FAHAMILAH DULU INSPIRASI KARLZ KAMPAU


Marilah kita hidup sebagai muslim, beramal, bekerja, berkomunikasi dan berinteraksi juga sebagai muslim. Islam mendidik dan memberi  kita panduan dan tatacara hidup sebagai muslim, bukan hanya kepada imej luaran dan pemakaian semata-mata. Tapi Rasullah telah memberi guideline, panduan, nasihat dan contoh kepada semua aspek kehidupan termasuklah bidang komunikasi, adap dan etika, sosialogi, politik, bisnes, kepimpinan, peperangan dan ketenteraan. Islam bukan semata-mata hubungan dengan Allah SWT, tetapi juga hubungan dan menjaga kepentingan manusia sejagat.

Saya tidak menolak untuk berkerjasama dengan sesiapapun yang boleh memahami inspirasi dan menyokong objektif serta matlamat perjuangan saya. Saya percaya Rasulullah SAW telah memberi panduan, contoh, tauladan dan etika dalam sektor perkhidmatan dan perniagaan. Apa yang saya fahami kita wajib memberi perkhidmatan atau menawarkan perniagaan dengan tujuan utama untuk kebaikan masyarakat dan keredhoan Allah, bukan demi untuk menjaga kepentingan diri sendiri serta mengumpul kekayaan semata-mata. Kita mesti beriman dan percaya sepenuhnya bahawa rezeki kita Allah SWT yang tentukan, bukan manusia ataupun diri kita sendiri. Kerana itu untuk mendapat keberkatan rezeki ikutlah panduan agama melalui Al-Quran dan Hadis Nabi. Sedarlah betapa lemahnya kamu kerana untuk kamu mengelipkan mata saja pun, kamu sebenarnya tidak berdaya andainya tiada keizinan daripada Allah SWT untuk itu.

Comments

Popular posts from this blog

Kriteria Utama Dalam Pengiraan Award Pampasan

Pampasan Kecederaan Diri, Bagaimana Ia Ditaksirkan

PERINCIAN FEE GUAMAN DAN KOS TINDAKAN.