Mengapa Kenderaan Anda Perlu Dilindungi Insuran?
Bayangkan pada suatu hari anda terlibat dalam satu nahas jalanraya yang dahsyat dan ngeri, serpihan kaca dan komponen kenderaan bertaburan di atas jalan, manakala tumpahan darah merah membasahi jalan tersebut. Dalam kemalangan ini, anda didapati mengalami kecederaan patah tulang femur dan patah tulang radius and ulna , manakala kenderaan anda pula remuk dan mengalami kerosakan teruk, berkemungkinan boleh ditaksirkan sebagai total loss . Siasatan pegawai penyiasat trafik pula mendapati kemalangan ini berpunca daripada kecuaian pemandu kenderaan pihak ketiga. Secara ringkasnya akibat tragedi ini anda telah menjadi orang kurang upaya sementara, penganggur terhormat kerana tidak dapat menjalankan pekerjaan anda seperti biasa akibat masalah kesihatan yang anda dialami selepas kemalangan tersebut. Manakala itu, kenderaan anda terbiar sepi dan tersadai di luar premis membaiki kenderaan tanpa apa-apa tindakan untuk melindungi kepentingan dan kerugian anda dalam kemalangan ini kerana sebenarnya...