Justifikasi Saman Sivil Tuntutan Akibat Kemalangan Jalanraya, Apakah Tindakan Tepat Yang Perlu Defendan Lakukan
Semalam ketika saya sedang sibuk bermesyuarat dengan bos besar firma berkaitan satu perbicaraan kes yang terpaksa ditangguhkan bagi memberi keutamaan kepada pihak polis melengkapkan siasatan berkaitan satu kemalangan maut. Kami sedang cuba untuk mencari alternatif, strategi dan plan perancangan supaya perbicaraan kes ini dapat berjalan dengan jaya dan sukses pada tarikh akan datang, tiba-tiba saya diganggu dengan bunyi nada dering dari telefon bimbit saya, ternyata ada panggilan. Saya bingkas menjawab panggilan tersebut, pemanggil memperkenalkan dirinya, beliau dalam masalah dan ingin meminta bantuan nasihat berkaitan satu saman sivil yang beliau terima berbangkit daripada satu kemalangan jalanraya yang beliau pernah terlibat. Saya berjanji akan menghubungi beliau selepas saya selesai bermesyuarat dan terus mematikan perbualan telefon tersebut. Selesai bermesyuarat, saya merehatkan diri sambil minum teh tarik di gerai mamak bawah pejabat saya, lalu saya teringat bahawa saya perlu meng...