and ulna

C. Femur (Tulang Peha)

Nilai pampasan yang pernah dianugerahkan untuk kecederaan ini adalah RM6,000 - RM35,000.00 berdasarkan kepada autoriti kes seperti berikut:-

1. Kes Mohamed Sharif vs Abdul Aziz (1981) 1 MLJ clxxxii-
RM6,0
00 for fracture of upper one-third of shaft of femur, fixed with metal plate and pin,
8" surgical scar left thigh, restriction of movement of left knee and hip.


2. Kes Saifuddin bin Sulaiman vs Soh Eng Wah (2001) MCL (May) para 427 -
S$23,000 for open fracture of left femur with internal fixation.

D. Tibia and Fibula (Tulang Keting)

Nilai pampasan yang pernah dianugerahkan untuk kecederaan ini adalah RM10,000 - RM40,000.00 berdasarkan kepada autoriti kes seperti berikut:-

1. Kes Nazar Singh vs Abdul Aziz bin Osman (1977) 1 MLJ lxxx-
RM10,0
00 for fracture of upper 1/4 of left tibia and fibula and fracture of the lateral
condyle of the left tibia.


2. Kes Engketerama a/l Ramasamy vs Zulkifly bin Johari (2000) MCL (Sep) para
696 -
RM30,000 for compound fracture of tibia and fibula with scar and laceration.


Saya sengaja merujuk kepada autoriti kes di Mahkamah Republik Singapura sebagai perbandingan kerana nilai kuantum di republik itu selalunya diawardkan lebih tinggi jumlahnya berbanding dengan nilai kuantum di negara ini. Sekarang mari kita melihat contoh mudah untuk anda memahami bagaimana isu liabiliti boleh memberi impak dan kesan negatif nilai kuantum gantirugi dalam suatu kes kemalangan jalanraya.

Plaintif pada masa kejadian memandu jalan 1 dan beliau ingin bergerak terus ke hadapan, apabila sampai di simpang 2, tiba-tiba m/kar Defendan keluar dari simpang tersebut dan menghalang jalan sah Plaintif , dimana akhir telah menyebabkan kemalangan. Dalam kemalangan ini Plaintif mendapat cedera patah tulang femur. Diakhirnya perbicaraan Mahkamah memutuskan Defendan bertanggungan terhadap liabiliti 100% kerana Plaintif dapat membukitkan bahawa kemalangan itu terjadi disebabkan kecuaian Defendan yang keluar dari simpang secara merbahaya.

Plaintif telah dianugerahkan pampasan RM30,000 untuk kecederaan patah tulang femur tersebut. Oleh kerana itu Defendan perlulah membayar jumlah keseluruhan pampasan RM30,000 itu kerana Mahkamah mendapati beliau bertanggungan terhadap liabiliti 100% dalam kemalangan tersebut. Bagaimanapun sekiranya Mahkamah memutuskan bahawa Defendan hanya bertanggungan 80% terhadap liabiliti dan bakinya 20% ditanggung oleh Plaintif, maka Defendan hanya perlu membayar jumlah pampasan berdasarkan kepada 80% daripada nilai RM30,000 yang dianugerahkan kepada Plaintif iaitu RM24,000 sahaja.

Pada masa kini keadaan iklim ekonomi dunia dan negara kurang memuaskan. Keadaan ini banyak menjejaskan mutu hidup manusia dan keupayaan kewangan mereka, ini tidak terkecuali memberi kesan kepada buruk kepada syarikat multinasional. Keadaan yang tidak menentu ini telah menjejaskan nilai pampasan untuk kecederaan dalam kes kemalangan, dimana terdapat kecenderungan penurunan nilai untuk jumlah pampasan tersebut yang ketara pada masa kini.












Comments

  1. mantap2.. nanti den copy paste kat fb den k.. hehehe

    ReplyDelete
  2. Info yang sgt2 bagus..Tapi sy nak tahu bagaimana pula pampasan untuk patah tulang rusuk. 8 tulang rusuk.

