Posts

Showing posts from July, 2016

FAHAMILAH DULU INSPIRASI KARLZ KAMPAU

Marilah kita hidup sebagai muslim, beramal, bekerja, berkomunikasi dan berinteraksi juga sebagai muslim. Islam mendidik dan memberi  kita panduan dan tatacara hidup sebagai muslim, bukan hanya kepada imej luaran dan pemakaian semata-mata. Tapi Rasullah telah memberi guideline, panduan, nasihat dan contoh kepada semua aspek kehidupan termasuklah bidang komunikasi, adap dan etika, sosialogi, politik, bisnes, kepimpinan, peperangan dan ketenteraan. Islam bukan semata-mata hubungan dengan Allah SWT, tetapi juga hubungan dan menjaga kepentingan manusia sejagat.
Saya tidak menolak untuk berkerjasama dengan sesiapapun yang boleh memahami inspirasi dan menyokong objektif serta matlamat perjuangan saya. Saya percaya Rasulullah SAW telah memberi panduan, contoh, tauladan dan etika dalam sektor perkhidmatan dan perniagaan. Apa yang saya fahami kita wajib memberi perkhidmatan atau menawarkan perniagaan dengan tujuan utama untuk kebaikan masyarakat dan keredhoan Allah, bukan demi untuk menjaga ke…

RINGKASAN MUDAH BAGAIMANA PAMPASAN ANDA DITAKSIRKAN DALAM ISU LIABILITI DAN KUANTUM

Image
Persoalan popular yang sering diajukan oleh pembaca kepada saya berkisar dan berkaitan kepada berapa nilai pampasan yang adil, musabah dan patut mereka terima untuk kecederaan akibat kemalangan. Tapi mereka tidak pula ambil peduli berkaitan kepentingan transaksi dan perjanjian bertulis untuk pemotongan yuran guaman. Majoriti pembaca yang menghubungi saya memberitahu mereka tidak dibekalkan surat jaminan untuk pemotongan yuran oleh peguam dan mereka sendiri tidak tahu berapa jumlah pemotongan itu. Tapi mereka sangat bimbang kalau award pampasan kecederaan yang ditawarkan itu lebih rendah dari nilai pasaran semasa. 
Persepsi ini adalah satu persepsi yang salah, nilai pampasan kecederaan walaupun bukan bersifat tetap tetapi anjal, ianya masih dibuat atau setidak-tidak ditaksirkan dalam skala yang munasabah berdasarkan kepada kes-kes semasa yang dibicarakan pada semua peringkat mahkamah dari yang tinggi Mahkamah Persekutuan sehinggalah mahkamah rendah seperti Mahkamah Majistret. 
Saya telah…

KENAPA KARLZ KAMPAU? APA OBJEKTIFNYA

Sudah agak lama saya tidak berkesempatan dan mempunyai masa untuk menulis artikel terbaru atau mengemaskini blog saya. Seiring dengan bertambahnya usia, begitu juga tanggungjawab dan komitmen saya kepada kerjaya dan keluarga. Rutin dan jadual kerja saya begitu padat sehingga kadangkala terlajak sehingga ke hari minggu, walaupun isteri saya begitu memahami kerja dan kesibukan saya, namun kadangkala dia juga meluahkan rasa dan keprihatinannya bahawa saya perlu berehat untuk mengumpulkan kekuatan dan kecerdasan. 
Sejak dulu lagi saya kerap disapa dan ditanya oleh pembaca, mereka keliru dengan nama pena saya Karlz Kampau. Paling lucu ada yang menyangka saya bukan orang melayu dan beragama islam. Tapi saya tidak pernah menjawab atau sekurang-kurangnya memberi maklum balas kepada pertanyaan dan persoalan itu. Tetapi apabila semakin kerap pertanyaan serupa berulang dan berputar dari seorang pembaca kepada pembaca yang lain, akhirnya memilih untuk menjawab pertanyaan anda semua dalam penulisan…