Hakikatnya Siapa Yang Mendapat Manafaat Berlebihan Dalam Kes Tuntutan Insuran?

Minggu lepas ada beberapa isu yang hendak saya kongsi dengan pembaca sekalian, pertama adalah mengenai nasib malang waris mangsa kemalangan maut yang mendakwa menjadi mangsa penipuan firma guaman yang mengurus dan mengendalikan kes tuntutan mereka. Isu kedua adalah prosedur, cara dan amalan yang betul dan sah mengikut undang-undang Malaysia jika anda berniat untuk bernikah di luar negara termasuklah di sempadan Thailand, bagi mengelakkan timbulnya masalah dikemudian hari seperti pendaftaran nikah bagi membolehkan anak pasangan diberi sijil lahir dan menjamin hak-hak isteri dan anak tersebut untuk mewarisi harta pusaka dari ayah dan suami.

Oleh kerana isu kedua ini hanya melibatkan kepentingan dalam skala kecil iaitu hanya melibatkan kepentingan institusi kekeluargaan, maka saya lebih fokus dan berminat untuk berkongsi pengalaman, memberi tips dan nasihat untuk isu pertama iaitu bagaimana dan apakah cara yang betul untuk mendapatkan  pampasan bagi gantirugi dalam kes kemalangan jalanraya sama ada yang melibatkan kecederaan, kemalangan maut ataupun kerosakan kenderaan kerana ia melibatkan skala yang besar dan melibatkan kepentingan awam yang luas. 

Rabu minggu lepas saya telah didatangi oleh waris dari mangsa kemalangan maut yang mendakwa mereka telah ditipu oleh agen dan firma guaman yang menguruskan tuntutan kes mereka. Saya dibekalkan sedikit maklumat mengenai latar belakang kes ini dan bagaimana mereka boleh terjebak sehingga menjadi mangsa penipuan. Kes ini bermula akibat satu kemalangan melibatkan lori dan m/sikal yang dinaiki oleh simati dan adiknya. Hasil keputusan siasatan polis mendapati pemandu lori cuai dalam kemalangan tersebut. Oleh demikian, waris mangsa iaitu ibu simati & 2 orang anak mendiang membawa tindakan ini terhadap pemandu dan pemilik m/lori untuk menuntut pampasan kehilangan sumbangan dan faedah bulanan yang diterima mereka jika simati masih hidup, gantirugi kedukacitaan & gantirugi khas perbelanjaan pengurusan mayat. Sementara adik simati yang cedera ringan dalam kemalangan tersebut mengemukakan tuntutan untuk kecederaan dan perbelanjaan yang berkaitan kecederaan tersebut. Kesemua mereka ini tidak memiliki pengetahuan apatah lagi pengalaman berkaitan hal dan urusan tuntutan insuran kerana ini adalah pengalaman pertama mereka. 

Disebabkan mereka tiada pengalaman dalam hal ini, mereka menyerahkan bulat-bulat urusan berkaitan perlantikan peguamcara kepada kenalan mereka yang bekerja sebagai callman yang bekerja di sebuah bengkel membaiki kenderaan yang terkenal di daerah mereka. Mereka dibawa berjumpa agen@runner sebuah firma guaman yang biasa mengendalikan kes kemalangan bagi tujuan untuk memulakan prosiding kes. Selepas perjumpaan tersebut, mereka diberi bantuan kewangan dan diberitahu bahawa jika tuntutan ini berjaya firma guaman tersebut akan mencajkan mereka fee guaman bersih 20% daripada apa jua nilai pampasan yang diterima oleh mereka. Mereka dijanjikan pampasan sebanyak lebih kurang RM100K atas alasan kes ini kes besar kerana melibatkan kematian dan kecederaan. Tiada surat jaminan dan perjanjian bertulis diberikan oleh agen mahupun firma tersebut, melainkan sekadar jaminan lisan sahaja.