    Ceritanya bgini.... Kejadian berlaku pd jam 5pagi 31 Ogos 2012. Ada sebuah myvi rosak di tgh2 jln (di lane 2).Terdapat 3 lane.Suami sy berhenti di lane 1 dan di hadapan myvi tersebut untuk menbantu. Setelah diberitahu lori tow sudah otw,suami sy pun ke kereta (avanza).Tiba2 dtg sebuah Alphard dari belakang merempuh myvi dan Avanza sekali gus! Yang mencemaskan suami sy berada diantara Myvi n Avanza.Syukur dia masih dipanjangkan umur,hanya dirempuh myvi dan mengalami patah 8 tulang rusuk serta luka2 di seluruh badan.Namun kesannya hingga kini,suami sy sering sakit kaki tak boleh mencangkung,duduk tahiyat akhir ketika solat pun xboleh.klu duduk lama,dah bangun mesti tehencut2..Hmm..Jadi,berapakah anggaran pampasan bagi kes suami saya ini? Mohon pandangan~

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Puan Nurul,

      Proses pertama yang paling penting untuk memberi justifikasi terhadap pampasan bagi suatu kecederaan adalah mendapatkan laporan perubatan. Bagaimanapun laporan perubatan initial ini tidaklah menyentuh mengenai gejala, kesukaran & kecacatan yang dialami oleh suami puan akibat kecederaan dalam kemalangan tersebut.

      Biasa apabila pihak kami mengendalikan kes melibatkan kecederaan patah, kami akan merujuk client kami untuk pemeriksaan menyeluruh pakar ortopedik selepas sekurang-kurangnya 9 bulan dari tarikh kemalangan untuk penilaian, pemeriksaan dan pengesahan mengenai kecederaan, keadaan fizikal, kemampuan otot, kekuatan anggota, gejala, kecacatan & pandangan pakar untuk membaiki kerosakan & kecacatan tersebut.

      Saya tidak boleh membuat mengandaikan apakah jumlah yang adil untuk kecederaan suami puan. Bagaimanapun untuk kepatahan tulang rusuk terdapat banyak autoriti yang mengawardkan nilai sebanyak RM800 (minima)- RM3,000.00 (maksima) untuk setiap kepatahan tulang rusuk (rib). Manakala untuk luka-luka luaran (soft tisue injury) pula adalah bermula dari RM500(minima)- RM3,000.00 (maksima)bergantung kepada luas, besar dan dalam luka-luuka tersebut.

      Delete
    2. assalamualaikum.. sy nak tanya pasal pampasan kemalangan kereta dengan Lori pasir.
      sy kemalangan pada Nov 2015. kejadian berlaku dr pihak lori pasir tersebut.. lori itu tercabut tayar & lori hilang kawalan & masuk lane kereta sy dah merempuh kereta..
      saya mengalami patah tulang paha kiri & lutut kanan sy terpusing ke tepi. skrang dalam tulang paha saya ada besi kekal. lutut kedua belah hanya boleh bengkuk 90degree sahaja. sembahyang pun mmg guna kerusi.. tak boleh nak duduk tahiyat dan bersila.. toilet pun mmg tak boleh guna yang cangkung.. kena prepared untuk toilet duduk ja..

      mohon penjelasan.. terima kasih

      Delete
  3. Salam..saya pernah terlibat dalam kamalangan yg mengakibatkan collar-bone fracture(sebelah kanan). Kes telah di sebut di mahkamah dan saya 100% tidak bersalah dan di putuskan sebanyak Rm19,000 sebagai pampasan.

    Setelah 2 tahun menunggu dan dipanggil oleh pihak lawyer yang mewakili saya, alangkah tersebut saya cuma berhak mendapat Rm 7,000 sahaja dari jumlah keseluruhan. Berbagai2 potongan yg tidak masauk akal ( kos baiki motosikal berjumlah Rm5,000 juga dikatakan sebagai potongan sedangkan setahu pemahaman saya kos tersebut sepatutnya di tanggung oleh pihak insurance) dikenakan. Saya berasa tertipu dan dimainkan oleh pihak peguam yang mewakili saya ..Dimanakah tempat aduan yang boleh saya rujuki utk permasalahan saya ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. SALAM EN. BOLEH SY TAHU MACAMANE KES EN? SUAMI SY PUN MENGALAMI KES YG SAMA SKRG,

      Delete
    2. Sya pun berlaku sama.. kes mahkamah 27k..tpi loyer ckp sye berhak dpt 11k jer.tolong bgi pencerahan...

