Posts

Kehilangan Pendapatan Masa Depan

Isu pokok yang sering menjadi pertikaian di antara peguamcara Plaintif dan peguamcara Defendan (syarikat insuran) adalah apakah seseorang Plaintif yang mengalami kecederaan mempunyai locus standy yang kukuh untuk membawa tuntutan bagi kehilangan pendapatan masa depan & pendapatan pra bicara. Mari kita kembali kepada isu asas dalam pertikaian ini, dari segi undang-undang tuntutan ini dibawa melalui Seksyen 28A(c) (i), (ii), (iii) dan (d) Akta Undang-undang Sivil 1956, dimana peruntukan undang-undang ini memerlukan Plaintif memenuhi kelayakan seperti berikut:- (a) Plaintif mestilah berusia tidak melebihi umur 55 tahun pada tarikh kemalangan itu berlaku; (b) Kehilangan tersebut mestilah dibuktikan atau diakui bahawa Plaintif jika tidak kerana kecederaan itu, Plaintif berada dalam keadaan sihat, telah menerima hasil pendapatan dari aktiviti atau pekerjaan beliau sebelum beliau terceder a; (c) hanya amaun berkaitan dengan pendapatan seperti yang dinyatakan pada kemalangan; (d) apa-...

JENAYAH DAN KESALAHAN SIVIL

Kesilapan biasa orang awam ialah menyangka bahawa seorang pengamal undang-undang secara eksklusifnya menitik beratkan undang-undang jenayah sahaja. Pada hakikatnya undang-undang sebenarnya terbahagi kepada dua bahagian utama iaitu jenayah dan sivil, sementara itu bahagian yang lebih besar adalah undang-undang sivil. Oleh sebab itu sifat pembahagian undang-undang ini mesti difahami dari awal dengan jelas. Perbezaan utama tidak terletak dalam sifat perbuatan salah itu sendiri, contoh suatu kesalahan jenayah mungkin juga menjadi satu kesalahan sivil. Sebagai contoh seorang pemandu bas awam telah memandu dengan cuai dan mengakibatkan kemalangan jalanraya sehingga ada kehilangan nyawa akibat tragedi tersebut. Kecuaian pemandu tersebut boleh dikira sebagai satu kesalahan jenayah dan boleh dituduh di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalanraya 1987. Tetapi perbuatan dan tindakan beliau juga boleh disifatkan sebagai suatu tort kecuaian terhadap waris mangsa kemalangan maut tersebut dan su...

Rawatan Di Pusat Perubatan Swasta, Apa Kesannya Kepada Tuntutan Anda?

Memang sudah menjadi lumrah bahawa manusia memang memerlukan perkhidmatan dan rawatan perubatan terbaik pada kos yang berpatutan dan murah. Sebahagian kebanyakan daripada kita, apabila ditimpa kecelakaan atau kemalangan lebih suka dan selesa untuk mendapat rawatan di pusat perubatan swasta, tidak sukar untuk mencari jawapan kepada senario ini. Memang diakui bahawa pusat perubatan swasta menyediakan perkhidmatan dan rawatan yang pantas dan selesa dengan kemudahan serta kelengkapan yang mencukupi. Namun harga dan nilai yang perlu dibayar oleh penggunanya adalah mahal dan tinggi, amat jarang sekali pengguna akan bersetuju untuk dirujuk kepada pusat perubatan swasta sekiranya dia tidak memiliki polisi insuran perubatan dan kemalangan kerana rata-rata rakyat di negara ini tidak mampu untuk menanggung kos bil perubatan yang tinggi tersebut. Namun ada kes terpencil dimana ada segelintir pengguna yang agak berada tetapi pada hakikat sebenarnya mereka masih tidak mampu untuk menanggung kos bil ...

Kemalangan Maut, Bagaimana dan Cara Pampasannya Ditaksirkan Dalam Kes Sivil Akibat Kemalangan Jalanraya

Baru-baru ini Majlis Keselamatan Jalanraya Malaysia telah mengumumkan bahawa pada tahun lalu Kerajaan menanggung kerugian akibat bayaran pampasan insuran berjumlah 9.4 billion yang diakibatkan oleh statistik kemalangan yang tinggi di negara ini. Salah satu penyumbang yang tinggi yang mengakibatkan kerugian tersebut adalah daripada tuntutan kemalangan maut. Bagaimanapun bukan semua kemalangan maut akan menghasilkan nilai pampasan tinggi dan banyak sepertimana persepsi dan andaian kebanyakan masyarakat di negara ini. Tidak sukar untuk mencari jawapan terhadap senario ini, ini boleh berlaku kerana kemungkinan masyarakat lebih bersandarkan kepada emosi mereka, sikap & berfikir secara logik dan mudah terpengaruh kepada persekitaran yang tidak tepat. Menanggani kes kemalangan maut memang sukar kerana memerlukan kebijaksanaan, keikhlasan dan sifat empati yang tinggi dalam diri pengamal undang-undang kerana kebiasaannya waris simati akan lebih emosional dan mudah terpengaruh kepada persek...