Selepas 3 tahun, akhirnya mereka hanya diberikan cek pampasan bernilai RM44K untuk waris simati & RM1K untuk adik simati. Apa yang menjadi kemarahan kepada waris mangsa ialah apabila firma guaman tersebut cuba memanipulasikan, berdolak dalih dan mengambil kesempatan apabila mereka mencajkan yuran lebih 50% dari nilai pampasan iaitu sebanyak RM23K untuk kes tersebut, sedangkan mengikut perjanjian asal mereka yang perlu membayar RM9K mengikut kiraan nisbah 20% daripada nilai pampasan RM45K tersebut. Mereka dipaksa untuk untuk membayar jumlah RM23K sekiranya mereka ingin mengambil dan menunaikan cek RM45K tersebut. Mereka cuba mendapatkan bantuan kenalan yang telah mempromosi dan melobi supaya firma guaman tersebut dilantik untuk mengendalikan kes ini, tetapi malangnya kenalan itu telah memberi pelbagai alasan dan berdolak dalih untuk mengelak dari terlibat dalam pertikaian ini, malahan enggan hadir ke pejabat firma guaman tersebut. 

Oleh kerana tiada jalan dan peluang lain untuk menyelesaikan pertikaian ini mereka berhasrat memanjangkan kes penipuan ini kepada pengetahuan pihak polis, tribunal pengguna, Lembaga Tatatertib Majlis Peguam dan SPRM. Tapi di sini apa yang saya lihat mereka kekurangan bukti kerana tiada perjanjian bertulis yang mengesahkan dan menghadkan bahawa peguamcara tersebut hanya boleh mengambil bayaran fee guaman tidak melebihi 20% dari nilai pampasan. Kes ini lebih kepada dakwaan kosong semata-mata yang amat sukar dibuktikan. Tiada satu pun bentuk dokumentasi yang sah yang menyatakan bahawa peguamcara tidak boleh mencajkan lebih dari 20% jika mereka dapat buktikan perbelanjaan mereka mengurus dan mengendalikan kes itu memang sebanyak nilai RM23K tersebut. Mereka bukan sahaja kekurangan bukti berbentuk dokumen malahan mungkin juga tiada langsung keterangan bukti lisan dari saksi-saksi yang diperlukan. Di sinilah kelemahannya jika anda mengikat satu perjanjian semata-mata hanya dengan perjanjian lisan sahaja kerana anda hanya bergantung kepada kejujuran manusia semata-mata.

Sebenarnya setiap individu sentiasa mempunyai hak, peluang, kekebasan dan pilihan untuk mendapatkan apa jua perkhidmatan yang terbaik untuk mereka pada nilai yang munasabah dan patut untuk perkhidmatan yang ditawarkan kepada mereka. Bagaimanapun amat mendukacitakan apabila kebanyakan dari kita gagal mengguna budi bicara dan kebebasan yang kita miliki dalam memutuskan setiap perkara. Dalam aspek kehidupan kita sentiasa ada pilihan terbaik sama ada baik atau buruk terpulang kepada budi bicara dan penilaian kita. Jika kita berhati-hati, membuat semakan, merujuk hal-hal yang kita tidak ketahui kepada orang yang arif dan kemudiannya membuat timbang tara, insyallah kita pasti dapat mengelak dari menjadi mangsa penipuan. 

Kepada mangsa-mangsa kemalangan yang berniat untuk membawa tuntutan, perkara yang penting untuk difahami ataupun diputuskan ialah jangan bertindak melulu dan terus percaya kepada agen atau wakil peguam tanpa anda dapat maklumat dan perincian yang tepat mengenai isu berkaitan:-

- fee guaman;
- kos tindakan; 
- cukai perkhidmatan; 