      Delete
    3. Sya pun berlaku sama.. kes mahkamah 27k..tpi loyer ckp sye berhak dpt 11k jer.tolong bgi pencerahan...

      Delete
  4. Assalamualaikum,saya nak tanya,adik saya ada sorang ni accident then patah femur,accident berlaku lebih kurang macam ni

    -Plaintif pada masa kejadian memandu jalan 1 dan beliau ingin bergerak terus ke hadapan, apabila sampai di simpang 2, tiba-tiba m/kar Defendan keluar dari simpang tersebut dan menghalang jalan sah Plaintif , dimana akhir telah menyebabkan kemalangan. Dalam kemalangan ini Plaintif mendapat cedera patah tulang femur.

    -tetapi kes adik saya lain sedikit ada sebuah van parking di tepi jalan,dan secara tiba2 nya van itu keluar tanpa signal dan disebabkan kejadian itu adik saya mengalami patah femur ,adakah salah adik saya juga ?

    -Bagaimana cara nak dapat kan duit pampasan itu ? adik saya accident 16.3.2012 dan naik makhamah pada 10.4.2013 ini,jikalau pihak adik saya menang kes itu,duit pampasan itu deberikan pada hari itu juga atau apa ? adakah cash atau check ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam saudara remy kaizo, blh saya tahu, adik saudara menang x kes tu? duit pampasan sudah dpt kah?
      saya juga terlibat accident oktober 2011 akn naik mahkamah 28 Mei 2013 ini.. sbb tu saya tnya mcm mn kes adik saudara..

      Delete
    2. Diberi check pada lawyer,atas nama adik anda...

      Delete
    3. Diberi check pada lawyer,atas nama adik anda...

      Delete
    4. askum.tumpang tnya utk kes patah tngan ...masuk besi... brpe lme agaknya pling lame kes ni berjalan....peguam ckp tgu tempoh matang sethun...sesape ade pengalaman


      Delete
  5. Contoh yg sama mcm kes sy kereta lintas jln sy 3mei br ni. patah femur. soalnya pampasan dibayar oleh syarikat insuran kereta defendan atau defendan sendiri yg bayar? Dlm kes sy ni defendan tgh belajar di univesiti so xada fulus.

    ReplyDelete
  6. tima kasih atas info ni..lame jugak ye nak dapat tuntutan ni ..mahu dkt 2 ye?..ish susah nya insuran ni .. saya pun baru xcident patah tulang tibia.. pda 4 mei 2013..tp xtahu tahap ke bape .. skg ni da masuk 3 bulan bersimen..

    ReplyDelete
  7. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum Tuan..
    sy excident motor smase otw prgi kerja pd ogos 2012 mnyebabkan saya koma sekejap akibat kecederaan kepale dan pendarahan otak sebelah kiri dan kne operate kpale ni..di samping tu sy patah tulang selangka kanan,kecederaan mata smpaikan pandangan pon xbetol tp skrg dh bransur pulih cume mate akan kabur bile letih,dan pndarahan dalam telinga mnyebabkan ade sikit pekak…smpai skrg urusan sy utk claim dgn socso xsettle2 lg..akan dtg bru jmpe jemaah dkter utk claim hilang upaya tp utk bhgian patah bahu dhulu..agak2 tuan lh brape percent sy layak dapat memandangkan dh setahun lebih lpas excident..agak2 brape pampasan sy layak dapat?

    ReplyDelete
  9. Salam.. berapa anggaran pampasan utk tumit retak... calcaneum plate...
    Tq

    ReplyDelete
  10. Says mengalami kemalangan dua tahun lepas and still dlm pembicaraan skrg. Tibia and fibula patah kedua duanya. Brapa anggaran sy perolehi? tq

    ReplyDelete
  11. Bagaimana pula kemalangan yg mengakibatkan kecederaan kepala? Menyebabkan mangsa tidak lg normal sehingga dirujuk pd pakar psikiatri?

