MARI KITA KEMBALI MEMBETULKAN PERSEPSI DAN PRASANGKA

1. Tidak adil jika kita bertindak, berfikir dan memutuskan sesuatu berkaitan persepsi atau perjudis ke atas sekelompok orang, organisasi, badan atau pihak berkuasa berdasarkan kepada tingkah laku segelintir orang yang curang dan seleweng dalam menjalankan amanah bagi organisasi tersebut. 


2. Kita mesti bersifat adil dan berdiri di tempat yang betul apabila kita ingin mendakwa atau melemparkan suatu tuduhan, tuduhan itu biarlah fokus dan tersasar kepada pelaku yang curang dan seleweng itu.


3. Jangan menuduh dan mendakwa secara pukal, pukul rata dan menyeluruh. Hakikatnya dalam setandan pisang pasti ada sebiji dua yang rosak dari segi rupa dan rasanya. Tetapi itu tidak bermakna semua setandan pisang itu rosak, buruk dan berkualiti rendah.


4. Nah begitulah juga dengan pasukan polis, walaupun banyak tuduhan, dakwaan dan pengataan yang dibuat bahawa pegawai penyiasat trafik terlibat dalam salah laku melobi, mendesak dan memaksa mangsa kemalangan untuk menerima dan melantik peguam demi  mendapat imbuhan dan suapan bagi kepentingan diri.


5. Tetapi ini bukanlah bermaksud seluruh organisasi dan pasukan polis itu terlibat dan rosak. Mungkin hanya segelintir anggota pasukan itu yang terlibat dalam jumlah yang kecil. Kita tumpukan dakwaan ke atas individu dan tersasar cuma kepada pelakunya.


 4. Sangat mudah mengenali pegawai penyiasat trafik yang menjalankan perniagaan, salah guna kuasa dan terlibat dalam melobi, mendesak dan memaksa mangsa kemalangan memilih, melantik dan menerima peguam. Berikut adalah ciri-cirinya:-


(a) semasa siasatan dia lebih fokus kepada isu tuntutan insuran, tidak kepada siasatan yang adil dan telus;


(b) semasa siasatan dia menyalah guna kuasa untuk memaksa mangsa menerima, melantik, memilih mana-mana peguam yang dicadangkannya;


(c) dia tidak memberi pilihan adil dan wajar kepada mangsa untuk melantik peguam mereka sendiri;


(d) memberi kata dua dan mengugut mangsa jika tidak ikut dan menerima cadangannya, dia akan bertindak menjejas bukti dan mengubah keputusan siasatan kes.


(e) jika anda memilih dan melantik peguam pilihan anda sendiri, dia tidak memberi kerjasama dan melengah-lengahkan hasil siasatan.


5. Jika anda pernah atau ada mengalami situasi dan keadaan sama seperti di atas semasa terlibat atau berada dalam mana-mana proses siasatan dalam kes kemalangan. Anda bolehlah membuat laporan bertulis atau aduan rasmi kepada Jabatan Intergriti dan Pematuhan Standard PDRM, Jabatan Jenayah Komersial. 


6. Anda juga boleh merujuk aduan kepada Suruhjaya Pencengahan Rasuah Malaysia untuk kesalahan menggunakan kedudukan jawatan atau kuasa untuk imbuhan dan suapan bagi kepentingan diri sendiri.


7. Namun begitu berdasarkan pengalaman lama dalam bidang ini. Alhamdulillah saya selalu mendapat kerjasama yang baik daripada pegawai penyiasat dan saya bersyukur tidak dipertemukan dengan pegawai yang teruk dan buruk seperti yang didakwa oleh segelintir orang.

Comments

Popular posts from this blog

Kriteria Utama Dalam Pengiraan Award Pampasan

Pampasan Kecederaan Diri, Bagaimana Ia Ditaksirkan

PERINCIAN FEE GUAMAN DAN KOS TINDAKAN.