Bagaimana Pampasan Anda Ditaksirkan
Setiap kali berjumpa dengan orang ramai ketika menjalankan seisi rundingcara berkaitan kes kemalangan jalanraya. Perkara yang akan disentuh dan menjadi fokus utama adalah jumlah pampasan yang bakal diterima oleh mereka?apakah jumlah itu sama dengan nilai yang telah diterima oleh rakan, jiran ataupun ahli keluarga mereka. Perbandingan yang selalu menjadi kayu ukur adalah maklumat kecederaan atau kematian secara spekulasi tanpa merujuk kepada laporan perubatan atau laporan bedah siasat, umpamanya jika prospek tersebut mengalami kecederaan patah tangan, beliau berpendapat jumlah pampasan yang patut diterima oleh beliau adalah sama dengan nilai telah diterima oleh jiran mereka yang juga patah tangan, sedangkan tahap kecederaan dan sumbangan kecuaian tidak pula diambil kira.
Sebenarnya sikap dan pemikiran sebegini adalah salah dan songsang kerana membiarkan diri sendiri membuat satu kesimpulan dan perbandingan hanya melalui maklumat spekulasi semata-mata tanpa pengetahuan undang-undang secara jelas bagaimana suatu pampasan tersebut dapat ditaksirkan dan arwardkan. Sikap dan tindakan ini merugikan orang ramai kerana menjuruskan diri dalam dunia spekulasi dan prejudis yang tinggi, sedangkan fakta dan kaedah yang digunapakai tidak betul dan tidak tepat apatah lagi untuk menjadi kayu pengukur bagi menentukan satu nilai jumlah pampasan itu.
Sebenarnya setiap pampasan ditaksir atau diawardkan berdasarkan kepada fakta-fakta yang terkandung dalam laporan perubatan dan diperkukuhkan pula oleh laporan terperinci atau opinion oleh doktor pakar bagi setiap kecederaan yang terlibat. Umpama nilai pampasan individu yang mengalami kecederaan patah tulang femur tanpa kependekan dengan residual yang simple adalah amat berbeza dengan nilai pampasan individu yang mengalami kecederaan patah tulang femur dengan 4cm kependekan dengan residual yang pelbagai dan serius, walaupun kedua-dua mengalami kecederaan serupa iaitu cedera patah tulang femur. Sudah tentu nilai pampasan untuk kecederaan patah tulang femur dengan kependekan 4cm tersebut lebih tinggi berbanding dengan kecederaan patah tulang femur tanpa kependekan. Jika tahap kedua-dua kecederaan tersebut serupa, faktor umur mangsa diambilkira, dimana mangsa yang berumur lebih muda berkemungkinan terpaksa menanggung kesakitan dan kecacatan tersebut lebih panjang dan lama berbanding dengan mangsa yang lebih berusia yang hanya menanggung kesakitan tersebut dalam tempoh lebih pendek.
Isu liabiliti (tanggungan) untuk kecuaian dalam suatu kes kemalangan juga akan mempengaruhi dan boleh menjelaskan nilai pampasan tersebut. Umpamanya mangsa A telah diawarkan dengan nilai RM25K untuk kecederaan patah tulang femur tetapi telah didapati bertanggungan 50% terhadap kemalangan yang dialaminya dan mangsa B yang juga telah diawarkan dengan jumlah serupa untuk kecederaan yang sama, tetapi tidak bertanggungan dalam kemalangan tersebut. Oleh demikian nilai pampasan mangsa A adalah RM12,500 sahaja setelah tolakkan dibuat untuk tanggungan liabiliti 50% dalam mengakibatkan kemalangan yang menjadi punca kecederaan tersebut, sedangkan nilai pampasan mangsa B adalah penuh untuk RM25K kerana tiada penolakan memandangkan beliau tiada sumbangan atau tanggungan terhadap kemalangan yang mengakibatkan kepada kecederaan tersebut.
Oleh demikian, penulis berharap artikel ini sedikit sebanyak dapat mengeluarkan orang ramai dari sikap keliru disebabkan sentiasa bergantung kepada fakta spekulasi seperti lazimnya. Penulis menasihati orang ramai sebelum memulakan tindakan sivil dapatkan nasihat dan rundingcara daripada peguam ataupun paralegal agar anda tidak terkeliru dan mendapat maklumat dan nasihat yang betul dan tepat. Ingat sebagai pengguna anda berhak mendapat segala maklumat dan nasihat yang diperlukan sebelum memulakan apa-apa tindakan bagi mendapatkan remedi sivil untuk mendapatkan pampasan gantirugi yang diakibatkan kecuaian pihak ketiga dalam suatu kemalangan jalanraya kerana ini adalah sebahagian dari tugas hakiki peguam ataupun paralegal yang mengendalikan kes anda.
Jika patah tulang metarpals berapa anggaran yg diberikan
ReplyDeleteJika patah tulang femur berapa anggaran yang diberikan
ReplyDeleteSy eksiden koma pendarahan otak..tempurung kanan kiri di cabut di simpan dlm freezer.. insuran byr 50k..mula² hilang ingatan..tak nak fight court balik untuk mendapat lebihan mengikut kecederaan..50k mcm tak relevan.
ReplyDelete