    ReplyDelete
  12. Saya patah tulang jari kaki kiri..metatarsal.. Hr dh claim sosco.. Rsa2 blh dpt brapa ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kes makamah ke bro dapat pampasan berapa? Kes sy sama tulang jari kaki no 2 tulang tengah-tengah patah sebelah kiri tungu makamah lagi ni

      Delete
  13. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  14. Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
    2. Sya pernah patah 4jari kecuali ibu jari n 100% menang kes..satu jari dpt rm4k so total rm16k..lawyer ambil 25% dri situ so sya dpt dlm rm12k mcm tue jer..

      Delete
    3. itu awk dh kne tipu lowyer mkn 20% tak ade low mkn 25% sy loyer sy ade bukti yang loyer boleh mkn hnye 20% sahaje contoh:-klw abg dpt 10,000 abg kne bagi loyer hnye 2,000 shj

      Delete
    4. 20% tu dh termasuk dengan cas kite pergi ke dokter pakar tulang ker

      Delete
    5. This comment has been removed by the author.

      Delete
  15. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  16. Saya patah tulang bahu kanan dan luka berjahit di muka dan luka biasa di kaki termasuk lutut.

    Berapakah anggaran pampasan yang saya boleh dapat?

    Bolehkah saya saman polis yang melanggar saya walaupun dia tidak mahu membayar saman diatas report polis yang telah dia buat.kes berlaku pada saya 9 april 2015.

    No tel wasap saya 0102074091

    ReplyDelete
    Replies
    1. Try berurusan dgn abdul rahim & co.
      Diorg buat kerja ok..

      Delete
    2. Salam puan..ada contact no rahim & co? T. Kasih

      Delete
    3. Salam puan..ada contact no rahim & co? T. Kasih

      Delete
    4. Saya pon berurusan dengan rahim & co. Cuma berapa lama ya masa diperlukan utk dpt pampasan? Kes saya dah mng 9 september 2017. Tapi smpai sekarang tak ada berita lagi

      Delete
  17. kalau kehilangan 4 jari kaki kanan dan patah tangan di pergelangan tangan berapa..di pergelangan tangan ada plet besi..kaki kanan 2 tidak boley berfungsi seperti dulu

    ReplyDelete
    Replies
    1. abg ade fait kes klw blom fait abg blh kol sy untuk amik kes abg hanye kami mkn 20% je standad loyer then kes abg loyer akn fait smpai lulus abg x perlu keluar duit 1 sen pwn
      klw abh rase nk fait kes blh kol sy di talian 01123533279

      Delete
  18. bro... adik saya kemalangan jalanraya setahun setengah yg lalu...dimana.. adik saya membonceng motosikal... dan melanggar sebuah kereta yg masuk simpang secara melulu..kecederaan, patah tulang peha (masuk besi), luka2 dimuka
    dan kes masih dalam perbicaraaan...
    peguam ajak settle luar mahkamah dgn pampasan 35k..adakah berbaloi atau tidak..
    dalam 35k yg diorang nk bayar tu..
    adik saya perlu bayar kos guaman..mungkin 8k-12k.. mohon pandangan.. saya pon x pandai bab2 pampasan n guaman...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bro..setiap kecederaan tulang atau anggota anggaranye telah dtentukan oleh mahkamah..pguam ambik 20% dpd pampasan sekiranye menang..sye pth tulang blkg hnya dpt 25k shaja.

      Delete
    2. Bro..setiap kecederaan tulang atau anggota anggaranye telah dtentukan oleh mahkamah..pguam ambik 20% dpd pampasan sekiranye menang..sye pth tulang blkg hnya dpt 25k shaja.