Isu Multi-Representasi Makin Mengudis Dalam Sektor Perkhidmatan Amalan Guaman

Saya bersyukur kepada kehadrat Ilahi kerana memberi kesempatan dan mengurniakan saya sedikit ilmu pengetahuan dan kemahiran berbanding orang lain dalam bidang perundangan dan major saya adalah dalam kes tuntutan sivil akibat kemalangan jalanraya. Saya berharap dengan kelebihan ini saya dapat mencari rezeki yang halal bagi menampung kehidupan dan keperluan seharian, selain itu dapat pula beribadah kepada Allah S.W.T dan membantu masyarakat mengikut kemampuan dan kesesuaiannya. Apa yang penting saya harus menjalankan kewajipan fardu kifayah untuk memenuhi keperluan umat islam yang memerlukan alternatif dalam sektor perkhidmatan guaman yang selama ini dipelopori oleh golongan bukan islam. Selama hampir 14 tahun terlibat dalam kes tuntutan sivil akibat kemalangan, saya berasa kecewa dan sedih dengan sikap, pemikiran dan tindakan sebahagian orang islam khusus orang melayu yang berurusan dengan firma tempat saya bertugas. Sikap dan tindakan mereka langsung tidak mengambarkan keperibadian d...

Mengapa Pengguna Terus Dimangsakan?

Dalam artikel lalu saya ada menyentuh mengenai sikap buruk pengguna yang menjadi punca kepada kejadian dan tragedi penipuan yang amat berleluasa mutakhir ini. Semasa mempersiapkan diri ke majlis berbuka puasa anjuran IKMAL semalam, saya telah diganggu oleh panggilan bertalu-talu, pemanggilnya amat saya kenali. Beliau mengadu masalah keretanya belum siap diperbaiki dan masih tersadai di sebuah bengkel di Bangi. Pemilik bengkel mendakwa kereta itu masih tidak diperbaiki disebabkan insuran pihak ketiga belum meluluskan tuntutan pampasan. Tetapi apabila hal ini dirujuk kepada syarikat insuran, beliau mendapati fail kes ini tidak diuruskan dengan teratur, beberapa dokumen penting seperti laporan adjuster tidak dimajukan untuk disemak oleh pegawai tuntutan syarikat insuran tersebut, dalam fail syarikat insuran itu, hanya ada beberapa dokumen sahaja, antara laporan polis dan gambar kerosakan kenderaan. Oleh demikian, syarikat insuran tidak dapat memproses tuntutan beliau tersebut, walaupun be...

Perubahan Kandungan Artikel Dalam Blog Karlz_Kampau

Saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada pengunjung dan pembaca blog ini, tujuan utama mengapa blog ini dilancarkan adalah sebagai perkongsian maklumat, pengalaman dan sedikit ilmu pengetahuan berkenaan isu perundangan dalam kes tuntutan akibat kemalangan yang menjadi kepakaran firma guaman yang saya sertai sejak 14 tahun yang lepas. Artikel dalam blog ini cuba diolah dengan secara ringkas yang boleh, tidak terlalu teknikal dan menggunakan perkataan-perkataan biasa dengan harapan pembaca blog dapat memahami maksud penyampaian yang ingin disampaikan oleh penulis. Namun, saya kini berhasrat untuk mengembangkan kegunaan blog ini kepada tujuan yang lebih luas dan mempunyai sasaran yang besar, tidak hanya membicarakan hal undang-undang, tetapi lebih kepada isu masyarakat, kepenggunaan dan juga kebudayaan. Aspek pertama yang akan saya sentuh adalah berkenaan kewujudan Masyarakat Kampar di Malaysia . Bertunjangkan kepada kesedaran dan perjuangan yang dimulakan oleh Mejar Jeneral (B) Dato...