Apa Yang Perlu Anda Lakukan?
Secara lazimnya, seorang individu itu akan merasa panik, terkejut dan menggelabah sejurus selepas terlibat dalam kemalangan. Sebahagiannya pula jadi kebingungan, ini adalah kesan psikologi akibat perasaan terkejut selepas terbabit dalam kemalangan.
Saya ingin berkongsi pengalaman dengan anda semua agar anda lebih relaks dan bersedia sekiranya anda tidak bernasib baik dan menjadi mangsa kemalangan jalanraya. Anda tidak perlu panik, tidak perlu bingung dan tidak perlu menggelabah, sebaliknya terimalah kejadian malang tersebut dengan redha dan qana'ah. Berikut adalah tindakan yang perlu anda lakukan sejurus selepas terlibat dalam kemalangan:-
1. Bertenang dan cuba kuasai diri dengan sikap sabar, elakkan sikap marah dan tindakan melulu;
2. Alihkan kenderaan atau mangsa ke tempat selamat supaya tidak menghalang aliran trafik;
3. Catat nombor pendaftaran kenderaan terlibat dan lokasi tempat kejadian;
4. Jika melibatkan kecederaan dapatkan bantuan kecemasan dan perubatan dengan segera;
5. Tunggu sehingga prosedur rawatan perubatan kecemasan selesai dijalankan;
6. Jangan tandatangan apa-apa dokumen yang dikemukakan oleh mana-mana individu yang tidak dikenali melainkan dokumen hospital yang dikemukakan oleh pihak hospital sahaja.
7. Hubungi peguam atau paralegal anda untuk mendapatkan bantuan dan nasihat perundangan;
8. Beri maklumat yang betul dan akses yang secukupnya kepada peguam atau paralegal anda bagi membolehkan peguam dan paralegal anda menasihati anda berhubung kes ini;
9. Berbincang dengan peguam atau paralegal anda sebelum anda membuat laporan polis, pastikan fakta berkenaan tarikh, destinasi anda, nombor kenderaan terlibat, lokasi kejadian, bagaimana kejadian itu berlaku, kecederaan dan kerosakan yang alami tidak tertinggal dalam laporan polis anda;
10. Baca dan semak semula laporan anda, setelah puashati barulah tandatangan dan dapatkan 1 salinan untuk simpanan anda;
11. Jika anda ingin memulakan tuntutan sivil bagi mendapatkan gantirugi daripada pihak ketiga dalam kemalangan ini, anda perlu melantik peguam. Sila berjumpa peguam atau paralegal anda untuk tindakan susulan.
Saya berharap tips di atas dan pengalaman saya sebagai paralegal yang telah berkecimpung dalam kes-kes tuntutan akibat kemalangan selama 12 tahun akan dapat membantu anda melalui satu detik kecemasan yang tidak pernah anda bayangkan sebelum ini.

Comments
Post a Comment