      Delete
  19. Sy start submit borang pada bulan 1 tahun 2016,smpai skrg masih blom dapat sebarang berita..huhh

    ReplyDelete
  20. tahun lepas sya kemalangan dengan moto ,sy yg terlanggar dia sebb dia kluar secara tiba2,dia masih budak lagi bru 13 thun,moto dia xde insuran dgn road tax mati,sebab excdnt tu kaki dia patah saja,saya pulak patah tulang hidung dgn tulang kepala, retak tangan,esok pulak kena naik mahkamah sebab kes excdnt tu..
    agak2 dapatkah saya insuran tu?

    ReplyDelete
  21. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  22. Saya mengalami patah kaki fibula&tibula pada sebelah kiri disebabkan kemalangan motor...saya diberi cuti 3 bulan...sepanjang masa itu,hanya bulan pertama sya dibayar gaji penuh,dan bakinya tidak dibayar...bolekah saya tuntut gaji yg tidak dibayar itu??dan betulkah saya akan dibayar 10k keatas berdasarkan tahap kecederaan saya...??harap boleh diberi pencerahan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dh Dpt xtuntutan....sy pom patah tibia dan fibula jgk.

      Delete
  23. Assalam Tuan,sy mengalami kemalangan ketika pulang dari kerja mengakibatkan patah tgn kiri(radius),adakah perlu dimaklumkan pada socso @ jemaah doktor kerana sy seorang kidal..terima kasih

    ReplyDelete
  24. Assalam Tuan,sy mengalami kemalangan ketika pulang dari kerja mengakibatkan patah tgn kiri(radius),adakah perlu dimaklumkan pada socso @ jemaah doktor kerana sy seorang kidal..terima kasih

    ReplyDelete
  25. bagaiaman pula kemalangan yang melibatkan patah 3 jari dan putus 1 jari..berapa pampasan yg selalu diberikan..adakah berbaloisetel luar mahkhamah insuran bayar rm10k sahaja dan bayar lawyer 30%..kalau lawyer tipu ambil 30% apa perlu saya lakukan..URGENT..harap dapat reply pertanyaan saya..

    ReplyDelete
  26. bagaiaman pula kemalangan yang melibatkan patah 3 jari dan putus 1 jari..berapa pampasan yg selalu diberikan..adakah berbaloisetel luar mahkhamah insuran bayar rm10k sahaja dan bayar lawyer 30%..kalau lawyer tipu ambil 30% apa perlu saya lakukan..URGENT..harap dapat reply pertanyaan saya..

    ReplyDelete
  27. Assalamualaikum puan,

    Berdasarkan kes terkini jumlah pampasan patah untuk sebatang jari adalah RM3000. Manakala putus jari bergantung kepada kedudukan jari itu,jumlah dari RM8000-RM13000.Jumlah munasabah untuk kes puan adalah lebih RM20,000++.

    Penipuan peguam pula terjadi apabila peguam mengambil atau mengenakan caj yuran 30% itu bersama-sama dengan caj-caj tambahan lain yang sebelum ini tidak pernah dipersetujui atau diberitahu kepada pelanggan.

    Bagaimanapun sekiranya dia cuma mengambil bahagiannya 30% sebagai yuran dan kos, ini bukan penipuan tetapi perlaksanaan perjanjian.

    Salah laku peguam boleh diadukan kepada pihak PDRM bahagian siasatan jenayah komersial, SPRM, Majlis Peguam dan persatuan-persatuan pengguna untuk pembelaan dan menjamin hak. sekian, terima kasih.


    ReplyDelete
  28. assalamualaikum. it is possible to award exemplary damages in medical negkigence? what's your opinion about that?

    ReplyDelete
  29. please read.. need your opinion. :)

    ReplyDelete
  30. Salam.. baru2 ini saya ada mengalami kemalangan ketika hendak ke tempat kerja.. sya hanya mengalami kecederaan luar di bahagian kaki kiri dan lebam kaki kanan. Sya juga mengalami kecederaan di muka dan bibir yg meninggalkan bekas... jika begini boleh tak saya nak claim socso juga? ataupon ia hanya kecederaan biasa.. tapi kecederaan di muka dan mulut tuh buat sya rasa sedikit stress takot tak hilang dan meninggalkan parut kekal...