Setelah anda jelas, jangan terburu-buru untuk melantik peguamcara, buka minda dan berjumpalah seramai boleh paralegal, agen dan waki firma guaman untuk mendapat input atau maklumat tambahan bagi tujuan penilian dan timbang tara. Jangan sesekali melantik peguamcara semata-mata anda termakan janji agen yang menjanjikan nilai pampasan mencecah ratusan ribu ringgit dan lain janji-janji manis kerana agen ini sebenarnya tiada pengetahuan dan ilmu dalam bidang perundangan melainkan hanya menaman tebu di tepi bibir sahaja. Apa yang lebih dasyat mereka langsung tidak terlibat dalam mengurus, menjaga, mengendalikan dan melindungi kepentingan anda. Pihak sebenarnya yang berkuasa ataupun berautoriti adalah firma guaman bukan agen atau wakil yang selalu memakai panggilan jawatan sebagai "Perunding Tuntutan", mereka ini bertugas secara sambilan untuk mencari pelanggan dan melobi firma guaman sahaja. 

Untuk tidak bersikap kritikal secara tidak adil, saya suka menyatakan  bahawa bukan semua agen@perunding tuntutan terlibat dalam penipuan dalam kes tuntutan kemalangan ini, ada juga mereka yang benar-benar memberi khidmat terbaik, jujur dan ikhlas. Kebiasaannya agen@perunding tuntutan yang jujur dan ikhlas ini adalah mereka yang terlibat  bekerja secara sepenuh masa, secara terus dan tetap dengan firma sebuah  guaman. Mereka ini akan dilatih dan diberikan pendedehan ilmu undang-undang terutama melibatkan kes kemalangan, mereka terlibat sebagai kodinator, pemantau, perundingcara, pengarah dan mediator bagi menjamin kepentingan kedua-dua pihak iaitu client (pelanggan) dan firma guaman. Mereka ini sentiasa dipantau dan didisplinkan supaya tidak melakukan kesalahan etika dan penipuan oleh firma tempat mereka berkerja kerana itu mereka akan memberi konsultansi yang benar, adil dan jujur untuk pelanggan. Tapi apa yang paling penting mereka ini tidak akan memadam atau menyembunyikan apa perkara dari pengetahuan bakal client bagi mengelakkan kesusahan & masalah timbul dikemudian hari sama ada di pihak client mahupun firma guaman yang mereka wakili. Nasihat terakhir jika anda memutuskan untuk melantik mana-mana firma guaman mengendalikan kes anda mintalah surat jaminan dan perjanjian bertulis berkaitan kos & fee guaman bagi menjamin kepentingan anda dikemudian hari. Anda perlu berfikir apabila anda mendakwa mengenai sesuatu perkara, kejadian dan fakta, anda perlulah terlebih dahulu membuktikannya secara bertulis dan sahih, perjanjian lisan amat susah untuk diterima sebagai bukti dalam satu-satu perjanjian kerana ia terdedah kepada manipulasi, penipuan dan penambahan fakta tapi perjanjian bertulis tercatat, berfakta dan jelas dari segi implementasinya. Isu kedua iaitu bernikah di sempadan akan diulas dan dikongsi sedikit masa lagi, insyalallah bila saya sedikit lapang dari tugasan harian yang padat ini.






Comments

  1. salam.

    saya Taufiq. sya sekarang berbelah bahagi untuk melantik peguam yang benar2 boleh membantu saya dalam mencari kebenaran.

    buat masa ini.. waris saya telah melantik sebuah firma guaman. tetapi saya menjadi kacau kerana firma tersebut menyatakan mereka mengambil upah 20% dari nilai tuntutan tetapi tidak termasuk disbursement.

    saya bagamanapun masih mempunyai peluang untuk menukar lawyer kerana saya belum membuat laporan polis.

    adakah saudara penlis boleh membantu saya dalam hal ini? Hanya Allah yang mampu membalas jasa baik saudara penulis.

    saya doakan saudara penulis diberkati usaha dan panjang umur amiin

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by a blog administrator.

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Kriteria Utama Dalam Pengiraan Award Pampasan

Pampasan Kecederaan Diri, Bagaimana Ia Ditaksirkan

PERINCIAN FEE GUAMAN DAN KOS TINDAKAN.