MARI MEMBERSIHKAN PEMIKIRAN DAN KEMBALI KEPADA PENCERAHAN



1. "Aku accident, lepas itu aku hantar moto kat bengkel, bengkel cakap akan claim insuran. Tup-tup last-last bila nak ambil moto aku kena top up lagi RM700, padahal bukan salah aku, polis dah saman kereta tu". Kata Ali kepada Abu meluahkan rasa. Abu tanya pula "Dah lama kau pakai moto?". "Lama tak lama baru 3 tahun, sial punya bengkel".

2. "Aku hantar moto baru aku kat bengkel lepas accident dengan keta yang keluar simpang secara mengejut. Aku minta full spec barang ori pasang kat moto, apa ada hal insuran bayar, alhamdulillah aku 1 sen pun aku tak keluar" Kata Lim bangga kepada Leong.

3. "Celaka bengkel insuran ini tekan harga sampai 2K, kalau aku bela sendiri kos dia tak sampai 1.5K. Celanat betul cekik darah".

3. Perbualan-perbualan di atas adalah perbualan kerap, selalu dan normal bagi pemilik motorsikal. Disebabkan orang ramai kurang mendapat ilmu pengetahuan dan pendedahan serta pencerahan berkaitan SOP, terma, syarat dan kelayakan tuntutan, maka selalu berlaku salah faham, prasangka dan tuduhan buruk ke atas bengkel yang menguruskan kes tuntutan insuran.

4. Dari segi perundangan hak anda akan dilindungi pada kadar, paras dan nilai yang betul dan setara yang wujud pada masa kejadian. Anda tidak akan diberi pampasan melebihi kadar nilai rugi yang sebenar pada masa kejadian. Bagi memudahkan anda memahami keadaan dan persoalan ini, saya sediakan beberapa contoh mudah berikut:-

(a) Anda beli motorsikal jenama Honda EX-5 pada tahun 2016 bernilai RM5K. Pada Mei 2020 pula motorsikal itu terlibat accident. Nilai pasaran semasa motorsikal itu merosot pada kadar nilai RM2K. Jika anda ingin membuat tuntutan gantirugi kepada syarikat insuran, insuran cuma akan membayar pampasan tidak lebih atau kurang RM2K.

(b) Seterusnya jika kos baik pulih motorsikal itu melebihi kadar nilai RM2K ada diberi 2 pilihan sama ada untuk menerima nilai pampasan total loss RM2K atau membayar apa-apa lebihan kos baiki motorsikal itu.

(c) Contoh lain jika lampu motorsikal terpakai anda bernilai RM30 mengikut harga pasaran semasa, sedangkan harga alat ganti baru lampu itu bernilai RM100. Maka anda diberi 2 pilihan. Pertama anda pasang alat ganti terpakai dan/atau alat ganti lokal pada kadar nilai setara RM30. Kedua jika anda masih ingin memasang alat ganti tulen baru, insuran cuma akan bayar pada kadar nilai setara RM30 dan baki RM70 adalah menjadi tanggungjawab anda untuk melunaskannya. Akan tetapi jika anda tidak mahu keluar belanja 1 sen pun ke atas kos baik pulih motorsikal itu anda kena terpaksa menerima alat ganti terpakai atau alat ganti lokal yang bernilai RM30 itu.

(c) Selanjutnya mengapa kos membaik pulih motorsikal di pusat service atau bengkel panel insuaran lebih mahal berbanding bengkel biasa?. Jawapannya:-

1) Jika anda baiki motorsikal di bengkel biasa di kampung anda, anda cuma perlu membayar untuk kos alat ganti dan upah pemasangan sahaja. Ini menjimatkan kerana tiada kos pengurusan, dokumen dan pembuktian dikenakan.

2) Tetapi jika anda ingin menuntut gantirugi baik pulih motorsikal kepada syarikat insuran. Perkara utama yang diperlukan adalah membuktikan wujud kerugian dan nilai kerugian itu. Sudah tentu hal ini menuntut satu pengurusan, tindakan dan pengendalian yang sistematik, tersusun dan teratur ke atas fail, dokumen dan bukti bermula sejak motorsikal itu masuk ke bengkel sampailah kepada proses mahkamah.

Sudah tentu pekerjaan ini mendatangkan kos dari segi upah, logistik, dokumen dan sebagainya. Kos inilah yang menyebabkan anda kena bayar lebih kepada panel bengkel insuran berbanding bengkel biasa.

Di bengkel biasa mereka cuma caj untuk alat ganti dan upah pasang. Tetapi di bengkel panel insuran pula mereka caj alat ganti, upah pasang, kos runner, kos pengurusan, kos dokumen seperti adjuster dan apa-apa kos untuk pembuktian kerugian itu di mahkamah.

5. Dahulu sebelum saya terlibat dalam pengurusan dan pengendalian tuntutan kes kemalangan, saya juga ada pemikiran dan kecendurangan yang salah. Saya fikir bila saya accident, saya akan menerima apa saja pampasan tanpa mengira apa jumlahnya dan pembuktiannya.

6. Jika perkara ini berlaku, keadilan itu tidak lagi wujud dan berlaku kepada semua orang. Ini kerana pihak yang dipertanggungjawabkan untuk membayar gantirugi dipaksa membayar gantirugi pada kadar nilai yang berlebihan dan keterlaluan yang tidak mencermin nilai sebenarnya kerugian itu.

7. Undang-undang digubal untuk melindungi semua orang dan semua pihak, ia melindungi orang yang terjejas dan juga kepada pihak yang dipertanggungjawabkan untuk membayar gantirugi, dimana orang yang terjejas itu dihalang untuk menuntut secara sewenang-wenangnya tanpa had.

8. Sedangkan orang dipertanggungjawabkan itu pula cuma perlu bertanggungjawab membayar gantirugi pada kadar dan nilai yang benar-benar setara dengan nilai kerugian yang dialami oleh pihak yang terjejas itu. Inilah keadilan yang adil dan seadilnya, tapi ramai orang gemar bercakap keadilan secara sepihak dan suka menyembunyikan kebenaran dengan tujuan tertentu.

.

Comments

Popular posts from this blog

Kriteria Utama Dalam Pengiraan Award Pampasan

Pampasan Kecederaan Diri, Bagaimana Ia Ditaksirkan

PERINCIAN FEE GUAMAN DAN KOS TINDAKAN.