    ReplyDelete
  31. Asalammualai.. Boleh sy bertanya jika seseorang terlangar babi ketika ianya pulang dari keje dan mengakibatkan patah tulang bahu. Bagaimana cara untuk mengatasi masalah ini ataupun cara2 hendak membuat pampasan di pejabat pakeso

    ReplyDelete
  32. Asalammualai.. Boleh sy bertanya jika seseorang terlangar babi ketika ianya pulang dari keje dan mengakibatkan patah tulang bahu. Bagaimana cara untuk mengatasi masalah ini ataupun cara2 hendak membuat pampasan di pejabat pakeso

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bole.. Klau jika pulang dr tmpt kerja.. Berhubung dgn HR anda..

      Delete
  33. Salam tuan karlz kampau saad ni sy memerlukan pandangan tuan....saya mengalami krmalangan yg agak teruk yg mana sy mengalami patah kaki kanan dan tulang selangka di bahu.kaki saya mengalami kepatahan tibia fibula gred b (111) luka terbuka dan dijangkiti kumn mrsa selama 4 bln sy berada di wad tanpa memasukkan plete atau besi didlm.setelah hampir 9 bulan br sy bole berjalan sedikit..dan tulang bercantum.pd 19.06.17 syarikat insuran ofer sebanyk 60k...berbaloi ke tuan sy ambil pampasan tersebut atauperlu lawan di mahkamh.kes 100 peratus mmg menang aper pendapat tuan plzzz

    ReplyDelete
  34. Salam tuan karlz kampau saad ni sy memerlukan pandangan tuan....saya mengalami krmalangan yg agak teruk yg mana sy mengalami patah kaki kanan dan tulang selangka di bahu.kaki saya mengalami kepatahan tibia fibula gred b (111) luka terbuka dan dijangkiti kumn mrsa selama 4 bln sy berada di wad tanpa memasukkan plete atau besi didlm.setelah hampir 9 bulan br sy bole berjalan sedikit..dan tulang bercantum.pd 19.06.17 syarikat insuran ofer sebanyk 60k...berbaloi ke tuan sy ambil pampasan tersebut atauperlu lawan di mahkamh.kes 100 peratus mmg menang aper pendapat tuan plzzz

    ReplyDelete
  35. Salam tuan karlz kampau saad ni sy memerlukan pandangan tuan....saya mengalami krmalangan yg agak teruk yg mana sy mengalami patah kaki kanan dan tulang selangka di bahu.kaki saya mengalami kepatahan tibia fibula gred b (111) luka terbuka dan dijangkiti kumn mrsa selama 4 bln sy berada di wad tanpa memasukkan plete atau besi didlm.setelah hampir 9 bulan br sy bole berjalan sedikit..dan tulang bercantum.pd 19.06.17 syarikat insuran ofer sebanyk 60k...berbaloi ke tuan sy ambil pampasan tersebut atauperlu lawan di mahkamh.kes 100 peratus mmg menang aper pendapat tuan plzzz

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalam nk tnya...dh dpt x tuntutan tu?..sy pom ada kmalangan patah tulang tibia dan fibula jgk.

      Delete
  36. asalamualaikum encik karl,saya mengalami kemalangan bulan 10 tahun lepas.kemalangan tersebut menyebabkan kecederaan yang dialami oleh saya agak serius.Saya ingin tahu nilai yang sepatutnya saya tuntut.
    kecederaan saya ialah :
    1)patah tulang peha di masuki besi
    2)patah tulang pinggul dan punggung disebelah kanan
    3)jahitan di perut yang panjang dalam 30 jahitan
    4)luka luka kecil
    5)3 tempat yg berjahit kecil
    6) memgalami pengsan sewaktu kemalangan
    7)bila diukur kaki pendek sebelah 2 inci
    kemalangan 100% boleh menang
    harap pihak encik boleh memberi pertolongan tentang kadar yang boleh saya perolehi,terima kasih
    aizatnajmi43@gmail.com

