FAHAMILAH DULU INSPIRASI KARLZ KAMPAU
Marilah kita hidup sebagai muslim, beramal, bekerja, berkomunikasi dan berinteraksi juga sebagai muslim. Islam mendidik dan memberi kita panduan dan tatacara hidup sebagai muslim, bukan hanya kepada imej luaran dan pemakaian semata-mata. Tapi Rasullah telah memberi guideline, panduan, nasihat dan contoh kepada semua aspek kehidupan termasuklah bidang komunikasi, adap dan etika, sosialogi, politik, bisnes, kepimpinan, peperangan dan ketenteraan. Islam bukan semata-mata hubungan dengan Allah SWT, tetapi juga hubungan dan menjaga kepentingan manusia sejagat. Saya tidak menolak untuk berkerjasama dengan sesiapapun yang boleh memahami inspirasi dan menyokong objektif serta matlamat perjuangan saya. Saya percaya Rasulullah SAW telah memberi panduan, contoh, tauladan dan etika dalam sektor perkhidmatan dan perniagaan. Apa yang saya fahami kita wajib memberi perkhidmatan atau menawarkan perniagaan dengan tujuan utama untuk kebaikan masyarakat dan keredhoan Allah, bukan demi untuk menjaga