    ReplyDelete
  37. Askum karlzkampau..saya nak tanya berapa sebenarnya standard caj loyer utk handle satu kes..kes sy accidnt melibat seorang anak sedara meninggal dan sy patah tulang T9..pihak lawyer suggest sy ambik offer 85k dri insurans..
    Caj lawyer sepatugnya berapa percent??dari segi perbelanjan kos,gst dan legal fee sy kena tanggung betul ke??lawyer caj 25%sebab sy telah ambik advance lebih kurang 10k.
    Minta pandangan

    ReplyDelete
  38. Slm..nk tny jika patah tulang selangka..anggaran berapa dapat?kemalangan di langgar dari belakang

    ReplyDelete
  39. Assalamualaikum, ingin pencerahan . 20% kos lawyer adakah termasuk dengan kos pakar tulang . Sekian terima kasih

    ReplyDelete
  40. Assalamualaikum sedikit perkongsian, pada 3/8/2017 suami saya kemalangan dan alami patah peha kami pernah melantik loyer dari sentul melalui agen dihospital. selepas 4 bulan saya dinasihatkan oleh jiran yg juga terlibat dlm kemalangan untuk menukar peguam. ini kerana jiran saya yg baru 1 1/2 bulan kemalangan telah mendapat surat sebutan kes. manakala suami saya diminta tunggu 6 - 7 bulan baru kes akan didaftarkan. setelah kami melantik loyer di Botanic Klang saya berpuas hati sangat kerana wakil peguam klang dtg memberi penerangan penuh dari A - Z, kami terus membatalkan loyer sentul. dalam masa 1 bulan, saya terima surat sebutan kes yg pertama dan setiap bulan berterusan , sekarang kes suami saya sudah pun selesai pada bulan Jun,18’ hanya 10 bulan sahaja. dengan pampasan 68k. setelah potongan 20% dan bill2 lain, tanpa pinjaman peribadi baki saya dapat bersih RM51’800.00.
    saya rasa amat berbaloi.

    ReplyDelete
  41. Assalamualaikum .. Maaf , sekadar bertanya .. Boleh atau tidak untuk claim socso atau sebarang tuntutan lain jika trlibat dlm kemalangan smsa pulang dri kerja walaupon hanye bru 2 hari sje mula berkrja ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalu xsalah saya bole.socso cover kalau compny sebelum ni pernah carum.

      Delete
  42. Salam, mana penilaian lebih banyak, patah atau retak, tq

    ReplyDelete
  43. Salam..sy nk tanya kes sy..pd 31/1/2019 sy keluar dr hospital melalui susur kiri . Ada sebuah kereta parking di jln susur itu. Sy tidak tahu ada pemandunya di dlm. Secara tiba2 pemandunya membuka pintu dan teru keluar. Sy terlalu dekat dan tidak sempat membrek tetapi sy cuba mengelak dn terlanggar sedikit pemandu. Pemandu itu hanya cedera ringan tetapi sy jatuh terseret bersama motorsikal sy. Sy cedera patah tangan kiri,patah tulang pipi kiri,retak ibu jari kiri,bahu kanan koyak otot2 dan tidak boleh diangkat bahunya serta luka2 di kaki, lutut n tangan. Berapakah pampasan sy mungkin dapat ? Harap dpt membantu dn terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masa utk penyembuhan antara 2-3 bulan

      Delete
    2. Hi. Boleh saya tahu Kes kemalangan anda sudah selesai atau Belum? Jika belum selesai saya boleh Bantu anda. Sila beri nombor contact anda untuk saya memberi penjelasan lanjut. Tq

      Delete
  44. Saya baru kemalangan motosikal ...dilangar seorang penungang motosikal yang keluar simpang.saya mengalami patah dua tulang betis Dan patah tulang peha..kebiasaan berapa jumlah tuntutan yang diperolehi bagi kes macam saya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi. Boleh saya tahu Kes kemalangan anda sudah selesai atau Belum? Jika belum selesai saya boleh Bantu anda. Sila beri nombor contact anda untuk saya memberi penjelasan lanjut . Tq.

      Delete
  45. salam.saya mengalami kemalangan dan patah metatarsal 2,3,4,5. Pembedahan memasukkan k wire telahdibuat dan saya sekarang dalam tempoh MC.saya telah melanggar lori yang parking dilorong kecemasan tanpa meletakkan sebarang tanda amaran. pihak polis tidak menyabitkan saya salah dalam kes ini. berapa anggaran tuntutan yang munasabah boleh saya peroleh?

    terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi. Boleh saya tahu Kes kemalangan anda sudah selesai atau Belum? Jika belum selesai saya boleh Bantu. Sila beri nombor contact anda untuk saya memberi penjelasan lanjut. Tq.

      Delete
  46. Jika patah jari kaki brape pampasan nya?

    ReplyDelete
  47. Kalau xcident hilang deria bau berapa pampasan

    ReplyDelete
  48. Sy mengalami kecederaan semasa kemalangan pergi ketempat kerja,dan diberi MC 6 bln..jenis kecederaan Open Fracture Calceneus..dan dapat 7 jahitan pada luka di bawah buku lali kiri..dan di pasang 3 biji key wyre sepanjang 3cm sebagai bresshing..sekarang sudah mula kerja tetapi setiap pergerakan masa kerja sangat2 lah perit untuk melangkah...duduk,berdiri, berjalan lebih dari 15-30min sahaja keatas,mula ler datang rasa sakit,ngilu,kebas,berjalan tak seimbang..apalagi kwsn kerja banyak tunggul kayu..Agak2 berapa pampasan claim untuk Huk

    ReplyDelete
  49. Saya nak tanye tulang rusuk sye retak...jatuh mase bekerje.. Agak2 berape pampasan yg sye dpt ye?? Nk tahu sbb bos sye xnk buat report... N die nk byr tepi dgn sye

    ReplyDelete
  50. Hello.. Sya nk tanya klu peha kaki patah disbb kan berlanggar haiwan di atas jalan raya brpa pampasan sya dapat ye atas sya nk clim untuk insurans pensendrian..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sila rujuk polisi insuran anda untuk menyemak kelayakan, kadar dan jumlah pampasan

      Delete
  51. Berapa agak2 boleh claim untuk retak tulang kedua-dua tangan dan 11 jahitan dibahagian dahi? Bahagian dahi koyak

    ReplyDelete
  52. Assalammualaikum,,sya ingin bertanya dan ingin tahu tentang apakah saya boleh buat tuntutan di atas kepatahan tulang belakang dan tulang pinggul sebelah kanan saya,,di sebabkan saya terlibat satu kemalangan jalan raya pada 01.06.2020 pada jam lebih kurang jam8 malam...
    Cuma inginkan pendapat daripada yg berpengatauhan..
    Terima kasih

    ReplyDelete
  53. Salam... Saya ingin bertanya satu soalan...saya patah jari manis sebelah kiri adakah saya boleh claim sebagai cacat kekal?

    ReplyDelete
  54. Salam, tanya sikit kes saya eksiden moto berlangar dengan kereta vios saya patah tulang toe phalanges jari kaki no 2 sebelah kiri di hadap ke makamah sudah ada lowyer ambil kes sy dekat-dekat 3 tahun juga tungu kes ni sampai sekarang baru kes berjalan agak-agak dapat pampasan insurans berapa ye ?

    ReplyDelete
  55. Salam..saya nak tanya..sy kemalangan..cedera patah pada pergelangan tangan..sehingga kini..tangan saya sebelah kanan ini tidak dapat berfungsi dengan baik..secara am nya doctor cakap ianya cat kekal..berapakah kadar pampasan yang boleh saya dapat dari kecederaan ini..adakah sama sepertivyg tertera di atas..

    ReplyDelete
  56. Asslmualaikm anggaran klam insurans untk tulang pipi kiri patah berapa

    ReplyDelete
  57. Salam sy mengalami kemalangan pada 04/11/2019 sye mengalami kecederaan pada bahagian muka, telinga blh kanan tidak blh mendengar, baby kanan patah berapa lah angaran yg Akan ditentukan open pihak mahkamah?

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Kriteria Utama Dalam Pengiraan Award Pampasan

PERINCIAN FEE GUAMAN DAN KOS TINDAKAN.